song

Thursday 16 January 2014

MASALAH ANJING YANG YANG SUKAR DIATASI DI KOLEJ KEDIAMAN ANGKASA

Kolej kediaman ANGKASA merupakan kolej kediaman yang baru UMS. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pelajar di kolej kediaman tetapi keadaan dan persekitaran di kolej itu tidak memuaskan. Masalah anjing berkeliaran telah memberi kesan impak yang besar kepada pelajar. Hal ini pernah di atasi tetapi sukar untuk mencari jalan penyelesaiannya. Anjing-anjing yang berkeliaran di kolej kediaman ANGKASA telah menyebabkan sampah sarap merata-rata yang dikeluarkan dari tong sampah. Selain itu, anjing-anjing itu juga telah mengganggu pelajar-pelajar yang tinggal di kolej kediaman ANGKASA.

Telah pelbagai cara dari pihak atasan untuk mengatasi masalah ini namun  masalah ini gagal menemui jalan penyelesaiannya. Anjing-anjing tersebut gemar berkeliaran di sekitar blok-blok kolej kediaman angkasa, lokasi riadah pelajar dan yang paling utama iaitu café tempat pelajar makan. Masalah ini juga akan memberi kesan yang besar kepada peniaga2 di café, kerana masalah ini akan membuatkan pelajar berasa jijik dan tidak selera dengan keadaan persekitaran. Kadang-kadang anjing-anjing tersebut akan mengganggu dan mengejar pelajar dan juga kadangkala mencederakan pelajar-pelajar di kolej itu.

Pelajar-pelajar kolej kediaman angkasa berharap agar pihak atasan menemui jalan penyelesaiannya agar masalah anjing ini kurang atau tidak berlaku lagi di masa-masa akan datang.

Disediakan oleh : Nurul Fatihah Mustapa ( BC 12160221 )


Sunday 12 January 2014

Datuk Ramli Ibrahim dan kumpulan Sutra Dance Theatre.

          Kumpulan Sutra telah dikawal dan diselia oleh sekumpulan pegawai yang telah diberi kepercayaan penuh di dalam organisasi tersebut iaitu Datuk Ramli Ibrahim sendiri sebagai pengerusi Sutra, Dato’ Seri Muhammad Shafe bin Md Abdullah, Dato’ Nor Zakiah Abdul Majid, Sivarajah Natarajan dan Ken Pusphanatahan. 

"PERSEMBAHAN KUMPULAN SUTRA DANCE DAN DATUK RAMLI IBRAHIM"
        Objektif penubuhan kumpulan Sutra ini adalah untuk mengekalkan, memelihara, dan mempromosi persembahan seni tradisional dan kontemporari di Malaysia. Kumpulan ini telah memperkenalkan Malaysia di dalam dan juga di luar Negara melalui persembahan yang pelbagai dan sangat berinovasi. Selain itu juga, kumpulan ini ditubuhkan khusus untuk mendidik dan memperkenalkan persembahan seni tradisional dan kontemporari dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program dan kursus yang dijalankan.
"DATUK RAMLI IBRAHIM
 
  Di samping itu, penubuhan kumpulan ini juga ingin meningkatkan peratusan penglibatan rakyat Malaysia di dalam semua aspek yang melibatkan persembahan yang berkaitan dengan seni. Kumpulan Sutra ini juga menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak agar dapat menarik minat rakyat Malaysia dan sekaligus untuk meningkatkan persembahan seni di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

PERGINYA SAHABATKU (puisi)


Sahabat,
Ketika kecil aku bersamamu,
Kita sering tertawa ,
                             Sering bersama ketika susah ataupun senang,
Sentiasa berkongsi suka duka ,

                                                            Sahabat,
Aku sering tertanya – tanya,
Sehingga menjadi persoalan dalam hidupku,
Engkau pergi tanpa berita,
Bagai hujan di tengah panas,

                                                            Sahabat,
                                                    Aku sering berilusi,
Sehingga menjadi igauan dalam mimpiku ,
Mengapakah mahligai persahabatan yang kita pertahankan begitu lama,
Hancur bagaikan tsunami menelan alam,

Sahabat,
Adakah  engkau menjauhiku disebabkan kekuranganku,
Adakah kekuranganku menjadi bebananmu,
Aku takut bebananmu itu menghancurkan segalanya,


Sahabat,
Aku sering menadah tangan dan berharap,
Supaya kesalahanku menjadi kemaafan,
Kekurangan diriku menjadi kelebihan,
Itulah harapan ku selama kau menghilang.

