song

Wednesday 27 November 2013

KASIH SEORANG IBU... ^_^


                                 KASIH SEORANG IBU
“Allah Hu Akhbar... Allah Hu Akhbar”. Kedengaran sayup suara laungan azan pak bilal memecah keheningan subuh di kampung selasih. Suara azan yang menyeru umat islam menunaikan sembahyang tanda taatnya seorang hamba kepada sang penciptanya yang maha agung lagi maha berkuasa. Sedang yang lain berpusu ke masjid menunaikan solat subuh, masih terbujur kaku seorang hamba allah yang tengah dibuai mimpi indah. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk. “Amir bangun nak pergi solat subuh ke masjid” pinta sang ibu kepada anaknya. Namun suara itu tidak diendahkannya, tetap ia berdegil untuk bangun malah menutupi badanya dengan selimut lantas tidur kembali.
Begitulah kehidupan seorang remaja belasan tahun yang sangat liat mengerjakan suruhan allah. Amir merupakan anak tunggal kepada mak Minah seorang peniaga di kampung selasih. Mak minah telah banyak kali menasihati anaknya agar menunaikan solat akan tetapi kata-kata itu langsung tidak dipedulikan olehnya. Amir merupakan seorang pelajar yang pintar namun agak nakal dan kelakuanya yang agak kurang sopan ketika di sekolah. Kelakuanya ini amat kurang disegani oleh teman-temannya yang lain.
Pada suatu hari, sedang semua pelajar lain menghadiri kelas penilaian fardhu ain hanya amir sahaja yang tidak kelihatan. Hal ini telah menimbulkan kemarahan ustaz Zaki yang merupakan guru agama di sekolahnya. Selesai sahaja kelas itu, ustaz Zaki terus bergegas pergi menemui Amir di kelasnya. Melihat wajah bengis ustaz Zaki, seperti cacing kepanasan begitulah wajah Amir pada waktu itu dek rasa takut terhadap ustaz Zaki. Lantas Amir di bawa masuk ke bilik ustaz Zaki. “kamu tahukah apa yang kamu buat ini salah?” tanya ustaz Zaki kepada Amir. “Tahu ustaz, memang apa yang saya buat ini salah” jawab amir ketakutan. “kenapa kamu tidak masuk kelas saya tadi” tanya ustaz Zaki lagi. “saya bukan tidak mahu datang ustaz tapi saya tidak tahu apa-apa pun tentang solat itu sebab saya tidak datang tadi” jawab amir kepada ustaz Zaki. Ustaz Zaki agak terkejut dengan jawapan Amir itu. Mustahil budak yang sudah berumur 17 tahun masih tidak tahu tentang solat. Pada hari itu Amir dilepaskan oleh ustaz Zaki dengan amaran sekiranya dia mengulanginya lagi, ustaz Zaki akan melaporkanya kepada pengetua.
Amaran yang diberikan oleh ustaz Zaki betul-betul membuat Zaki takut. “kalau kamu mengulangi kesalahan kamu lagi, kamu bakal berdepan dengan pengetua”. Itulah kata-kata amaran yang membuatkan Amir tidak senang duduk. Dia memikirkan banyak cara bagaimana nak menyelesaikan masalah yang dihadapinya ini. Setelah puas berfikir Amir pun telah membuat keputusan untuk mempelajari penilaian asas fardhu ain dengan bersungguh-sungguh. Namun demikian, niat amir mempelajarinya hanyalah untuk lepas dari ustaz Zaki sahaja. Dia lebih takut kepada manusia berbanding sang pencipta yang telah mencipta kewujudannya di muka bumi ini. Dengan kecerdikannya dalam masa yang singkat sahaja amir telah berjaya untuk menghafal dan menguasai semua penilaian itu. Keadaan ini membuatkan Amir tidak takut lagi untuk masuk ke kelas ustaz Zaki. Perubahan dalam diri Amir membuatkan ustaz Zaki terkejut disamping timbul rasa bangga terhadap anak muridnya itu. Ustaz Zaki gembira dengan  perubahan dalam diri Amir itu. Sedangkan dia tidak mengetahui bahawa anak muridnya itu berubah kerana takut kepadanya bukan kerana takut kepada allah.
