song

Sunday 27 October 2013

Sekolah Pengajian Seni terbaik!!!!!!!!

Disediakan oleh : NURUL FATIHAH BINTI MUSTAPA (BC12160221)


Sekolah pengajian seni 26 oktober  2013 – Sekolah pengajian seni iaitu antara fakulti yang paling sibuk, disebabkan itu fakulti ini dikenali sebagai “sekolah paling sibuk”. 26 oktober 2013, pelajar seni kreatif sekolah pengajian seni telah membantu menjayakan program “semarak Bulan Bahasa” di One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu Sabah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka negeri Sabah. Mereka telah memeriahkan suasana di program “Semarak Bulan Bahasa”. Terdapat pelbagai persembahan yang dipersembahkan oleh pelajar seni kreatif Sekolah Pengajian Seni, UMS. Antaranya, persembahan sketsa, nyanyian, syair, sajak, pantun, serta tarian tradisional seperti joget dan zapin. Persembahan mereka sangat memberi kesan positif kepada masyarakat terhadap kepentingan dan keistimewaan bahasa melayu. Program ini merupakan antara usaha-usaha yang dijalankan untuk menaikkan martabat Bahasa Melayu di Malaysia.Selain itu, program “Semarak Bulan Bahasa” bertujuan untuk membangkitkan kembali penggunaan bahasa melayu dikalangan rakyat Malaysia. Pelajar sekolah pengajian seni telah menunjukkan bakat mereka di khalayak ramai sambil memeriahkan suasana di program tersebut. Tetamu yang menyertai program tersebut kelihatan terhibur dan tidak bosan. Mereka ketawa tidak kering gusi menonton persembahan dari pelajar sekolah pengajian yang mempersembahkan sketsa yang membawa unsur komedi dan lawak. Walauapapun, tahniah kepada pelajar seni kreatif Sekolah Pengajian Seni, UMS yang terlibat kerana telah menjayakan program “ Semarak Bulan Bahasa” yang telah diadakan pada 26 oktober semalam.

Monday 21 October 2013


KATA MU DAN BAHASA MU


Lembut ungkapan kata mu
Indah tuturan bahasa mu
Bagai angin sepoi-sepoi di subuh hari
Yang memberi sejuta ketenangan
Ketenangan kepada jiwa-jiwa yang panah
Di hati terasa perit dan sunyi.

Kata mu dan Bahasa mu
Mengingatkan daku kepada kehidupanku
Dengan keindahan bahasamu
Aku bagai terlapang dari himpitan sempit
Sesekali keliru mengerti pribadi diri.

Kata mu dan Bahasa mu
Indah umpama salji menyapa bumi
Mampu melapangkan dada pendengarnya
Setiap ungkapan kata yang terungkap
Setiap bahasa yang terucap,
Mampu menebusi ruang-ruang di hati sepi.

Kata mu dan Bahasa mu
Melambangkan pribadimu
Keindahan bahasamu umpama mentari dini hari
Yang menyinari seluruh pelusuk bumi
Ia mampu memberi sinar senyuman

Kepada insan lain.
Ku kutip seranting kata
Ku kutip seranting Bahasa
Untuk ku titip di ruangan hidup
Untuk mengindahi Bahasa diri
Untuk melayarkan Bahtera kehidupan di hari esok.

