Masa cuti yang singkat ini, aku gunakan sepenuhnya untuk beristirehat di kampung halaman ku. Sudah hampir empat tahun aku meninggalkan kampung ku yang tercinta ini. Aku telah merantau ke negeri Selangor untuk mencari sesuap nasi di rantau orang. Pelbagai perubahan telah berlaku di kampung ini, jalan raya dahulu yang hanya ditimbus dengan tanah merah kini telah bertukar rupa kepada jalan raya yang diperbuat daripada simen. Tiang elektrik berdiri tegak di sepanjang kampung, begitu juga dengan bekalan air bersih di setiap rumah-rumah penduduk kampung. Aku turut berbangga dengan perubahan ini.
Di malam yang sunyi, aku duduk di anjung rumah, menikmati keindahan suasana malam yang tenang dengan nyanyian burung-burung dan bunyi cengkerik yang amat sukar aku dengari semasa berada di kota. Di saat aku menikmati keindahan malam itu, tiba-tiba aku teringat kepada Zuraidah, teman sekelas ku dahulu semasa duduk di sekolah menengah di Smk Abdul Rahim. Wajah Zuraidah yang comel dan kulitnya yang putih itu amat sesuai dengan perwatakannya yang sopan dan peramah.
Apabila peperiksaan SPM sudah hampir, semua guru-guru yang mengajar tingkatan lima sibuk untuk mengadakan kelas tambahan sebagai persediaan kepada calon-calon SPM. Boleh dikatakan masa yang kami ada lebih banyak dihabiskan di kelas ataupun di sekolah jika dibandingkan berada di asrama. Di saat ini jugalah kami selalu bertemu dengan rakan-rakan tingkatan lima yang lain daripada pelbagai kelas kerana kami selalu ditempatkan dikelas yang sama semasa kelas tambahan berlangsung mengikut jadual matapelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Hari demi hari aku lalui bersama rakan-rakan yang lain. Tapi hubungan ku dengan Zuraidah sangat rapat, jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Sehingga tanpa aku sedari perasaan cinta terhadapnya telah berputik di dalam hati tapi siapalah aku untuk melafazkan cinta kepadanya. Zuraidah anak Penghulu Kampung Tanjung Kapur, sedangkan aku hanya anak kepada seorang nelayan di kampung itu. Kehidupan kami sangat berbeza “ jauh panggang dari api ” itulah peribahasa yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Tapi Zuraidah seorang yang baik dan tidak suka meninggi diri, harta yang dimiliki oleh keluarganya tidak menjadi benteng untuk dia bergaul dengan sesiapa sahaja.
Peperiksaan SPM semakin hampir, debaran untuk menghadapinya juga semakin memuncak. Namun, bagiku debaran yang aku hadapi ada dua iaitu debaran untuk menghadapi SPM dan juga debaran kerana takut akan berpisah dengan Zuraidah, meskipun kami duduk di kampung yang sama tapi mungkin selepas ini hubungan kami tidak lagi seakrab yang dulu. Melainkan kami ditakdirkan dapat melanjutkan pelajaran bersama-sama tapi perkara ini amat sukar bagiku, kerana aku menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan ayahku perlu menampung kos perbelanjaan keluarga kami, termasuk kos persekolahan kami tiga adik-beradik dengan pendapatan bulanan ayah yang tidak menentu.
Kelas tambahan petang itu berjalan seperti biasa dan petang ini adalah kelas tambahan matapelajaran sains yang akan diajar oleh cikgu Aizat, seorang guru yang baik dan bersungguh-sungguh untuk mendidik pelajar-pelajarnya. Aku tidak pulang ke asrama selepas waktu persekolahan tamat. Aku hanya duduk di kelas sambil mengulangkaji subjek-subjek yang lain.
“ Hai Kamal, kamu tak balik ke asrama ? ”. seseorang menyapa dari arah belakang iaitu Zuraidah bersama dengan Tika, rakan sekelas ku.
“ Hai…oo. Zu, tidaklah, tiada apa yang perlu saya buat di asrama tu lebih baik saya di sini sambil mengulangkaji pelajaran ”. jawab kamal.
“ rajin nampak mengulangkaji, ini mesti skor A++ ni kan Kamal ? ”. usik Tika.