                       Ar-rahman(bc12160195)

KEBENARAN CINTA ( Puisi)




Jika hati sering adamu dalam diriku
Itu tanda kasih telah telah tercipta
Hidupku ini tidak lagi suram
Kerana cintamu telah pun di genggaman

Persoalan ini menjadi tanda tanya
Adakah sebuah percintaan itu satu penyeksaan
Mungkinkah satu kesakitan
Padahal cinta terbina kerana sebuah kasih sayang

Cinta sebenarnya pada yang menciptakan
Setiap manusia dikurnia pendamping
Tapi pendamping ku idam-idamkan
Hanyalah dirimu seseorang

Pandanglah dari mata hati
Bukan dari pandangan nafsu serakah
Kerana nafsu timbullah tipu daya
 Pandanganlah dari hati yang tidak menipu

Jangan cinta pada bibir
Tetapi hati berkata lain
Kotakan apa yang dijanji
Itulah namanya cinta sebenar.
  

                                AR-RAHMAN(BC12160195)

AKTIVITI MAJOR PENULISAN TAHUN DUA 2013/2014 UNTUK SEM SATU


     Pada 27 November 2013 pelajar Sekolah Pengajian seni telah mengadakan persembahan sempena Program Bulan Bahasa peringkat kebangsaan 2013 yang bertempat di 1Borneo Kota Kinabalu. Persembahan tersebut disertai oleh pelajar penulisan tahun 2 dan di bantu oleh sebahagian pelajar major tari dan pelajar seni kreatif tahun 2. Persembahan yang dilakukan berbentuk puisi lakon.
      

"DESTINASI PERSEMBAHAN"

    
      Pada 26 November merupakan latihan bagi persembahan puisi lakon bagi pelajar penulisan tahun 2 selepas pengagihan tugas ahli jawatan kuasa ,pelakon dan penari. Dalam persembahan puisi lakon terdapat sajak, syair ,puisi lagu, pantun dan sketsa diiringi dengan persembahan tarian. Tempat latihan sebelum persembahan ialah Studio Normadiah. Encik  Shah Zainal dan Encik Lokman Abdul Samad merupakan penasihat dan tenaga pengajar sepanjang latihan dalam persembahan puisi lakon.

"ENCIK LOKMAN MEMBERI NASIHAT MENGENAI PERSEMBAHAN"


            Tajuk puisi lakon yang dipersembahhkan ialah sebuah sketsa yang bertajuk” Semarak Bulan Bahasa” iaitu sebuah persembahan puisi yang menceritakan tentang masyarakat di sebuah kampung. Kisah tersebut bermula apabila seorang kanak-kanak yang petah berkata-kata menayakan soalan kepadanya bapanya mengenai apa itu bahasa. Berbagai jenis puisi dan setiap puisi yang dilakonkan membawa mesej sayangilah Bahasa Melayu.

                                 AR-RAHMAN(BC12160195)

SABAH NEGERI YANG KAYA DENGAN KEPELBAGAIAN MAKANAN TRADISOANAL

      Sabah ialah salah satu daripada 13 buah negeri yang ada di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar selepas negeri Sarawak yang terletak di kepulauan Borneo. Sabah dikenali sebagai negeri di Bawah Bayu. Sabah juga dikenali sebagai negeri yang kaya dengan pelbagai kebudayaan, etnik dan tempat perlancongan yang menarik. Selain itu, tidak lupa juga pada makanan tradisi yang pelbagai, yang ada di negeri Bawah Bayu ini. Sabah kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang diperkenalkan dari pelbagai etnik di Sabah. Antara makanan yang popular di Sabah ialah seperti ambuyat, Sagol dan kerak guri dan banyak lagi. Makanan tradisonal ini diperkenalkan oleh pelbagai suku kaum yang ada di Sabah. Setiap suku kaum yang ada di Sabah ini mempunyai makanan tradisional yang tersendiri dan masing-masing mempunyai rasa, teksture, warna, dan kaedah yang unik dan menarik. Makanan tradisional yang ada di Sabah ini turut mendapat sambutan di dalam Malaysia dan luar Negara.