SUZIANA@SUZIE
SENI_2013


SEMANGAT KEMERDEKAAN MELALUI PUISI


Pada hari Khamis, 12 September 2013, seramai 2,000 penonton terhibur di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan persembahan hebat parapemuisi, penyair dan penyanyi lagu puisi pada program Malam Puisi Riong Berita Harian- UMS bertemakan 50 tahun Sabah Maju dalam Malaysia.a
Gema dan laung ungkapan puisi yang di sampaikan oleh Abdul Ghafar Ibrahim, Khalid Saleh, Sani Sudin, Datu Ruslan Sulai, Awang KarimKadir, Ampuan Awang, Noor Aishah Maidin, Mohammad Puad Bebit, Felix Agus dan ramai lagi merangsangkan ketekalan jati diri dan menghangatkan semanagat kemerdekaan Negara.
Turut serta mendeklamasikan puisi ialah Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Mior Kamarul Shahid, Timbalan Naib Canselor ( Hak Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Datuk Hj, Kasim Hj. Md Mansur, Naib residen Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Awang Buthamam Awang Mahmun dan No’man Hj. Ahmad, Ketua Jabatan Canselor, UMS.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hj. Arifin Mohd Arif yang turut menyampaikan puisi bertajuk ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’. Terdahulu, Datuk Dr. Harun dalam ucapannya berkata, program sebegini menjadikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sabah Maju Jaya dalam Malaysia menjadi lebih bermakna dan dapat dikongsi bersama para siswa siswi serta komuniti setempat yang hadir.
Menurutnya, penghayatan terhadap setiap lontaran bait puisi yang dideklamasikan mampu menyubur dan membangkitkan semangat patriotisme setiap individu.
Penonton turut dihiburkan dengan nyanyian daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Mohd Juhar Harun dan rakan-rakan serta persembahan khas gambus Brunei yang disampaikan oleh Persatuan Masyarakat Brunei, Sabah.
                                                                                                                         
                                                                                                           FAIZUL AZMI RIZELY

Ø  zul ezaniey 

Sunday 20 October 2013

Aidiladha kembali lagi.

Disediakan oleh : nurul fatihah bt mustapa (bc12160221) Universiti Malaysia Sabah, 15 0ktober 2013 – Aidiladha menjelang lagi. Pelajar Universiti Malaysia Sabah sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut aidiladha bersama keluarga tercinta. Tetapi duka cita dimaklumkan bahawa cuti untuk aidiladha pada sem ini terlalu singkat. Walaupun cuti aidiladha pada kali ini terlalu singkat, tetapi disebabkan perasaan mahu beraya bersama keluarga tercinta sangat berkobar – kobar, ada sesetengah kuliah dan pensyarah telah memberi peluang kepada pelajar untuk pulang beraya di kampung dengan cara menangguhkan kuliah tersebut. Namun, hanya segelintir sahaja yang dapat pulang ke kampung dan beraya bersama keluarga tercinta. Masalah kewangan dan kekangan masa telah menyebabkan ramai pelajar dari semenanjung tidak dapat pulang beraya di pangkuan keluarga tercinta. Walaupun beraya diperantauan, namun mereka masih menunjukkan reaksi gembira beraya bersama kawan-kawan di Universiti Malaysia Sabah ( UMS ). Pada mereka, walaupun tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga namun ini adalah pengalaman yang terindah untuk dikenang apabila mereka graduat suatu hari nanti. “walaupun sem ini merupakan kali kedua beraya diperantauan, perasaan sedih itu masih lagi timbul dalam diri saya” luahan perasaan dari salah seorang mahasiswi Sekolah Pengajian Seni ( SPS ) Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) iaitu Nurul Ain Bt Kassim yang bernombor matrik BC12160221 yang merupakan anak jati Kelantan Darul Naim. Namun, biarpun berjauhan dari pangkuan keluarga, mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia sabah ( UMS ) sentiasa memaparkan kegembiraan di Aidiladha.

Pembentukan Nilai Murni Dalam Bidang Sastera. (A. Rahman)

              Peranan sastera terutamanya kesusasteraan dalam Tamadun Melayu dapat membina insaniah atau nilai kemanusiaan dalam kehidupan manusia seterusnya dalam pembentukan Tamadun Melayu.dalam kesusasteraan dapat dilihat bagaimana sistem pemerintahan pada waktu sebelum penjajahan. Dalam cerita sastera melayu diterangkan bahawa bagaimana sistem pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang suka mementingkan diri . Contohnya Sultan Mahmud Shah melakukan hubungan sulit dengan isteri Tun Bajid. Akibat daripada itu, penjajah mudah menyelinap masuk dalam  negeri Melaka sehingga membawa kepada kemusnahan dan berlakunya penjajahan pada masa itu. Justeru itu, untuk mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera. Oleh itu, Kesusasteran Melayu dalam konteks tamadun memainkan peranan sebagai salah  satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep tamadun.
         Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan atau penyimpanan khazanah ilmu dan persuratan bahasa dalam Tamadun Melayu dan ianya wajar bagi mempertingkatkan nilai ketamadunan masyarakat Melayu. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar ke arah proses pembentukan tamadun Melayu . 
       Menurut  Shahnon Ahmad (1997: 25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran. A. Samad Said (1997: 35) pula menyatakan bahawa peranan sastera sebagai rakaman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka. 
         Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan sesama makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan sama-sama terhukum oleh getir-getar kehidupan. Oleh itu latar dan pengaruh sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia. Menurut Usman Awang (1997: 41) menjelaskan bahawa peranan sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara luas. Tiada sesiapapun yang boleh mendakwa bahawa dia mempunyai monopoli terhadap budaya Malaysia. Budaya bersama kita hanya akan lahir daripada penghidupan bersama semua masyarakat bukan dan bukan hanya untuk kepentingan diri. Contohnya angkuh daripada sebilangan kecil golongan kaya dan istimewa. 
      (Keperluan Penulis Adalah Membaca,Dan Keperluan Pembaca Adalah Berfikir) A.Rahman