“ aik kau ni Tika mana ada, saya belajarpun ni bukan semuanya masuk kepala, saya hanya baca-baca je ni ”. Kamal mengelak daripada usikan itu.
“ Eya la tu tapi sekurang-kurangnya belajarkan daripada langsung tidak belajar ”. sampuk Zuraidah.
“ kamu berdua ni kenapa tak balik rumah?”. Kamal bertanya kepada Zuraidah dan Tika.
“ kami pun sama seperti kamu juga kamal tiada apa-apa yang dibuat kat rumah tu, lagipun kami takut lewat datang ke kelas tambahan petang ni. Kamu bukannya tak tahu cikgu Aizat tu tegas sikit soal bab kehadiran ni”. Jawab Zuraidah.
“ o..ya tak ye juga. Nanti tak pasal-pasal kamu kena suruh menyanyikan lagu Negaraku, baru padan muka…hahaha ”. Kamal mengusik rakan-rakannya itu.
“ hahaha…tau tak pa ”. jawab Tika, mereka ketawa bersama-sama.
Hari yang mereka nanti-nantikan akan tiba pada esok harinya. Aku mengurangkan masa untuk belajar dan mengambil masa ini untuk membuat persediaan dari segi fizikal dan menyediakan apa yang patut dibawa ke dewan peperiksaan. Malam itu aku hanya membaca sedikit nota-nota yang penting dan tidur lebih awal kerana keesokan harinya aku perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada kertas peperiksaan yang dihadapi.
Hari demi hari peperiksaan SPM berlalu, kini sudah hampir ke penghujung peperiksaan SPM. Hanya tinggal dua lagi kertas peperiksaan yang belum kami duduki pada minggu hadapan. Aku semakin berdebar kerana hari perpisahan aku dengan Zuraidah juga semakin hampir, adakah aku perlu luahkan apa yang ada terbuku di hati aku ini kepada Zuraidah, tapi aku takut Zuraidah tidak menerima aku kerana dia lebih mengutamakan pelajaran berbanding dengan lelaki ataupun dia sudah menjadi kekasih kepada orang lain. Perasaan aku kini sudah bercampur-gaul, aku takut untuk meluahkan perasaan aku kepada Zuraidah tapi aku juga takut kehilangannya.
Aku mengambil keputusan akan meluahkan perasaan ku kepada Zuraidah pada hari terakhir peperiksaan ini. Walauapa pun terjadi aku terpaksa beranikan diri dan menerima hakikat apa yang akan bakal berlaku, kata orang tua-tua “belum cuba belum tahu”. Selepas kertas peperiksaan terakhir pada hari itu, aku bersama rakan ku Farid dan Jamil berehat sambil bercerita di salah sebuah pondok rehat sekolah, sebelum kami pulang ke asrama untuk melakukan apa yang patut dilakukan seperti makan, solat, mengulangkaji pelajaran untuk subjek-subjek yang akan datang. Dari jauh kelihatan Zuraidah dan Tika berjalan menuju ke arah basikal mereka yang diletakkan di tempat khas untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Aku hanya memerhatikan rakan sekelas ku itu dari jarak yang jauh. Mereka terus mengayun basikal mereka keluar dari pintu utama sekolah. Mata ku mengekori perjalanan mereka sehinggalah kelibat mereka berdua tidak kelihatan lagi dari pandangan ku.
Pada hari terakhir peperiksaan SPM, peperiksaan akan tamat pada pukul 4.00pm. aku semakin berdebar untuk bertemu dengan Zuraidah dan takut untuk meluahkan perasaanku terhadapnya, yang telah lama aku pendamkan selama ini. Yang telah berputik tanpa aku sedari selama kami bersama-sama di sekolah ini. Peperiksaan SPM akan tamat beberapa minit lagi. Aku tidak dapat mengalihkan pandangan ku ke arah Zuraidah kerana jarak tempat duduk kami terlalu jauh, mengikut huruf permulaan nama. Zuraidah duduk meja yang paling belakang kerana namanya bermula dengan huruf “ Z ”.
Setelah peperiksaan tamat. Aku terus mencari Zuraidah dan ingin meluahkan perasaan ku terhadapnya sebelum kami berpisah dari sekolah ini. Semua pelajar mengambil kesempatan ini untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain dan meluangkan masa ini untuk bersama rakan-rakan, kerana mungkin ini adalah hari terakhir mereka bertemu dan selepas ini masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri, ada yang akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di sekolah yang sama, ke maktab perguruan, politeknik, uitm, dan sebagainya.