KAUM BISAYA
   Setiap suku kaum di Sabah mewarisi makanan turun temurun masing-masing. Malah cara penyediaan dan teksture yang digunakan berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri. Makanan tradisi telah lama menjadi identiti sesuatu kaum kerana keistimewaannya dari segi pelbagai aspek. Ambuyat iaitu sejenis makanan yang diperbuat dari pokok rumbia atau lebih dikenali  sebagai sagu. Ambuyat adalah makanan tradisi yang  sangat dikenali ramai  di Sabah. Ambuyat merupakan makanan tradisi suku kaum Bisaya di Sabah.  Makanan tradisi yang diperbuat daripada sagu ini juga dianggap makanan pembuka selera oleh masyarakat Sabah sendiri serta masyarakat luar Negara yang mencuba dan rasa makanan tradisi ini. Ambuyat hanya berwarna putih berbeza dari makanan tradisi lain yang kita selalu lihat. Bagi masyarakat Sabah, dalam makanan tradisi mereka, warna  tidak memainkan peranan penting  asalkan makan tradisi itu mempunyai rasa yang sedap dan enak. Ambuyat mempunyai teksture yang sangat unik kerana ambuyat akan menjadi cair ketika dalam proses aduanan dan teksturenya berubah menjadi seperti gam apabila dikacau lama dan ketika siap untuk dihidang. Walaupun makanan tradisi ini sangat terkenal di Sabah dan disukai ramai tetapi tidak semua orang gemar makan makanan tradisi ini kerana teksturenya yang pekat melekat-lekat seperti gam dan rasanya yang tawar tetapi enak apabila dimakan dengan cara makan ambuyat yang betul. Kebiasaanya, ambuyat ini dimakan dengan pelbagai kaedah mengikut cara individu itu sendiri. Menurut Haji Kamis salah seorang penduduk Daerah Beufort, “Ambuyat menjadi peganti nasi dan makan bersama lauk-pauk, rasanya enak sekali.” Menurutnya lagi, “ kaedah pembuatan Ambuyat tidak mudah, ia akan mengambil masa yang lama kerana mereka terpaksa meredah hutan untuk mencari pokok rumbia dan setelah itu, kaeadah pemprosesan dijalankan dan pemprosesan itu mengambil masa dua atau tiga hari.” Ambuyat menjadi makanan wajib ketika adanya kenduri dan majlis-majlis keramaian bagi suku kaum Bisaya. Suku kan kaum Bisaya menjadikan ambuyat sebagai makanan rutin harian megantikan nasi makan bersama lauk pauk.
  
KAUM KOKOS
             Sebut sahaja mengenai masyarakat suku kaum cocos, etnik ini turut tidak ketinggalan dengan makanan tradisional yang amat popular dalam kalangan mereka. Masyarakat cocos terkenal dengan makanan yang amat popular iaitu kerak guri. Kerak Guri ialah sejenis makanan berupa snek dan boleh juga dijadikan makanan berat seharian. Kerak guri ialah nasi yang di buat di atas kuali besar dan diratakan. Makanan ini mengambil masa selama setengah jam untuk ia betul-betul menjadi kerak nasi yang rangup. Sememangnya snek ini amat sedap dan rangup jika di makan dengan serunding daging ataupun kelapa. Juadah ini amat sesuai jika dinikmati pada sebelah petang dan malam sambil bersantai bersama keluarga. Perlu di ketahui juga iaitu lauk Ikan Berengkes adalah salah satu lauk yang paling popular dalam kalangan masyarakat cocos. Ikan berengkes adalah sejenis sambal ikan haruan yang di masak menggunakan kunyit dan asam. Lauk ikan ini sesuai di makan dengan nasi dan menjadi hidangan lauk untuk makan malam dan sebagainya. Uniknya, lauk ikan beregkes ini juga boleh di makan bersama snek tadi iaitu Kerak Guri. Kedua-dua makanan tradisi masyarakat Cocos ini amat unik dan sedap kerana hasil daripada air tangan orang-orang cocos situ sendiri. Sebagai sumber pengetahuan masyrakat yang meminati makanan tradisional, Kerak Guri dan Ikan Berengkes ini adalah diantara makanan yang pernah di import di peringkat luar negeri. Keenakan kedua-dua makanan tradisi ini telah menarik minat pengaruh luar untuk mencuba dan seterusnya memperniagaan di peringkat yang lebih tinggi.

