song

Friday, 10 January 2014



KARNIVAL KOKURIKULUM SESI 2013/2014
pada setiap penghujung semester akan diadakan Karnival Kokurikulum yang bertujuan untuk menilai potensi dan bakat pelajar yang mengambil kursus tersebut. Penilaian akan dilakukan oleh tenaga pengajar ataupun jurulatih dan pengawai-pengawai Universiti Malaysia Sabah. Penilaian ini juga bertujuan untuk kecemerlangan selanjutnya ke peringkat yang lebih tinggi. Karnival Kokurikulum ini adalah kemuncak pembelajaran bagi kursus kokurikulum yang bertujuan untuk mempamerkan hasil pembelajaran secara amali melalui persembahan, pameran dan pertandingan.
Karnival Kokurikulum akan melibatkan keseluruhan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum pada semester itu dari pelbagai komponen Badan Beruniform seperti SUKSIS, PALAPES dan UMS-SEJATI. Selain itu, dari komponen kemasyarakatan, kepimpinan, kebudayaan dan kesenian, sukan dan reakreasi serta teknologi. Kebanyakan komponen-komponen yang terlibat mengadakan pameran. Pameran yang diadakan adalah untuk mempamerkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh komponen tersebut, apa yang mereka pelajari dalam komponen tersebut, alat-alat yang digunakan dan sebagainya.
Sebagai contoh, badan Beruniform UMS-SEJATI ( kembara ) telah mengadakan pameran dengan mempamerkan alat-alat yang diperlukan dalam pasukan UMS-SEJATI ( kembara III ) seperti peta, kompas, khemah, kit kecemasan, tali, lakaran tapak perkhemahan, dan kuiz akan diadakan kepada pengunjung, sekiranya semua soalan kuiz dapat dijawab dengan betul, pengunjung akan mendapat sebuah hamper sebagai hadiah. Manakala, Pasukan UMS-SEJATI (kembara I) telah mengikut pertandingan Kawad kaki dan memperolehi tempat ke-5 daripada 6 kumpulan yang bertanding dalam pertanding tersebut.
Pelaksanaan Karnival Kokurikulum ini amat penting kerana dapat mencungkil bakat yang dimiliki oleh pelajar dalam sesuatu bidang. Hal ini, selaraskan dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu melahirkan Mahasiswa/i yang mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang, bukan sahaja dalam bidang akademik semata-mata.

 
Suziana@Suzie ( Bc12110166 ) 

 

 

 
PROGRAM UMS-SPRINT UNIT UMS-SEJATI ( KEMBARA ).
Program UMS-SPRINT ataupun dikenali sebagai UMS-SISWAPRIHATIN merupakan program hubungan komuniti berteraskan keperluan pembangunan kemahiran insaniah dengan tumpuan kepada nilai-nilai kerjasama berkumpulan, kepimpinan, serta meningkatkan daya interaksi dan komunikasi dengan masyarakat setempat. Program ini di letakkan dalam kursus-kursus kokurikulum. Program ini akan membawa pelajar ke beberapa tempat di negeri Sabah, khususnya kawasan pedalaman dan desa.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah motivasi pendidikan, interaksi budaya, program kemasyarakatan dan pembangunan insaniah serta program-program yang melambangkan keprihatinan dan sumbangan Mahasiswa kepada masyarakat. Program UMS-SPRINT dianjurkan pada setiap semester yang melibatkan Mahasiswa/i yang mengambil subjek kokurikulum di Kampus Induk Kota Kinabalu dan Kampus Antarabangsa Labuan. Di akhir program ini, pelajar yang terlibat diminta untuk menyediakan laporan projek dan seterusnya mengadakan pembentangan. Kualiti laporan dan pembentangan yang dinilai adalah sebahagian daripada penilaian akhir.
Pelajar yang mengambil kokurikulum dalam Unit UMS-SEJATI ( KEMBARA I dan III ) telah mengadakan UMS-SPRINT di Kampung Ban Kuala Mandahan Papar pada 15 hingga 17 November 2013. Pasukan UMS-SEJATI ( KEMBARA I dan III ) memilih Program kemasyarakatan dan Pembangunan Insaniah sebagai aktiviti utama dalam Program UMS-SPRINT kali ini. Selain itu, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sebagai pengisian dalam program ini, antaranya ialah Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), kembara malam, kembara hutan dan banyak lagi.
Program UMS-SPRINT dapat mendedahkan pelajar-pelajar dari Pasukan UMS-SEJATI (KEMBARA I dan III) kepada kehidupan masyarakat luar, lebih-lebih lagi kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman. Program UMS-SPRINT ini juga dapat mengajar para pelajar menerima kekurangan semasa berada di kawasan program seperti tempat tinggal yang tidak selesa, makanan yang kurang menyelerakan dan sebagainya. Namun demikian, kebanyakan aktiviti yang telah dirancang dalam program ini berjalan dengan lancar. Program yang telah dijalankan selama 3 hari dan 2 malam telah memberikan pengalaman yang baru kepada Pasukan UMS-SEJATI ( KEMBARA I dan III ) yang terlibat.