Sejak hari itu bermulalah lakonan Amir yang berlagak baik dan warak di depan semua guru dan rakan-rakannya. Sedangkan pada hakikatnya dia hanya berlakon memainkan watak baik di depan semua orang tetapi apabila berada di rumahnya keluarlah dirinya yang sebenar. Amir yang liat tentang agama dan kurang sopan terhadap ibunya. Amir begitu bangga dan senang dengan segala kepandaian yang dimilikinya. Sehinggakan dia lupa bahawa itu semua hanyalah pinjaman dari allah S.W.T. Dia menggunakan kepandainya untuk menipu orang dan mempersenda agamanya sendiri. Dia sendiri mengetahui bahawa orang-orang yang meninggalkan solat itu pasti tempatnya di neraka namun semua itu tidak mampu merubah dirinya. Dia tetap juga liat untuk menunaikan perintah allah.
Kedengaran sayup azan berkumandang di masjid menandakan masuknya waktu asar di kampung selasih. Namun panggilan ilahi itu langsung tidak dipedulikannya. Amir masih sibuk melayan rancangan televisyen kegemarannya. Kebetulan mak minah baru pulang dari berniaga di pasar. Melihat kelakuan anaknya itu mak minah lantas memarahi Amir. “kamu tak dengar kah azan di masjid tu Amir? Kenapa kamu tak pergi solat?” marah mak minah pada Amir. “awal lagi ni mak lagipun Amir tengah tonton tv ni”. Jawab Amir pada mak minah. Mak minah tidak tahu nak berbuat apa lagi dengan anaknya itu, sudah puas dinasihatinya namun tidak berubah juga. Mak minah berlalu pergi masuk ke kamarnya dengan rasa sebak dan hampa dengan kelakuan anaknya itu.
Mak minah mencapai kain sembahyangnya untuk menunaikan solat asar pada petang itu. Kelihatan air matanya bercucuran jatuh membasahi pipinya. Mak minah tidak dapat menahan sebak dek kerana sikap anaknya itu. Selesai solat mak minah seraya berdoa memohon petunjuk dan kekuatan baginya untuk menjaga anaknya Amir. Mak minah bangkit dari tempat sujudnya lalu keluar pergi ke dapur. Dilihatnya anaknya Amir masih lagi sibuk dengan urusan dunianya. Tidak lama kemudian Amir keluar dengan basikalnya menuju ke hulu sungai untuk mandi sungai. Sedang dia mengayuh basikalnya kedengaran suara pak Ayub menyapanya dari belakang. “kamu nak ke mana Amir?”. “oh pak Ayub. Saya nak ke hulu sungai pak Ayub nak mandi sungai” jawab Amir pada pak Ayub. “malam ni kamu datang masjid ya Amir, ada majlis membaca Al-Quran dan ceramah agama” pinta pak Ayub pada Amir. “insyaa allah pak Ayub” jawab Amir selamba. Lalu Amir berlalu meneruskan perjalananya menuju ke hulu sungai. Air sungai yang jernih dan nyaman itu membuatkan Amir leka sehinggakan dia tidak menyedari bahawa hari sudah senja.
Melihat langit sudah mula menghitam lantas Amir pun mengayuh basikalnya untuk balik ke rumah. Dalam perjalanannya pulang dia melintasi kawasan masjid. Dia melihat begitu ramai orang-orang tua dan anak-anak muda yang memenuhi ruangan masjid. Baru dia teringat pesan pak Ayub itu tadi bahawa malam ni ada majlis bacaan Al-Quran dan ceramah agama akan diadakan. Sungguh kecintaannya terhadap dunia membawanya jauh dari cinta allah. Dia langsung tidak merasa rugi terlepas peluang pergi menghadiri majlis agama itu. Setibanya di rumah dilihatnya mak minah sedang menunaikan solat isyak. Dia hanya memerhati ibunya solat sedang dia menunggu ibunya untuk sama-sama makan malam.
Selesai sahaja mak minah menunaikan solat isyak dia terus menuju ke dapur. Dia melihat anaknya sedang duduk di dapur menantinya untuk sama-sama makan malam bersamanya. “bila Amir sampai?” sapa mak minah pada Amir. “dah lama mak tadi lagi” jawab Amir. Mak minah memasak makanan kegemaran Amir malam itu iaitu ikan siakap masak cili api. Berselera Amir makan sambil gelagatnya diperhatikan mak minah. Sejahat-jahat mahupun seburuk-buruk perangai anak itu, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Melihat anaknya Amir yang sedang menjamah makanan yang dimasaknya itu air mata mak minah berderai membasahi pipinya.
