song

Sunday, 12 January 2014

Penulisan Dalam Konteks Pemikiran


Kesusasteraan Melayu sejak akhir abad ke-16 dan abad ke-17 pernah disebut oleh para sasterawan sebagai kesusteraan yang mempunyai daya tarik sehingga dikenali masyarakat umum pada masa itu. Semenjak itu timbul para sasterawan yang menyokong tugas-tugas sosio-politik pemerinta masing-masing bagi memahami dan menyatukan pemikiran dan sosio-budaya yang bernama Melayu itu. Negeri Melayu dan kepulauan Melayu yang dikenali sebagai gugusan pulau-pulau Melayu atau “The Malay Archipelago”. Selepas berlakunya penjajahan Eropah seperti Inggeris, Belanda, Sepanyol dan Portugis di tanah Melayu bagi mencari rempah dan cengkih disertakan dengan semangat yang tamak bagi menghancurkan penjajahannya bagi mendapatkan hasil kekayaan di kepulauan. Melayu. Negeri Melaka menghadapi masa yang sulit sejak tahun 1509 apabila penjajah portugis melakukan serangan pertama dan berakhir dengan kejatuhan pertahanan empayar Melaka pada masa itu.   Sewaktu dalam peperangan pahlawan atau pendekar Melayu sudah dapat merujuk “Hikayat Amir Hamzah” dan “Muhammad Ali Hnafiah” bagi mengobarkan semangat juang dan jihad menentang Portugis. Sebelum peperangan bermula, dinyatakan bahawa Sultan Mansyur Syah dalam buku "Sejarah Melayu" sudah mengenal “Hikayat al_Dur al-Manzum” karangan oleh Abu Ishaq dengan menanyakan masalah kepada Sultan Pasai. Antara sultan Pasai dan Sultan Melaka ketika itu sudah saling mengirim salam melalui surat dan bertanyakan masalah yang bersangkut paut dengan hal ehwal agama dan tata kenegaraan. Walaupun akhirnya tanah Melayu kalah dalam peperangan namun semangat atau frasa menjadi igauan seniman dan rakyat kepulauan tanah Melayu itu tidak hakis begitu sahaja , ia menjadi kekuatan bagi membebaskan bumi tanah air dari cengkaman penjajah. Misalnya sekurang-kurangnya dapat disebut beberapa tokoh pujangga Melayu-islam selepas Hamzah Fansuri dengan syair-syairnya yang cuba menerapkan hal ehwal kemanusiaan ,permasalahan agama, dan konflik istana dalam karya meraka seperti “Gurindam 12”. Oleh itu Sastera di Nusantara suda berada di puncak kerana telah mengutarakan pemikiran sufisme yang tinggi nilainya dalam pembentukan tamadun.

 Ar. Rahman(bc121260195)

Nilai Sesebuah Bahasa

     Bahasa mempunyai dan memiliki berbagai definisi. Antaranya,bahasa dapat didefinisikan sebagai penggunaan kata-kata yang membentuk sebuah ayat yang memiliki sebuah maksud yang tersurat mahupun yang tersirat. Bahasa mempunyai hubungkait dalam bidang kesusteraan kerana bahasa mewujudkan sastera. Dalam konteks ketamadunan,bahasa merupakan salah satu aspek yang penting dalam pembentukan tamadun. Hal ini kerana bahasa merupakan perantaraan pengucapan kebudayaan tinggi dalam sesebuah peradaban bangsa dalam tamadun. Dalam erti kata yang lain bahasa merupakan sesuatu perkara yang penting dalam mendukung jati diri sesuatu bangsa dalam tamadun.
     Dapat dilihat dari pandangan sejarah peradaban manusia bahawa kekuatan tamadun dan hidup matinya tamadun itu terikat pada keupayaan bahasanya. Contohnya kekuatan tamadun Greek-Roman lumpuh kerana kemalapan bahasanya ,walaupun pada suatu masa berkembang luas membangunkan peradaban empayarnya. Sejarah ketamadunan memperlihatkan urutan peradaban yang bermula dari prasejarah,menempuhi ujian dengan kedatangan pengaruh-pengaruh asing seperti islam ,hindu dan buddha. Perkembangan dalam bidang bahasa memesatkan lagi dalam kesusasteraan dan kesenian Melayu. Periodisasi sejarah Melayu kebudayaan Melayu secara relatif menggambarkan kesan perkembangan pengaruh bahasa melayu secara bertahap sehingga menjadi bahasa perhubungan dalam bidang perdagangan, pemerintahan ,ilmu pengetahuan ,diplomatik, hukum dan sebagainya.    

