song

Friday, 10 January 2014

Pemilihan Serta Percalonan MPP Baharu UMS

SELASA,29 OKTOBER 2013-Majlis pemilihan untuk percalonan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan secara besar-besaran. Pemilihan baru ini dijalankan bertujuan untuk membubar dan menggantikan calon MPP yang sudah sekian lama memegang dan menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis pemilihan percalonan MPP ini dibuat pada hari Isnin, iaitu 28 OKTOBER bertempat di dewan kuliah baharu berhampiran dengan kolej kediaman Kampung E Ums. Majlis Pemilihan MPP ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak UMS untuk memilih calon MPP yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap masalah pelajar. Calon-calon yang datang untuk bertanding dikendaki mengisi boring percalonan sebelum masuk untuk mendaftar diri dan layak untuk bertanding. Borang untuk percalonan adalah dibeli dengan harga RM 25.00 satu helaian borang. Calon-calon yang datang untuk beranding akan dinilai terlebih dahulu sama ada individu itu layak atau tidak untuk menyertai pertandingan pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar. Sebelum Majlis Pemilihan Percalonan MPP ini dijalankan, poster-poster, banner-banner wajah calon-calon MPP yang bakal bertanding akan digantung di setiap kawasan dalam UMS. Bagi peserta yang layak, mereka akan menjalankan kempen dengan cara mereka yang tersendiri. Tujuan mereka menjalankan kempen ini adalah untuk menarik perhatian pelajar lain agar mengundi mereka dalam percalonan Majlis Perwakilan Pelajar. Antara calon-calon yang terlibat terdiri daripada pelajar dari Sekolah Pengajian Seni, Sekolah Sains Sosial,. Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial dan Sekolah Pengajian Ekonomi. Pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar haruslah dipilih berdasarkan sikap bertanggungjawab yang ada dalam diri calon-calon tersebut. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.

disediakan oleh : NURUL FATIHAH MUSTAPA

Wednesday, 8 January 2014

Bagaimana hendak mengatasi kegagalan?
Di dalam dunia perniagaan, anda pasti akan gagal Jadi, anda perlu bersedia untuk hadapi kegagalan pada setiap masa. Di sini, saya senaraikan beberapa tips untuk anda  ikut supaya anda boleh atasi perasaan gagal tersebut.
1.    Bersikap optimistik
Sentiasa bersikap dan bertindak positif ketika menghadapi kegagalan. Bila anda ingin rasa mengaku kalah, anda ingat balik tujuan asal anda memulakan perniagaan.
2.    Kekalkan semangat berkerja keras.
Jangan sesekali duduk diam walaupun anda gagal atau berjaya. Pastikan ada sahaja tindakan yang boleh anda lakukan. Lakukan sesuatu pada setiap masa.
3.    Utamakan maruah diri.
Anda samakan perniagaan anda dengan maruah diri anda. Anda perlu pertahankan maruah diri anda walau sesukar mana sekalipun keadaan.
4.    Berani
Jangan main selamat atau play safe tetapi bertindak berani. Ambil keputusan yang sesuai walaupun ia mempunyai risiko.
5.    Bersabar
Anda perlu banyak bersabar. Anda perlu ingat bahawa kegagalan adalah proses pembelajaran untuk berjaya. Jika di peperiksaan, anda tahu anda salah apabila guru anda memperbetulkan jawapan anda. DI dalam dunia perniagaan, anda tahu anda salah apabila tuhan menggagalkan perniagaan anda.

6. Tenang dan kekal fokus.
Sentiasa bersikap tenang dan fokus terhadap perniagaan anda. Jangan sesekali hilang fokus. Apabila anda rasa risau, anda perlu cepat-cepat tenangkan diri dan kembali fokus. Jangan minum alkohol untuk tenangkan diri.

FAIZUL AZMI BIN RIZELY
BC 12160201


ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatanmanusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.
Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif  pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk.
Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa nilai ini, konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya, sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimiayang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadapmakhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahankimia per juta pelarutnya). Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.
FAIZUL AZMI BIN RIZELY

BC12160201