Menyedari kejadian itu Amir berasa terkejut dengan keadaan ibunya yang sedang menangis itu. “kenapa ibu menangis?” tanya Amir pada mak minah. “Amir, ibu dah tua nak. Bila-bila masa ibu bakal pergi meninggalkan kau. Ibu teringin sangat nak melihat engkau berubah, solat dan menjadi anak kebanggaan ibu” jawab mak minah penuh hiba. Melihat keadaan mak minah itu hati Amir tersentuh. Dia menahan kesedihannya lantas bangun meninggalkan mak minah yang tengah menangis sendirian di dapur. Malam itu Amir tidak dapat melelapkan matanya. Kata-kata ibunya terngiang-ngiang di fikirannya. Dia tidak dapat melupakan kata-kata ibunya yang telah membuatkan hatinya tersentuh. Dalam kecelaruan itu Amir terlelap dibuai mimpi. Keesokan paginya Amir bangun bersiap untuk pergi ke sekolah seperti biasa. Amir menuju ke dapur sambil memanggil-manggil nama ibunya. Namun tiada sahutan diterimanya kerana awal-awal pagi lagi mak minah sudah pergi ke pasar untuk berniaga.
Dia melihat sarapan pagi sudah sedia terhidang di atas meja yang dimasak oleh mak minah sebelum dia pergi ke pasar. Di sisi meja mak minah menyediakan sejumlah wang sebagai bekalan untuk Amir ke sekolah. Setelah kematian suaminya mak minahlah yang menyara kehidupan mereka dua beranak. Mak minah membanting tulang demi memastikan anaknya mendapat pendidikan yang secukupnya. Amir ke sekolah dengan mengayuh basikal. Kedengaran loceng berbunyi menandakan bermulanya proses pembelajaran  di sekolahnya. Amir masuk ke kelas meneruskan pengajiannya seperti hari-hari biasa. Pada hari itu cikgu Salina meminta pelajar-pelajarnya agar membayar yuran seminar persediaan untuk SPM sebanyak RM50. Amir pulang ke rumah seperti biasa pada hari itu. Dia tidak terus ke rumah, dia berhasrat untuk pergi berjumpa ibunya di pasar. Dilihatnya dari jauh redup wajah ibunya yang tengah gigih membanting tulang menjual hasil jualanya. Dihampirinya perlahan-perlahan ibunya yang tengah sibuk mengatur hasil jualannya. “ibu Amir nak 50 ringgit nak bayar yuran seminar” seru Amir pada mak minah. Mak minah terkejut mendengar suara anaknya itu. Mak minah membalasnya dengan senyuman lalu menghulurkan 50 ringgit kepada Amir. “nah 50 ringgit nak. Pergilah balik rumah dulu mak dah sediakan makanan tengah hari untuk Amir tu”. Amir mengapai 50 ringgit yang dihulurkan oleh mak minah lalu bergegas pulang ke rumah tanpa berterima kasih pada ibunya. Sebak hati mak minah dengan kelakuan anaknya itu. Namun dikuatkan hatinya kerana sayangnya terhadap anaknya itu.
Sampai saja di rumah Amir bergegas ke dapur untuk makan kerana lapar yang amat sangat dirasainya. Selesai saja makan Amir masuk ke dalam biliknya lantas berbaring di atas katilnya. Kerana letih yang amat sangat Amir terlelap di sisi katilnya. Jam sudah menunjukkan 8 malam namun mak minah belum sampai-sampai lagi ke rumahnya. Amir masih terlelap. Beberapa minit kemudian mak minah sampai ke rumah. Dilihatnya rumah kelihatan sunyi. Dia memang menjangka bahawa anaknya sudah tidur. Dia pun pergi ke bilik anaknya Amir. Dilihatnya Amir sudah tidur. Mak minah menghampiri anaknya lalu dilihatnya dalam-dalam wajah anaknya yang sangat disayanginya ini. Lamunannya menjangkau masa silamnya ketika Amir masih kecil lagi. Wajah girang Amir yang suatu ketika dulu dibelai dan dimanja-manja kini sudah beransur dewasa seiring masa. Perubahan dalam hidup anaknya ini disebabkan rasa sunyi yang menyelubungi hidupnya kerana kehilangan ayahnya sejak berumur 5 tahun lagi. Ini menyebabkan Amir kurang mendapat kasih seorang ayah dan perhatian dari seorang ayah seperti kanak-kanak yang lain. Mak minah mengucup dahi anaknya itu sebelum meninggalkan bilik Amir. Terasa sudah agak lama dia tidak mengucup dahi anaknya.