     Dianggarkan bahasa Melayu digunakan di kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Antara kerajaan Melayu yang wujud pada ketika itu ialah Kalingga ,Kendiri, Singgahsari dan Majapahit. Bahasa Melayu mula berkembang pada kira-kira pada abad ke-13 di negeri Melaka pusat perdagangan pada masa itu. Pada abad ke-15 Melaka telah menjadi sebuah empayar besar di seluruh Tanah Melayu dan bertindak sebagai pusat tamadun Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa Melayu adalah disebabkan oleh pengaruh dari karya-karya asing seperti Hindu,Arab dan sebagainya. Hal ini dsebabkan oleh ciri-ciri keterbukaanya di samping mempunyai keupayaan yang tinggi pengaruh bahasa-bahasa lain. Walaupun sifatnya yang terbuka namun bahasa Melayu dapat dikekalkan dan terbukti bahawa bahasa Melayu masih lagi wujud dan masih kekal sehingga berkembang, dan sentiasa terbuka untuk berubah mengikut arus perubahan kebudayaan di rantau ini.

                                                                                                          (Ar-rahman(Bc12160195)

Saturday, 11 January 2014

Kemeriahan Karnival kokum 2013

Sabtu,14 DISEMBER 2013-Sama seperti pada tahun-tahun yang lalu, sekali lagi pada sem 1 tahun 2013 dijalankan Karnival kokum. Karnival ini dijalankan adalah untuk menilai dan memberi markah kepada pelajar yang menyertai kokum pada sem ini berdasarkan aktiviti yang dijalankan, kerjasama antara ahli kumpulan kokum tersebut dan kekreatifan pameran, kempen atau persembahan yang diadakan. Kerjasama dan kekretifan aktiviti yang dijalankan merupakan satu tugasan yang akan dinilai oleh pensyarah-pensyarah kokurikulum mereka sendiri.  Sebilangan besar Pelajar menyertai kokum pada setiap sem, hal ini telah memeriahkan Karnival Kokum yang dijalankan pada setiap sem. Karnival Kokum diadakan pada hari sabtu, iaitu 14 disember bertempat di Dewan Canselor UMS berhampiran dengan kokurikulum Perpustakaan UMS. Setiap ahli kumpulan kokum wajib menyertai Karnival kokum kerana Karnival kokum ini merupakan salah satu penilaian kepada pelajar untuk diberi markah oleh pensyarah meraka.
Antara kumpulan-kumpulan kokurikulum yang terlibat adalah kokum di bawah kokum UMS Sejati seperti paramedic, kembara, palapis, suksis, bomba, dan banyak lagi, Bakti siswa, pengurususan masjid dan jenazah, kokum-kokum sukan dan lain-lain lagi. Ahli kumpulan kokurikulum menjalankan kempen dan pameran untuk menarik perhatian pelajar-pelajar dan ahli-ahli kumpulan kokum lain untuk turun datang menziarah tempat mereka.  Karnival Kokum banyak memberi faedah kepada pelajar-pelajar kerana melalui aktiviti seperti ini pelajar dapat memupuk sikap toleransi, kerjasama, dan bertanggungjawab dalam diri mereka. Karnival ini cukup meriah dengan adanya pelbagai aktiviti dan persembahan. Antara persembahan yang dijalankan seperti tarian sabah, tarian rakyat, koir, kompang dan Brassband. Persembahan yang diadakan, adalah persembahan yang dipersembahakan oleh ahli kumpulan kokum tarian Sabah, tarian Rakyat, Koir, Kompang, dan Brassband. Ahli kumpulan kokurikulum yang menjalankan pemeran dan kempen, akan menjalankan kempen yang berkaitan dengan kokurikulum mereka sendiri.
Disediakan oleh : NURUL FATIHAH MUSTAPA