KAUM BAJAU
        Selain daripada suku kaum Bisaya dan Cocos, Bajau juga mempunyai makanan tradisi yang sangat terkenal di Sabah. Makanan tradisi Bajau ini dikenali sebagai sagol. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan, biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal digunakan dalam proses pembuatan sagol ini. Isi-isi ikan yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau duri pada ikan buntal. Mencelur iaitu masak separuh ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering tanpa kuah dan sagol basah iaitu berkuah. Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya proses pembuatannya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal. Selain itu, masih ada lagi makanan tradisi Bajau iaitu, Putu. Putu adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan tradisional Bajau yang lain. Selalunya dimakan dengan makanan laut. Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung. Antaranya lagi, iaitu Tompek juga sejenis makanan tradisi Suku Kaum Bajau yang digemari masyarakat Sabah. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah. Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, makanan mentah terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima, tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya. Makanan-makanan tradisi Bajau terdapat keunikan yang tersendiri dan rasanya yang enak seperti makanan tradisi suku kaum lain juga.

KAUM KADAZAN-DUSUN

     Seperti suku kaum lain juga, Masyarakat Kadazan Dusun juga mempunyai pelbagai makanan tradisi. Makanan Kaum Kadazan Dusun merupakan identiti masyarakat tersebut. Masyarakat Kadazan Dusun memiliki pelbagai jenis hidangan yang unik. Hidangan Kaum Kadazan Dusun diperbuat daripada sumber alam semulajadi. Kaum Kadazan Dusun yang tinggal di kampung masih lagi mengamalkan masakan cara tradisional. Selain itu, makanan ini juga di hidangkan dalam Pesta Keamatan yang dirayakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, majlis perkahwinan, dam majlis-majlis lain. Antara jenis-jenis makanan Suku Kaum Kadazan Dusun ialah Noomson iaitu  merupakan makanan tradisional yang istimewa dan paling popular bagi Kaum Kadazan Dusun. Noomson makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun iaitu Noomsom ataupun lebih dikenali sebagai jeruk. Terdapat beberapa jenis Noomsom yang ada dalam makanan tradisional Kaum Kadazan Dusun, antaranya ialah, Noomsom Sada, Noomsom tuhau, dan Noomsom Bambangan.” Noomsom Sada” iaitu ikan yang  menggunakan jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk dengan menggunakan isi buah Pangi yang telah ditumbuk, nasi dan garam. Selepas itu semua bahan tersebut akan dicampurkan  dan akan dimasukkan ke dalam bekas kaca atau tajau kecil. Ianya akan dibiarkan selama sepuluh atau dua belas hari dalam proses penjerukkan sebelum boleh dimakan. Noomson Tuhau pula Isi tuhau yang telah dihiris, garam,cili merah dan jeruk dengan cuka. Bahan-bahan tersebut akan dicampurkan dalam satu tempat dan dimasukkan di dalam bekas botol dan akan dibiarkan selama beberapa minit sebelum dihidangkan untuk dimakan. Akhir sekali, Noomson Bambangan iaitu  isi buah Bambangan yang telah siap dihiris. Isi buah bambangan yang telah siap diparut akan diletakkan sedikit garam. Apabila semua bahan-bahan tersebut telah dicampur dan ianya akan dimasukkan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.  Rasanya cukup enak dan amat terkenal di Sabah.
          