Mak minah masuk ke biliknya mengenang kisah hidupnya ketika arwah suaminya masih hidup lagi. Kenangan indah bersama suaminya amat-amat payah untuk dilupakan. Mak minah berbaring di sisi katilnya menahan rasa penat dan kesakitan kerana penat sehari membanting tulang mencari rezeki. Matanya terlelap dalam keheningan malam itu. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh di kampung selasih. Mak minah bangkit dari tidurnya untuk menunaikan solat subuh. Dilihatnya anaknya masih belum bangun lagi. Selesai solat mak minah memasak sarapan pagi untuk anaknya Amir sebelum pergi ke pasar berniaga. “Ibu”. Kedengaran suara Amir memanggil mak minah memecah kesunyian pagi itu. Dilihatnya Amir sedang menghampirinya. “awal Amir bangun pagi ni, Amir mimpi indah ke?” gurau mak minah pada anaknya. Amir tersenyum dengan gurauan ibunya itu. Ternyata doa mak minah telah dikabulkan, Amir yang dulunya dingin terhadapnya telah berubah sama sekali. Amir meminta maaf atas semua kesalahan serta sikap kurang ajarnya selama ini. Mendengar semua itu mak minah mengalirkan air mata kesyukuran. Buat pertama kalinya pada pagi itu mak minah melihat Amir solat subuh. Hati mak minah terasa girang sekali. Pagi itu menjadi saksi perubahan diri Amir di atas doa seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya.
Sebulan kemudian bermulanya peperiksaan SPM. “jawab baik-baik ya nak, mak doakan Amir mendapat keputusan yang cemerlang” mak minah memberi semangat pada anaknya. “baiklah mak, Amir janji Amir akan hadiahkan mak keputusan yang cemerlang dari Amir” balas Amir pada ibunya. Mendengar kata-kata yang penuh semangat dari anaknya itu membuatkan mak minah berasa sangat gembira. Hati Amir terasa sangat tenang ketika menjawab soalan-soalan SPM berkat doa dari ibunya. SPM telah berlalu, Amir kini membantu ibunya berniaga di pasar sementara menunggu keputusan SPM diumumkan. Mak minah sungguh gembira kerana Amir dapat membantunya berniaga di pasar. Sedang Amir sibuk melayan pelanggannya, tiba-tiba mak minah pengsan di pasar itu. Takutnya hati Amir bukan kepalang. Dengan bantuan dari rakan-rakan peniaga mak minah akhirnya mak minah dapat di bawa ke hospital. Amir sangat-sangat berterima kasih pada mereka semua kerana telah membantunya membawa ibunya ke hospital. Mak minah disahkan menghidap kanser oleh doktor. Amir amat terkejut dengan kenyataan doktor itu. “mak kamu sedang menderita kanser pada tahap ketiga. Jika tidak dilakukan pembedahan secepat mungkin mak kamu tidak akan dapat hidup lama lagi” kata doktor kepada Amir. “berapa kos pembedahan itu doktor?” tanya Amir penuh kerisauan. “lebih kurang RM 15 ribu” jawab doktor itu lagi. Keluh lidah Amir mendengar kata-kata doktor itu. Hanya air mata yang membasahi pipinya mendengar kenyataan pahit itu. Amir tidak sanggup lagi kehilangan ibunya seperti mana dia kehilangan ayahnya dulu.