                                       BC 12160221

Friday, 10 January 2014

ULASAN FILEM PENDEK – INNOCENT ( SSiL ),
INNOCENT adalah salah satu filem pendek yang telah dipertandingkan dalam Festival Skrin Digital Pelajar UMS-2013. Innocent adalah hasil karya pelajar SSiL UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Filem pendek ini mengisahkan tentang persahabatan.
Persahabatan mereka hampir putus angkara salah seorang daripada mereka. Kerana sifat hasad dengki Badrul telah dikhianati oleh sahabatnya sendiri. Badrul dan rakan-rakannya telah menyertai pertandingan menulis esei Bahasa Arab. Pemenang akan menunaikan umrah ke Mekah dan Badrul telah dipilih sebagai salah seorang daripada pemenang.
Telefon Badrul telah tercicir semasa Badrul berada di Menara UMSKAL. Badrul telah memberi kepercayaan kepada rakannya yang telah menjumpai telefon tersebut, untuk menghantar telefon itu ke dalam biliknya. Tapi apabila rakannya itu mendapati facebook Badrul terbuka, dia telah membuat status palsu yang menyatakan bahawa esei Bahasa Arab yang dihantar oleh Badrul itu adalah ditiru. Beliau iri hati kerana tidak dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut.
Sejak kejadian itu, Badrul telah dibatalkan sebagai salah seorang daripada pemenang pertandingan esei Bahasa Arab dan dia telah dipulaukan oleh rakan-rakannya. Tapi akhirnya, sahabat Badrul itu menyedari kesalahannya dan minta maaf secara terbuka kepada Badrul.
Cerita Filem pendek Innocent ini banyak memberikan pengajaran kepada kita tentang betapa pentingnya persahabatan. Kejujuran, amanah, kasih dan sayang perlu ada. Kita mestilah menjauhi hasad dengki, kerana sifat hasad boleh merosakkan sebuah persahabatan.

Suziana@Suzie (Bc12110166 )

 
FESTIVAL SKRIN DIGITAL PELAJAR UMS 2013.
FESTIVAL SKRIN DIGITAL PELAJAR UMS 2013 ANUGERAH PEMIKIRAN SEPANGAR… Penayangan dan pertandingan telah diadakan pada 16 dan 17 Disember 2013 (isnin dan selasa) bertempat  di Theatrette Ahmad Nisfu. Terdapat 18 buah filem pendek yang dihasilkan oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah ( SPS dan SSiL ). 12 daripada filem pendek tersebut hasil karya pelajar-pelajar SPS dan selebihnya adalah hasil karya pelajar SSiL (UMSKAL). Festival ini telah dianjurkan oleh Kelab Seni Recording Team ( SRET ), bersama Sekolah Pengajian Seni dengan kerjasama Jabatan Hal-Ehwal Pelajar.
Berikut adalah jadual tayangan :

Tarikh : 16 dan 17 Disember 2013.
Tempat : Theatrette Ahmad Nisfu SPS.
2.00 pm-SPPS
2.30 pm-Ilusi
3.00 pm-Syahmat
3.30 pm-Cahaya
4.00 pm-Segalanya Mungkin
4.30 pm-Tangguh Sejenak
5.00 pm-Ali Oh Ali
5.30 pm-SSiL
6.00 pm-Tanduo
6.30 pm-The Bloody Night
7.00 pm-Haunted
7.30 pm-Pictures
8.00 pm-Mengayau
8.30 pm-Ain
9.00 pm-Sound Of Love

Malam kemuncak dan malam penyampaian Anugerah bagi Festival Skrin Digital Pelajar UMS-2013 Anugerah Pemikiran Sepangar yang berlangsung pada 18 Disember 2013 bertempat di Dewan Resital, jam 7.00 malam. Malam kemuncak ini telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Unit Latihan Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS ) iaitu Encik. Zainuddin Bin Aman.
Sebanyak 14 anugerah yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Dan filem “ Tanduo ” telah memenangi 6 daripada 14 anugerah yang dipertandingkan dan menjadi filem pendek terbaik sempena Festival Skrin Digital Pelajar UMS-2013 Anugerah Pemikiran Sepangar, selebihnya dimenangi oleh filem Haunted, The Bloody Night, Tangguh Sejenak, Pictures dan Cahaya.
Dengan adanya penganjuran festival ini, dapat menarik minat pelajar dalam pembikinan filem pendek bukan sahaja di dalam Universiti Malaysia Sabah tetapi di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, festival ini juga dapat mencungkil bakat dan menjana pemikiran kritis para pelajar dalam menghasilkan sesuatu karya kursusnya dalam pembikinan filem pendek.

