KEMAHIRAN
INSANIAH ( Soft Skills )
Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik yang juga disebutkan sebagai employability skills, soft skill, demonstrated skills dan istilah-istilah lain yang pelbagai. Namun demikian, pengertian kemahiran insaniah ini menjurus kepada penguasaan seseorang pelajar dalam kemahiran-kemahiran yang bersifat non-acedemic tetapi lebih memfokus kepada pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang Kemahiran Insaniah (KI), tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran yang dapat menampilkan nilai-nilai personaliti yang tinggi antaranya:

1. kemahiran berkomunikasi
2. pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah
3. kemahiran berpasukan
4. pembelajaran berterusan dan
pengurusan maklumat
5. kemahiran keusahawanan
6. Etika dan moral Profesional
7. kemahiran kepimpinan
IPT sebagai Institusi Pendidikan
Tinggi harus menjadi tempat yang paling sesuai untuk mengasah Kemahiran
Insaniah (KI) pelajar. Tidak dinafikan pelajar IPT telah mengikuti Ko-kurikulum
diperingkat Sekolah Menengah yang memerlukn setiap murid mengambil tiga
kompenan matapelajaran iaitu Unit beruniform, sukan dan kelab atau persatuan.
Pengambilan matapelajaran ini tertumpuh kepada pengembangan domain Psikomotor
dan Kognitif. Pelajar-pelajar kurang mendapat pendedahan dari aspek afektif
yang berkait rapat dengan pembangunan nilai kemanusiaan serta domain sosial
yang tertumpuh kepada kemahiran-kemahiran sosial dan komunikasi.
Di samping itu juga,
pembelajaran Ko-kurikulum di IPT dilihat sebagai satu kesinambungan dari
peringkat Sekolah Menengah. Kesinambungan ini juga dilihat sebagai satu Mileage dan Advantage kepada pelajar yang dapat meneruskan aktiviti
Ko-kurikulum di peringkat Sekolah Menengah ke Universiti, sekaligus memberi
peluang kepada pelajar mempelajari dengan lebih mendalam bidang yang diminati.
Sebagai contoh, bagi pelajar yang pernah menjadi ahli Kadet Polis di peringkat
Sekolah Menengah ia dapat meneruskan pembelajaran Kadet Polis ini melalui
kursus ko-Kurikulum SUKSIS di peringkat Universiti. Menjadi satu Advantage bagi pelajar kerana telah
biasa dengan latihan-latihan lasak melalui kursus ini yang mana pada akhir
pengajian akan ditauliahkan dengan pangkat yang memberangsangkan.
Walaupun konsep kesinambungan ini
mempunyai banyak kelebihan, namun terdapat juga kelemahannya kerana pelajar
tidak memberi pilihan kepada diri sendiri untuk meneroka pembelajaran bagi
penguasaan kemahiran teknikal yang baru.
Suziana@Suzie(BC12110166)
No comments:
Post a Comment