Amir pergi berjumpa ibunya di wad kecemasan. Berat hati Amir mengkhabarkan berita itu. namun Amir terpaksa memberitahu ibunya. Mendengar penjelasan Amir, mak minah minta di bawa pulang ke rumah. Mak minah berkeras kerana dia tidak mampu untuk membayar kos pembedahan itu. Sejak hari itu Amir hanya seorang diri mencari rezeki untuk keluarga mereka kerana mak minah sudah tidak larat lagi untuk berjalan. Amir menjaga makan minum mak minah dan mengurus keperluan sehari-hari mak minah. Amir terpaksa bekerja dengan lebih keras kerana untuk menampung kos perubatan mak minah. Ketika Amir keluar kerja, ada jiran mereka yang sudi menghulurkan bantuan untuk menjaga mak minah. Kadang-kadang Amir terpaksa balik sampai lewat malam kerana terpaksa bekerja lebih masa menjual di pasar. Walaupun kepenatan tetapi keperluan mak minah menjadi keutamaan baginya.
Tiba hari yang dinanti-nanti. Akhirnya keputusan SPM telahpun diumumkan. Pagi-pagi lagi Amir mengayuh basikalnya menuju ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM nya. Debaran semakin memuncak di dada Amir ketika dia melangkah masuk ke sekolah itu. Alangkah gembiranya hati Amir apabila melihat slip SPM nya semuanya mendapat gred A. Kesyukurannya terhadap allah tidak terbatas. Guru-guru dan rakan-rakannya yang lain mengucapkan tahniah kepadanya. Dia diangkat sebagai pelajar cemerlang sekolah itu. Amir tidak sabar untuk balik ke rumah  untuk memperlihatkan kejayaanya itu kepada ibunya. Dia mengayuh basikal penuh semangat menuju ke rumahnya. Setibanya di halaman rumahnya dia melihat ramai orang mengunjungi rumahnya. Hatinya mula merasa sesuatu yang tidak baik berlaku. Fikirannya tertumpu kepada ibunya. Amir tidak dapat menahan langkahnya lagi, dia berlari menuju rumahnya sambil memanggil-manggil nama ibunya. Namun yang dia dapat lihat hanyalah mayat ibunya yang terbujur kaku di ruangan rumahnya. Hati Amir bagai hancur menerima kenyataan ibunya telah pergi selama-lamanya meninggalkanya keseorangan. Amir tidak dapat menahan dirinya lagi, dia meraung sekuat hati sambil menitiskan air mata kesedihannya atas pemergian seorang insan yang bernama ibu yang tiada tolok bandingnya di dunia ini. Jiran-jiran tetangganya telah menenangkan Amir agar tidak meratapi pemergian ibunya. Salah seorang dari mereka telah menyerahkan satu kotak yang berisi surat dan buku akaun bank kepada Amir.
Amir mencapai kotak itu lalu membaca surat yang ada di dalam kotak itu. “Anakku Amir, engkaulah permata bersinar ibu dan ayah. Lahir mu memberi sejuta erti untuk kami berdua. Lahir mu membawa cahaya dalam hidup kami. Walaupun engkau tidak sempat mengenali wajah ayahmu, tidak sempat merasa kasih sayang ayahmu, namun percayalah yang ayahmu sangat-sangat menyayangi mu nak. Kepergian ayahmu membuatkan ibu terpaksa membesarkan mu seorang diri. Harapan yang kami bina untuk membesarkan mu bersama-sama telah terkubur. Anakku, tiada seorang ibu pun di dunia ni yang tidak menyayangi anaknya. Ibu memarahi mu bukan kerana benci malah itulah rasa sayang ibu pada mu anakku. Ibu nak engkau menjadi seorang insan yang berguna. Anakku, terima kasih kerana sempat beri ibu peluang melihat perubahan dalam dirimu. Ibu tahu ibu takkan hidup lama lagi di dunia ini. Tiada penyesalan ibu mengandungkan mu dan melahirkan mu ke dunia. Kerana engkau sudah menjadi anak yang baik. Ibu memaafkan segala kesalahan mu anakku. Di sini ibu sertakan buku akaun bank di atas nama mu. Gunalah duit ini untuk pembelajaran mu anakku. Jaga dirimu baik-baik anakku, jaga solat dan taatlah pada perintah allah. Maafkan ibu kerana tidak dapat menemani mu lagi. Ibu sangat-sangat menyayangimu. Salam sayang dari ibu”. Linangan air mata Amir semakin menderas membaca surat dari ibunya itu. Sungguh kasih seorang ibu itu tidak terhitung untuk anak-anaknya. Walaupun kesedihan menghantui Amir akibat kejadian itu, namun hidupnya perlu diteruskan. Kerana sesungguhnya, setiap yang hidup itu pasti akan merasa kematian.