 Suziana@Suzie ( Bc12110166 )

 
KEMPEN ETIKA PEMAKAIAN SISWA/SISWI UMS.
Pelaksanaan Kempen etika pemakaian siswa/siswi Universiti Malaysia Sabah telah berjalan dengan lancar di bawah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar UMS. Kempen etika pemakaian siswa/siswi UMS telah dijalankan bertempat di foyer perpustakaan UMS selama beberapa hari. Kempen ini bertujuan untuk mendisiplinkan para siswa/siswi UMS dari aspek pemakaian, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. Selain itu, bertujuan untuk membiasakan siswa/siswi dengan etika pemakaian pekerja yang telah ditetapkan oleh Majikan sama ada dalam Agensi Kerajaan mahupun Swasta apabila mereka bekerja kelak.
Etika pemakaian siswa/siswi sesebuah Universiti amat penting, kerana ia akan melambangkan imej sesebuah universiti. Sekira siswa/siswi sesebuah Universiti berpakaian tidak sopan atau tidak senonoh semasa berada di dalam kampus, ia melambangkan imej yang buruk di mata para pengunjung atau masyarakat setempat terhadap universiti, dan jika sebaliknya universiti yang mempunyai siswa/siswi yang mempunyai etika pemakaian yang baik akan menjadi universiti contoh kepada IPTA dan IPTS lain yang terdapat di Malaysia.
Apabila ramai di antara siswa/siswi tidak mengikut peraturan etika pemakaian seperti yang telah ditetapkan oleh pihak UMS, seperti memakai seluar jeans, berselipar, memakai baju tanpa kolar dan perkara-perkara yang di larang, Kempen etika pemakaian perlu dilaksanakan bagi mendisiplinkan siswa/siswi. Berikut adalah etika pemakaian siswa/siswi UMS ke Kuliah/ Perpustakaan/ JSPIU/ Majlis Rasmi :
Hari Isnin – Pakaian Formal.
Hari Selasa – Pakaian Semi @ Casual.
Hari Rabu – Pakaian Formal @ Pakaian Koprat.
Hari Khamis – Pakaian Formal @ Baju Batik.
Hari Jumaat – Pakaian Baju Kebangsaan Lengkap ( sopan ) @ Semi-Formal.
PERKARA YANG DILARANG :
a). Berselipar.
b). Berskirt di atas lutut dan berseluar pendek.
c). Berbaju (T) tanpa kolar.
d). Berbaju tanpa lengan.
e). Menggunakan seluar Jeans.
SENTIASA menggunakan KAD MATRIK seperti dalam Banner Etika Pemakaian Siswa/Siswi.
UNTUK aktiviti Makmal, Sukan dan Kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang dikuatkuasakan.
SAMAN akan dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik kepada sesiapa yang tidak mematuhi etika ini. Satu denda untuk setiap satu kesalahan.