Saturday 19 October 2013

^_^...

Cik Nur Nbi
( Nur Basiah Binti Ismail )

Cinta Siswa/Siswi kepada Siapa?????

CINTA SISWA/SISWI KEPADA SIAPA??
CINTA : Bila disebut pasal CINTA ramai orang akan berfikir bahawa cinta adalah satu fitrah melalui ikatan yang terjalin antara lelaki dengan perempuan. Cinta akan wujud bila bersama antara satu sama lain dan cinta akan menjadi kukuh bila wujud perasaan yang datang tanpa diundang,ramai orang yang berfikir bahawa cinta tidak akan wujud tanpa ada pertemuan,dari mata turun ke hati menjadi cinta sanubari. Tetapi cinta bukan hanya terjalin dengan golongan lelaki cinta yang wujud didalam diri adalah anugerah cinta di dunia yang indah dari Illahi untuk menimbulkan kasih sayang terhadap diri sendiri,ibubapa,terhadap keluarga,kawan-kawan dan orang yang berada disekelilingi kita. Cinta yang wujud didalam diri tidak boleh menandingi cinta Illahi kerana cinta yang sebenar-benarnya adalah cinta yang hakiki.
Cinta terhadap Pencipta seluruh semesta alam,mencintai Allah S.W.T adalah asas untuk memperolehi keredhaannya,kesempurnaan iman,apabila seseorang itu tidak mencintai Allah S.W.T,dia dianggap tidak beriman kepada yang Esa sekiranya dia memberi cintanya yang berbelah bagi dan tidak telus. Hal ini kerana setiap hamba yang mengaku dirinya beriman wajib terlebih dahulu mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hatinya. Akidah yang mantap lahir apabila seseorang itu mengenali cinta sepenuhnya terhadap Allah S.W.T serta mendapat kemanisan iman yang sempurna didalam diri setelah seseorang hamba benar-benar mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati lebih dari segala-galanya.
Cinta terhadap Ibubapa merupakan satu anugerah indah kerana tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia dengan izin Allah S.W.T,kasih sayang terhadap kedua ibubapa membawa kesyurga terutamanya kasih seorang ibu yang tercinta kasih sayangnya mampu membawa kita menghidu bau syurga kerana syurga dibawah telapak kakinya,bertapa tinggi darjat kasih seseorang ibu yang telah dianugerahkan oleh Illahi. Cinta terhadap keluarga  dalah merupakan sebuah kasih yang muncul dari perasaan belas kasihan dan kasih sayang merupakan cinta yang diizinkan oleh syarak,tetapi cinta terhadap kedua ibubapa dan keluarga tidak  boleh melampaui batas sehingga membelakangkan cinta terhadap Allah S.W.T. Hal ini boleh mengakibatkan diri kita dapat melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Agama kerana apabila kita menuruti perasaan,kepentingan dan kehendak orang yang kita cintai ataupun benda-benda yang kita cintai,diri kita mampu berpaling terhadap cinta kepada Illahi.
Cinta terhadap kehidupan yang sempurna juga merupakan Anugerah yang diberikan kepada kita,cinta terhadap harta benda bagi mengelakkan kita daripada hidup yang dihimpit kemiskinan yang melampau sehinggakan boleh ditindas oleh orang lain,cinta terhadap makanan dan minuman kerana takut ditimpa kelaparan dan kehausan yang boleh menyebabkan kematian atau mencintai kesihatan yang baik dari segi emosi,rohani,jasmani,intelek kerana takut mendapat penyakit yang mampu menyusahkan orang ramai,mencintai perkara-perkara tersebut tidak boleh melampaui batas sehingga menyebabkan kita lupa terhadap Allah S.W.T dan tanggungjawab Ibadah terhadapNya seperti menunaikan zakat,bersedekah membantu golongan yang fakir miskin dan sebagainya. Mencintai perkara-perkara tersebut sehingga melampaui batas akan memdapat kemungkaran dari Allah S.W.T kerana boleh membawa kepada perbuatan syirik.
Cinta terhadap kebaikan,terhadap orang yang baik seperti mencintai sahabat yang baik dan pengorbanan sahabat,pertolongan daripada orang baik yang membantu ketika kita bila berada didalam kesusahan dan sebagainya. Mencintai kecantikan juga merupakan sebuah cinta yang sempurna didalam kehidupan tetapi tidak boleh melampaui batas dan tidak boleh berpaling terhadap cinta Illahi. Sebuah cinta yang sempurna adalah sebuah cinta yang datangnya dari hati bukannya dari keinginan hawa nafsu yang tinggi. Cinta yang baik datangnya dari hati yang ikhlas memberi kasih sayang dengan telus serta mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T bagi menjamin kesempurnaan kehidupan pada masa akan datang.
Cik Nur Nbi ^_^
( NUR BASIAH BINTI ISMAIL)
BC 12110121