PENGARANG: NURBASIAH BINTI  ISMAIL
NAMA PENA: CIK NUR NBI
NO. MATRIK: BC12110121


Tuesday 26 November 2013

ARTIKEL – Pandangan cinta  Mahasiswa?



        Kita sering mendengar dan melihat segelintir mahasiswa mempersoalkan cinta mengikut pengalaman mereka sendiri. Namun demikian,setiap persoalan yang mereka mempersoalkan adalah berbeza. Hal ini kerana bukan semua pandangan orang sama kerana bukan semua orang apabila melihat luar tingkap mereka melihat tempat yang sama. Disini saya ingin mengupaskan serba sedikit mengenai persoalan cinta mengikut pandangan mahasiswa yang selalu berlaku.
    Adakalanya Mahasiswa menganggap cinta ini suatu yang menyeksakan  bagi diri mereka sendiri. Golongan ini adalah golongan yang setia tetapi sentiasa mendapatkan teman istimewa yang tidak pernah menghargai cintanya. Pandangan ini terjadi apabila seseorang yang sentiasa mengharapkan kesetiaan dan seringkali diabaikan cintanya secara berulang kali.
     Sehubungan itu juga, ada yang mengangap cinta itu sebuah kenikmatan dan keindahan dalam hidupnya. Golongan ini boleh dikatakan golongan yang mendapat cinta yang pertama dan boleh dibaratkan sebuah pohon yang baru berbunga. Hal ini kerana semua perkara yang datang dari cinta pertamanya dianggap sebuah kemanisan yang tidak terkira manisnya. Pandangan ini dikatakan pandangan pertama dalam soal percintaan dan merupakan titik permulaan dalam mengenali makna sebuah percintaan.
     Selain itu ada yang cinta itu layak kepada yang satu dan menganggap cinta itulah sebuah kebenaran dalam percintaan. Golongan ini adalah golongan para alim ulama, golongan orang yang beribadah dan merupakan orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah dalam kehidupannya. Pandangan ini merupakan pandangan yang perlu diikuti oleh kita semua kerana dialah berhak yang kita cintai dalam kehidupan kita.
        Secara kesimpulannya, pandangan orang mengenai persoalan cinta itu begitu banyak dan apa yang dikemukan adalah serba sedikit mengenai persoalan mengenai cinta. Apa yang dikatakan cinta yang teratur adalah kita mencintai Allah dan pesuruh Allah selepas itu ibubapa kita dan baru seterusnya yang layak kita cintai. Hal ini telah di ajar kita pada hadis Rasullullah. Tidak ada cinta yang menyakitkan dan menyeksakan melainkan cinta 100% pada makhluk. Kita dijadikan sebuah makhluk yang berakal berbeza dengan makhluk yang ada di muka bumi dan oleh itu renungkanlah serta fikirlah mana yang layak dahulu kita cintai sepenuhnya.


Abd Rahman (BC12160195)

Monday 25 November 2013

PROGRAM ANAK ANGKAT DI PAPAR

16 NOV, Papar, Sabah- Ahli unit berunirform Paramedik 3 Universiti Malaysia Sabah telah mengikuti “Program Anak Angkat” di Kampung Baru Kimanis anjuran PKPP. Program ini dijalankan untuk penilaian markah pelajar dibawah aktiviti “UMS SPRINT”. Program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pelajar dan orang awam. Program ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Ahli paramedik yang mengikuti program ini didedahkan dengan pelbagai nilai murni seperti kerjasama, hormat menghormati dan membuat kebajikan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program ini. Antaranya, aktiviti yang dijalankan semasa program ini diadakan seperti gotong royong di masjid, beramah mesra bersama penduduk kampung, menjalankan senam robik bersama penduduk Kg. Baru Kimanis dan meluangkan masa bersama ibu bapa angkat.

