song

Tuesday, 26 November 2013

ARTIKEL – Pandangan cinta  Mahasiswa?



        Kita sering mendengar dan melihat segelintir mahasiswa mempersoalkan cinta mengikut pengalaman mereka sendiri. Namun demikian,setiap persoalan yang mereka mempersoalkan adalah berbeza. Hal ini kerana bukan semua pandangan orang sama kerana bukan semua orang apabila melihat luar tingkap mereka melihat tempat yang sama. Disini saya ingin mengupaskan serba sedikit mengenai persoalan cinta mengikut pandangan mahasiswa yang selalu berlaku.
    Adakalanya Mahasiswa menganggap cinta ini suatu yang menyeksakan  bagi diri mereka sendiri. Golongan ini adalah golongan yang setia tetapi sentiasa mendapatkan teman istimewa yang tidak pernah menghargai cintanya. Pandangan ini terjadi apabila seseorang yang sentiasa mengharapkan kesetiaan dan seringkali diabaikan cintanya secara berulang kali.
     Sehubungan itu juga, ada yang mengangap cinta itu sebuah kenikmatan dan keindahan dalam hidupnya. Golongan ini boleh dikatakan golongan yang mendapat cinta yang pertama dan boleh dibaratkan sebuah pohon yang baru berbunga. Hal ini kerana semua perkara yang datang dari cinta pertamanya dianggap sebuah kemanisan yang tidak terkira manisnya. Pandangan ini dikatakan pandangan pertama dalam soal percintaan dan merupakan titik permulaan dalam mengenali makna sebuah percintaan.
     Selain itu ada yang cinta itu layak kepada yang satu dan menganggap cinta itulah sebuah kebenaran dalam percintaan. Golongan ini adalah golongan para alim ulama, golongan orang yang beribadah dan merupakan orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah dalam kehidupannya. Pandangan ini merupakan pandangan yang perlu diikuti oleh kita semua kerana dialah berhak yang kita cintai dalam kehidupan kita.
        Secara kesimpulannya, pandangan orang mengenai persoalan cinta itu begitu banyak dan apa yang dikemukan adalah serba sedikit mengenai persoalan mengenai cinta. Apa yang dikatakan cinta yang teratur adalah kita mencintai Allah dan pesuruh Allah selepas itu ibubapa kita dan baru seterusnya yang layak kita cintai. Hal ini telah di ajar kita pada hadis Rasullullah. Tidak ada cinta yang menyakitkan dan menyeksakan melainkan cinta 100% pada makhluk. Kita dijadikan sebuah makhluk yang berakal berbeza dengan makhluk yang ada di muka bumi dan oleh itu renungkanlah serta fikirlah mana yang layak dahulu kita cintai sepenuhnya.


Abd Rahman (BC12160195)

No comments:

Post a Comment