 
Suziana@Suzie ( Bc12110166 )

Pemilihan Serta Percalonan MPP Baharu UMS

SELASA,29 OKTOBER 2013-Majlis pemilihan untuk percalonan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan secara besar-besaran. Pemilihan baru ini dijalankan bertujuan untuk membubar dan menggantikan calon MPP yang sudah sekian lama memegang dan menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis pemilihan percalonan MPP ini dibuat pada hari Isnin, iaitu 28 OKTOBER bertempat di dewan kuliah baharu berhampiran dengan kolej kediaman Kampung E Ums. Majlis Pemilihan MPP ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak UMS untuk memilih calon MPP yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap masalah pelajar. Calon-calon yang datang untuk bertanding dikendaki mengisi boring percalonan sebelum masuk untuk mendaftar diri dan layak untuk bertanding. Borang untuk percalonan adalah dibeli dengan harga RM 25.00 satu helaian borang. Calon-calon yang datang untuk beranding akan dinilai terlebih dahulu sama ada individu itu layak atau tidak untuk menyertai pertandingan pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar. Sebelum Majlis Pemilihan Percalonan MPP ini dijalankan, poster-poster, banner-banner wajah calon-calon MPP yang bakal bertanding akan digantung di setiap kawasan dalam UMS. Bagi peserta yang layak, mereka akan menjalankan kempen dengan cara mereka yang tersendiri. Tujuan mereka menjalankan kempen ini adalah untuk menarik perhatian pelajar lain agar mengundi mereka dalam percalonan Majlis Perwakilan Pelajar. Antara calon-calon yang terlibat terdiri daripada pelajar dari Sekolah Pengajian Seni, Sekolah Sains Sosial,. Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial dan Sekolah Pengajian Ekonomi. Pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar haruslah dipilih berdasarkan sikap bertanggungjawab yang ada dalam diri calon-calon tersebut. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.

disediakan oleh : NURUL FATIHAH MUSTAPA

Wednesday, 8 January 2014

Bagaimana hendak mengatasi kegagalan?
Di dalam dunia perniagaan, anda pasti akan gagal Jadi, anda perlu bersedia untuk hadapi kegagalan pada setiap masa. Di sini, saya senaraikan beberapa tips untuk anda  ikut supaya anda boleh atasi perasaan gagal tersebut.
1.    Bersikap optimistik
Sentiasa bersikap dan bertindak positif ketika menghadapi kegagalan. Bila anda ingin rasa mengaku kalah, anda ingat balik tujuan asal anda memulakan perniagaan.
2.    Kekalkan semangat berkerja keras.
Jangan sesekali duduk diam walaupun anda gagal atau berjaya. Pastikan ada sahaja tindakan yang boleh anda lakukan. Lakukan sesuatu pada setiap masa.
3.    Utamakan maruah diri.
Anda samakan perniagaan anda dengan maruah diri anda. Anda perlu pertahankan maruah diri anda walau sesukar mana sekalipun keadaan.
4.    Berani
Jangan main selamat atau play safe tetapi bertindak berani. Ambil keputusan yang sesuai walaupun ia mempunyai risiko.
5.    Bersabar
Anda perlu banyak bersabar. Anda perlu ingat bahawa kegagalan adalah proses pembelajaran untuk berjaya. Jika di peperiksaan, anda tahu anda salah apabila guru anda memperbetulkan jawapan anda. DI dalam dunia perniagaan, anda tahu anda salah apabila tuhan menggagalkan perniagaan anda.

6. Tenang dan kekal fokus.
Sentiasa bersikap tenang dan fokus terhadap perniagaan anda. Jangan sesekali hilang fokus. Apabila anda rasa risau, anda perlu cepat-cepat tenangkan diri dan kembali fokus. Jangan minum alkohol untuk tenangkan diri.

FAIZUL AZMI BIN RIZELY
BC 12160201


ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatanmanusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.
Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif  pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk.
Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa nilai ini, konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya, sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimiayang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadapmakhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahankimia per juta pelarutnya). Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.
FAIZUL AZMI BIN RIZELY

BC12160201