Kampung Baru Kimanis yang pesat membangun telah mewujudkan perasaan bangga dan teruja dalam diri pelajar yang mengikuti program ini. Mayarakat di Kampung Baru Kimanis mempunyai sikap yang baik hati dan peramah kerana sudi menerima pelajar UMS untuk dijadikan anak angkat. Penduduk Kampung Baru Kimanis telah memberi layanan baik sekali kepada pelajar UMS yang mengikuti program ini. Terdapat banyak kebaikkan yang diperolehi oleh pelajar melalui program seperti ini. Antaranya, program seperti ini boleh mengeratkan hubungan antara pelajar UMS dengan masayarakat Sabah. Selain itu, pelajar dapat mengenali serta mendalami budaya dan kehidupan masyarakat Sabah dengan lebih jelas. Program seperi ini wajar untuk dijalankan kerana banyak memberi kebaikkan kepada pelajar dan masyarakat kampung tersebut.
                           
 DISEDIAKAN OLEH : NURUL FATIHAH MUSTAPA
                                        BC12160221

Trip pelajar SPS ke Simpang Mengayau

Kudat, 3 november 2013- Mahasiswa serta Mahasiswi dari program Seni Kreatif, Sekolah Pengajian Seni, UMS telah menjalankan rombongan ke Pantai Bawang Jamal dan Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah. Tanjung Simpang Mengayau dikenali sebagai penghujung telinga Berneo. Rombongan ini dijalankan oleh pelajar yang berasal dari Kelantan. Rombongan yang dijalankan bertujuan untuk menghilangkan tekanan sambil beriadah selepas berhabis pulas menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.  Rombongan ini juga telah dijalankan pada cuti pertengahan semestar. Kebaikkan yang mereka dapat dari rombongan yang mereka jalankan ini, mereka dapat mengenali tempat yang menarik yang ada di Sabah bumi bawah bayu ini. Selain itu, serba sedikit mereka dapat mengkaji apa yang menarik di bumi bawah bayu ini. Disamping itu, mereka dapat jadikan aktiviti ini sebagai pengalaman dan kenangan yang terindah untuk mereka selepas mereka menamatkan pengajian di UMS kelak.

Aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan perhubungan antara Mahasiswa dan Mahasiswi Program Seni Kreatif, Sekolah Pengajian Seni, UMS. Mereka juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini mereka dapat mengenali dan mendalami keunikan hasil bumi Sabah dengan lebih jelas lagi. Sebagai kesimpulannya, aktiviti seperti ini harus dijalankan lagi pada masa akan datang kerana aktiviti seperti ini memberi banyak faedah kepada Mahasiswa dan Mahasiswi. Mereka dapat mengenali dan mempelajari sesuatu yang baru. Melalui aktiviti seperti ini juga, mereka dapat menambahkan lebih banyak pengetahuan lagi. Akhir sekali, mereka dapat melihat serta mengkaji kepelbagaian suku kaum di Sabah.

                                    DISEDIAKAN OLEH : NURUL FATIHAH MUSTAPA
                                                                           BC12160221