SIKAP SESETENGAH PEMANDU BAS

PERKATAAN BUDI BAHASA BUDAYA KITA, sudah melekat di bibir setiap lapisan masyarakat, namun demikian masih ada lagi segelintir yang tidak menjadikannya sebagai budaya dalam kehidupan harian, tidak kira tua ataupun muda. Pada hari sabtu (19.10.2013), sempena berlangsungnya Pesta TangLung di Komplek Sukan UMS. Ada beberapa orang pelajar yang menunggu bas di perhentian bas yang berhampiran dengan SPS dan DKP lama untuk balik ke Kolej Sri Angkasa Darau. Bas ke Kolej Sri Angkasa agak lama tiba, hampir-hampir 2 jam pelajar-pelajar tersebut menunggu di situ. Apabila Bas ke Kolej Sri Angkasa telah tiba dan berhenti di perhentian Bas tersebut, ada seorang pelajar siswi bertanya kepada pemandu bas tersebut “ Pak cik bas ni ke Angkasa?”, lalu pemandu bas tersebut menjawab dengan selambe “ Kan ada simbol di depan cermin tu”. Memang tidak dinafikan ada simbol di depan cermin Bas tersebut, tetapi masalahnya ada dua simbol atau pun nama tempat yang dituju oleh bas tersebut iaitu Kolej Sri Angkasa dan PTL. Jadi perkara ini akan menimbulkan kekeliruan kepada siswa dan siswi, terutamanya siswa dan siswi baharu tentang destinasi yang bakal dituju oleh bas tersebut. Lebih mengecewakan lagi ialah sikap dan bahasa pemandu itu sendiri, apabila ditanya oleh pelajar. Tapi tidak semua pemandu bas yang bersikap sedemikian. Diharap kepada kakitangan UMS dan pihak-pihak  terbabit dapat mengamalkan dengan baik ETIKA DALAM BEKERJA yang telah disarankan dalam bidang pekerjaan tersebut.

Suziana@Suzie

SENI_2013/2014

Thursday 17 October 2013


salam perkenalan dari kami "mUtIaRa IlMu"....

Hai....Salam Perkenalan.... kami Nurul Fatihah Mustapa, Abdul Rahman Bin Jalimin, Nur Basiah Ismail,
 Faizul Azmi Bin Rizely, Suziana Binti Halul dari group "mUtIaRa IlMu"..mUtIaRa IlMu merupakan blog kami untuk berkongsi lakaran kehidupan pelajar di Universiti Malaysia Sabah yang bakal kami coretkan kepada kamu semua.