 
Suziana@Suzie ( Bc12110166 )
 



PELANCARAN KE-20 TAHUN UMS ( 1994-2014),
Majlis pelancaran Ke-20 Tahun Universiti Malaysia Sabah yang diadakan pada 01 Januari 2014 di Dataran Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah  bermula dari jam 7.00 pagi, telah Dirasmikan oleh Naib Canselor Prof  Datuk Dr Mohd. Harun Bin Abdullah. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kassim Bin Hj. Md  Mansur dan lebih daripada 1,000 warga UMS menghadiri Majlis pelancaran itu, yang terdiri  daripada Pengawai Utama UMS, Dekan Sekolah, Ketua-ketua Jabatan serta pelajar-pelajar UMS.
Sempena Majlis Pelancaran Ke-20 Tahun Universiti Malaysia Sabah ( 1994 – 2014 ), telah menjadikan Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam pertama yang mempunyai sebuah Menara Jam di dalam Kampus. Menara jam dengan ketinggian 9 meter akan dibina di tengah-tengah bulatan UMS yang bakal menjadi mercu tanda dan kebanggaan warga UMS.
Ketika merasmikan Majlis Pelancaran Ke-20 Tahun Universiti Malaysia Sabah, Naib Canselor  Prof Datuk Dr. Mohd. Harun Bin Abdullah berkata, menara jam UMS adalah simbolik betapa pentingnya masa untuk intelektual dan belajar serta pentingnya dalam menyemai disiplin masa bukan sahaja untuk pelajar UMS tetapi juga untuk kakitangan UMS. Dengan memerhatikan masa, warga UMS akan mengamalkan budaya menepati masa dam menggunakan masa dengan bijak, katanya.
Selain itu, beliau berkata, sejak 20 tahun lepas, UMS telah menyumbang kepada masyarakat terutamanya masyarakat Negeri Sabah dari segi peluang pekerjaan. Satu kajian secara menyeluruh tentang sejarah, sosial, budaya, ekonomi, bahasa, keselamatan. Pakar-pakar UMS telah memberi khidmat nasihat kepada Jabatan-jabatan Kerajaan dan Perkhidmatan Pelajar di seluruh pelusuk Negeri Sabah, sama ada di kawasan Bandar mahupun di kawasan Luar Bandar,. Usaha ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.


 Suziana@Suzie ( Bc12110166 )


KARNIVAL KOKURIKULUM SESI 2013/2014
pada setiap penghujung semester akan diadakan Karnival Kokurikulum yang bertujuan untuk menilai potensi dan bakat pelajar yang mengambil kursus tersebut. Penilaian akan dilakukan oleh tenaga pengajar ataupun jurulatih dan pengawai-pengawai Universiti Malaysia Sabah. Penilaian ini juga bertujuan untuk kecemerlangan selanjutnya ke peringkat yang lebih tinggi. Karnival Kokurikulum ini adalah kemuncak pembelajaran bagi kursus kokurikulum yang bertujuan untuk mempamerkan hasil pembelajaran secara amali melalui persembahan, pameran dan pertandingan.
Karnival Kokurikulum akan melibatkan keseluruhan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum pada semester itu dari pelbagai komponen Badan Beruniform seperti SUKSIS, PALAPES dan UMS-SEJATI. Selain itu, dari komponen kemasyarakatan, kepimpinan, kebudayaan dan kesenian, sukan dan reakreasi serta teknologi. Kebanyakan komponen-komponen yang terlibat mengadakan pameran. Pameran yang diadakan adalah untuk mempamerkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh komponen tersebut, apa yang mereka pelajari dalam komponen tersebut, alat-alat yang digunakan dan sebagainya.
Sebagai contoh, badan Beruniform UMS-SEJATI ( kembara ) telah mengadakan pameran dengan mempamerkan alat-alat yang diperlukan dalam pasukan UMS-SEJATI ( kembara III ) seperti peta, kompas, khemah, kit kecemasan, tali, lakaran tapak perkhemahan, dan kuiz akan diadakan kepada pengunjung, sekiranya semua soalan kuiz dapat dijawab dengan betul, pengunjung akan mendapat sebuah hamper sebagai hadiah. Manakala, Pasukan UMS-SEJATI (kembara I) telah mengikut pertandingan Kawad kaki dan memperolehi tempat ke-5 daripada 6 kumpulan yang bertanding dalam pertanding tersebut.
Pelaksanaan Karnival Kokurikulum ini amat penting kerana dapat mencungkil bakat yang dimiliki oleh pelajar dalam sesuatu bidang. Hal ini, selaraskan dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu melahirkan Mahasiswa/i yang mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang, bukan sahaja dalam bidang akademik semata-mata.

 
Suziana@Suzie ( Bc12110166 )