Friday 22 November 2013

KEMAHIRAN INSANIAH ( Soft Skills )
Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik yang juga disebutkan sebagai employability skills, soft skill, demonstrated skills dan istilah-istilah lain yang pelbagai. Namun demikian, pengertian kemahiran insaniah ini menjurus kepada penguasaan seseorang pelajar dalam kemahiran-kemahiran yang bersifat non-acedemic tetapi lebih memfokus kepada pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang Kemahiran Insaniah (KI), tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran yang dapat menampilkan nilai-nilai personaliti yang tinggi antaranya:
1. kemahiran berkomunikasi
2. pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
3. kemahiran berpasukan
4. pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
5. kemahiran keusahawanan
6. Etika dan moral Profesional
7. kemahiran kepimpinan
IPT sebagai Institusi Pendidikan Tinggi harus menjadi tempat yang paling sesuai untuk mengasah Kemahiran Insaniah (KI) pelajar. Tidak dinafikan pelajar IPT telah mengikuti Ko-kurikulum diperingkat Sekolah Menengah yang memerlukn setiap murid mengambil tiga kompenan matapelajaran iaitu Unit beruniform, sukan dan kelab atau persatuan. Pengambilan matapelajaran ini tertumpuh kepada pengembangan domain Psikomotor dan Kognitif. Pelajar-pelajar kurang mendapat pendedahan dari aspek afektif yang berkait rapat dengan pembangunan nilai kemanusiaan serta domain sosial yang tertumpuh kepada kemahiran-kemahiran sosial dan komunikasi.         
Di samping itu juga, pembelajaran Ko-kurikulum di IPT dilihat sebagai satu kesinambungan dari peringkat Sekolah Menengah. Kesinambungan ini juga dilihat sebagai satu Mileage dan Advantage kepada pelajar yang dapat meneruskan aktiviti Ko-kurikulum di peringkat Sekolah Menengah ke Universiti, sekaligus memberi peluang kepada pelajar mempelajari dengan lebih mendalam bidang yang diminati. Sebagai contoh, bagi pelajar yang pernah menjadi ahli Kadet Polis di peringkat Sekolah Menengah ia dapat meneruskan pembelajaran Kadet Polis ini melalui kursus ko-Kurikulum SUKSIS di peringkat       Universiti. Menjadi satu Advantage bagi pelajar kerana telah biasa dengan latihan-latihan lasak melalui kursus ini yang mana pada akhir pengajian akan ditauliahkan dengan pangkat yang memberangsangkan.
Walaupun konsep kesinambungan ini mempunyai banyak kelebihan, namun terdapat juga kelemahannya kerana pelajar tidak memberi pilihan kepada diri sendiri untuk meneroka pembelajaran bagi penguasaan kemahiran teknikal yang baru.

Suziana@Suzie(BC12110166)

Thursday 7 November 2013



UNCLE BOB…
Seperti yang kita semua sedia maklum UNCLE BOB iaitu salah satu Menu yang paling popular di Kafeteria Perpustakaan UMS. Setiap hari isnin hingga jumaat pelajar beratur panjang di bahagian Menu UNCLE BOB, tidak kira Siswa ataupun Siswi. Tidak pasti apa yang menjadi tarikan terhadap makanan tersebut sehingga  ramai Siswa dan Siswi yang sanggup beratur panjang. Menu UNCLE BOB hanyalah ayam goring yang disaluti dengan tepung, nasi putih, mayonis, sos cili dan rempah kari yang hanya sekadar penambah rasa dalam makanan tersebut.cuba kita bayangkan bagaimana perasaan dan rungutan daripada Siswa dan Siswi terutamanya mereka yang menggemari Menu tersebut sekiranya Gerai UNCLE BOB ditutup. Mungkin pengunjung Kafeteria Perpustakaan berkurang sedikit, kerana kebanyakannya Siswa dan Siswi UMS memilih Menu makanan tersebut semasa makan di Kafeteria Perpustakaan. Namun perlu ada inisiatif daripada pengusaha untuk menambah jumlah Gerai UNCLE BOB di sekitar UMS dengan meletakkannya di Kafeteria-kafeteria lain yang menjadi tumpuan Siswa dan Siswi.

                                                                SUZIANA@SUZIE
                                                         (BC12110166)
                                                                                                                  SENI_2013

Friday 1 November 2013

HIDUP MANUSIA HANYA SEMENTARA ^_^

HIDUP MANUSIA HANYA SEMENTARA ^_^
Manusia hiasan dunia,
Di utus untuk mentadbir alamnya,
Janganlah hidup dipersiakanya,
Kelak menjadi hamba dunia,

Manusia insan biasa,
Tidak pernah jikalau tidak melakukan dosa,
Menjadi hamba kepada musuh yang durjana,
Harta,pangkat,kekayaan hanya dimata.

Manusia hidup sengsara,
Kerana diri yang membiarkannya,
Tidak peduli pahala dan dosa,
Janji hidup sentiasa mewah dan bahagia.

Manusia hidup suka berfoya,
Kerana apa? Wanita senjata utama,
Tergadai maruah diri teraniaya,
Kelak neraka jawapanya,dasar manusia durjana.

 Cik Nur Nbi
( NUR BASIAH BINTI ISMAIL )
BC 12110121