KAUM RUNGUS

             Namun masyarakat kaum Rungus juga tidak tidak kurang hebatnya dalam konteks makanan tradisi walaupun kadar pendudukannya tidak meluas seperti etnik kaum yang lain di Sabah. Rungus ataupun lebih dikenali sebagai Dusun Laut hanya tertumpu di daerah Kudat. Terdapat makanan tradisi suku kaum Rungus yang popular dikalangan kelompok kaum Rungus iaitu buah –buahan yang dijerukkan dengan diletakkan isi ikan mentah  seperti buah bambangan, mangga, betik dan sebagainya. Namun buah  yang hendak  dijeruk haruslah separuh masak dan semakin lama ianya dijeruk semakin tinggi nikmat kelazatannya. Buah yang belum masak ini boleh dijeruk terus kecuali buah nangka kerana buahnya keras diamakan dan cara untuk menjerukkan adalah berbeza daripada buah yang lain iaitu menggunakan air panas dalam proses penjerukan. Makanan ini selalu digunakan untuk membuka selera dalam masyarakat kaum Rungus dan menikmatinya secara beramai-ramai. Manakala makanan tradisi yang dijadikan lauk untuk hidangan oleh masyarakat kaum Rungus yang sememangnya popular dikalangan masyarakat daerah Kudat. Terdapat dua makanan yang sememangnya jelas kelihatan terkenal dikalangan kaum Rungus iaitu Hinava Ikan Yu atau jeruk isi ikan yu dan Tinunuvan Soguntung atau lebih dikenali sebagai terung bakar. Hinava kaum Rungus berbeza dari suku kaum etnik yang lain kerana menggunakan isi ikan Yu dalam resipinya. Mereka mempercayai bahawa isi ikan Yu lebih lazat dijeruk berbanding ikan Tenggiri ,udang dan ikan yang lain dengan menggunakan air limau dalam proses penjerukkan. Hinava ikan Yu suku kaum Rungus selalunya dicampur dengan sayur yang dikenali Peria dan cili padi yang sememangnya menambah lagi kelazatan Hinava tersebut. Manakala Tinunuvan Soguntung atau dikenali sebagai terung bakar merupakan hidangan yang ala kadar tetapi kelazatan menyebabkan orang yang melihat pasti menggeliur. Hal ini disebabkan terung akan dicampur oleh limau,lada cili ,bawang dan ikan bilis dan diletakkan dalam terung bakar yang pasti akan menaikkan selera bagi sesiapa yang melihatnya. Terdapat juga makanan tradisi suku kaum Rungus yang mengkhususkan makanan utuk sarapan iaitu Tinonpis Roti atau dikenali sebagai roti ubi kayu dan Bintanok Dalai atau dikenali kuih jagung. Dapat dilihat bahawa bagaimana keunikan dalam kepelbagaian makanan tradisi suku kaum Rungus yang menarik selera masyarakat di Sabah dan pelancong luar. Semestinya kaum Rungus mempunyai makanan tradisi yang memperlihatkan identiti suku kaumnya seperi etnik yang lain.
        
        Secara keseluruhannya setiap suku kaum etnik di Sabah mempunyai makanan tradisi yang tersendiri bagi memperlihatkan indentiti diantara suku kaum dengan kaum yang lain. Dalam konteks makanan tradisi suku kaum di Sabah dapat memperlihatkan  perbezaan semua kaum di Sabah yang menjelaskan identiti mereka. Semua suku kaum tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk makananan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun kini negeri Sabah  sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir  ke arah kemajuan dengan menerapkan bangsa kita dengan makan ala kemodenan, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak kelahiran negeri Sabah perlu menyahut cabaran bahawa makanan tradisional di Sabah mampu melepasi pasaran dunia sehingga ke antarabangsa seperti makanan-makanan yang lain malahan boleh menjadi sumber ekonomi dalam Negara Malaysia.

Disediakan oleh : Nurul Fatihah Mustapa (BC12160221)
                               NurBasiah Ismail (BC12110121)
                               Suziana Halul (12110166)
                               Abdul Rahman Bin Jalimin (BC12160195)
                               Faizul Azmi Bin Rizely ( BC12160201)









ANDAI HARI INI HARI TERAKHIR AKU DI DUNIA

    Kita sering mengingati akan tarih kelahiran kita di dunia ini tetapi pula lupa akan kematian. Dunia merupakan tempat persinggahan kita untuk mencari bekalan untuk hari akhirat. Allah S.W.T lahirkan manusia penuh dengan tertib, tidak ada seorang anak mendahului kelahiran seorang ayah tetapi untuk kematian Allah S.W.T telah tetapkan supaya tidak pernah kenal akan erti sebuah tertib sebagaimana Allah S.W.T telah tetapkan untuk sebuah kelahiran. Disitu kita dapat lihat bahawa kematian datang pada bila-bila masa sahaja tanpa tanpa melihat umur kita. 

    Andaikata hari ini adalah kali terakhir aku hidup di dunia akan ku habiskan sisa hidupku untuk beramal dan beribadat dan tidak akan aku sia-sia kan masa itu walaupun sedetik. Aku lakukan sedemikian rupa kerana aku takut berjumpa dengan Allah S.W.T dalam keadaan kotor dan tidak mempunyai apa-apa. Allah S.W.T telah hantar aku di dunia ini dengan keadaan bersih dan adakah aku harus kembali kepadanya dalam keaadan kotor. Aku sering lupa bahawa banyak nikmat telah aku diberikan dalam aku sedar dan juga tanpa disedari. Ya ,memang banyak masa dan nikmat yang telah aku sia-siakan dan aku lupakan. Andaikata semua nikmat perlu dibayar nescaya aku tidak akan dapat membalasnya. Betapa besarnya nikmat yang diberikan kepada aku tetapi andaikata ini kali terakhir aku di dunia ini akan aku gunakan sebaik nikmat yang diberikan. Tidak ada lagi masa untuk aku mensia-siakan dan aku sedaya upaya untuk tidak lagi mendustai segala nikmat yang telah diberikan kepada aku. 

    Andaikata ini kali terakhir aku di dunia ini akan aku segerakan langsaikan kan segala hutangku , meminta maaf dan memaafkan semua orang. Aku ingin pergi di persinggahan yang lain dengan ketenangan dan menyenangkan semua orang. Ya, banyak perkara yang aku perlu lakukan sebelum aku pergi ke persinggahan lain namun andakata itu takdirku akan aku usahakan segerakan segala kebaikan hingga aku dijemput. Mungkin selama ini aku tidak pernah mengendahkan segala perbuatan dan balasan untuk sebuah kebaikan dan tidak pula mengenali erti penyeksaan bagi sebuah keburukan. Memang benar ,hanya orang yang mengetahui masa akan kematian kelak sahaja yang mengerti bagaimana seharusnya untuk hidup. Ini adalah takdir aku, aku perlu menghadapi dengan tabah dan sabar dan sentiasa mengharap keredhaan padanya setiap perbuatan kebaikan aku kerana tanpa redhanya perbuatan aku hanyala sia-sia.     
  
      Andaikata ini adalah ini adalah terakhir aku di dunia ini ingin aku sentiasa mendampingi dan didampingi oleh keluarga sepanjang masa terutamanya yang telah melahirkan aku iaitu seorang yang bernama ibu. Ya, memang aku akui bahawa banyak masa yang aku sia-siakan sehingga keluarga aku abaikan. Syurga seorang anak terletak dalam redhanya seorang ibu kerana banyak jasa ibu dalam membesarkan aku. Segala kesusahan dan penderitaan yang dialami dalam lelahirkan dan membesarkan aku tidak dapat dibalasinya dan tidak hairanlah bahawa syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Akan aku korbankan masa aku di luar semata-mata untuk keluarga aku andaikata ini takdir hidup aku untuk hidup di dunia ini. 

       Mungkin inilah kehidupan bagi seorang manusia andaikata mereka tahu akan ajalnya mendatang. Banyak perkara yang hendak di lakukan terutamanya aku apabila mengetahui ini adalah kali terakhir aku hidup di dunia ini. Alangkah indahnya jika aku berfikiran sepanjang hidupku dan tidak akan pembaziran nikmat dan masa dalam hidupku kerana mati itu pasti bagi semua makhluk ciptaan Allah S.W.T di dunia ini. Semoga Allah sentiasa mengingatkan kematian pada diriku kerana andaian untuk kematian mengajar aku akan erti sebuah kehidupan dan orang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat akan kematiannya.

                                      Ar-Rahman( Bc12160195)