Aku masih tercari-cari kelibat Zuraidah di kalangan pelajar-pelajar yang masih ada di situ tapi bayang-bayangnya pun tidak kelihatan. Dari jauh kelihatan Ain iaitu salah seorang daripada kawan rapat Zuraidah sedang berkumpul dan bercerita-cerita dengan gelak-tawa bersama rakan-rakan yang lain. Aku menghampiri Ain dan ingin bertanya kepadanya di mana Zuraidah berada.
“ Assalamulaikum…”. Aku memberi salam kepada kumpulan pelajar-pelajar itu.
“ WalaikumSalam….”. mereka menjawab salam ku secara serentak dan menoleh ke arah ku.
“ Ain mari sini sekejap ”. aku memanggil Ain ke arah ku supaya apa yang aku tanyakan kepada Ain tidak didengari oleh pelajar-pelajar lain.
“ kenapa Kamal?..” Ain bertanya kepada ku.
“ kamu ada Nampak Zu tak?..”.aku bertanya kepada Ain di mana Zuraidah berada.
“ tadi saya Nampak dia dengan Tika berjalan menuju ke bilik guru. Tapi tak pasti sama ada mereka masih berada di sana atau dah balik…kenapa kamu cari dia Kamal? ”. jawab Ain.
“ tiada apa-apa, saje nak jumpa dia..ok tak apalah Ain..terima kasih ”. balas aku kepada Ain.
“ ok sama-sama ”. jawab Ain lagi.
Aku terus berlalu meninggalkan kumpulan pelajar itu dan terus mencari Zuraidah ke bilik guru tapi apabila aku sampai ke bilik guru tiada seorangpun yang ada di bilik itu. Aku semakin cemas, takut kalau-kalau Zuraidah sudah pulang ke rumahnya dan tidak dapat berjumpa dengannya pada hari ini. Aku bergerak pantas menuju ke arah tempat letak basikal yang telah dikhaskan untuk pelajar-pelajar sekolah ini untuk memastikan sama ada Zuraidah masih berada di kawasan sekolah ataupun sudah pulang ke rumahnya. Satu persatu basikal yang ada di situ aku amati, aku cukup mengenali basikal milik Zuraidah kerana basikal itu selalu aku pinjam dari tuannya untuk melepaskan keboringan dengan kehidupan yang terkurung di asrama ini.
Aku hampa apabila mendapati basikal Zuraidah dan Tika sudah tidak ada di situ, mereka sudah pulang ke rumah masih-masih. Aku rasa menyesal kerana kelalaian aku sendiri. Kalaulah dari pagi tadi aku memberitahu Zuraidah yang aku ingin berjumpa dengannya selepas peperiksaan terakhir ini tamat, mungkin semua ini tidak akan berlaku dan Zuraidah akan menunggu aku, kerana Zuraidah yang aku kenali ini memang seorang yang menepati janji dan amanah orangnya.
Aku hanya berdiri kaku di situ dan memerhatikan basikal-basikal yang masih tersadai. Aku tersentak dari lamunan ku oleh sebuah kereta yang lalu di belakang ku, kereta milik salah seorang pengawas peperiksaan yang telah mengawasi kami sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Aku berjalan perlahan-lahan meninggalkan tempat letak basikal itu dengan rasa kecewa yang teramat tapi aku redhai mungkin tiada jodoh kami untuk bertemu pada hari dan mungkin juga Allah telah mengatur jodoh pertemuan kami untuk masa-masa yang akan datang. Aku sungguh menyesal dengan kelemahan ku iaitu takut berhadapan dengan Zuraidah untuk meluahkan perasaan ku terhadapnya dan menjadikan taraf keluarga itu sebagai penghalang untuk kami menjalinkan hubungan yang lebih daripada seorang kawan, sedangkan Zuraidah tidak mengetahui semua ini.
Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan. Aku bekerja di Melimewa untuk membantu keluarga dan mengurangkan beban ayah menampung kos perbelanjaan kami sekeluarga. Hasil upah yang aku perolehi sebanyak RM600 sebulan sedikit-sebanyak dapat membantu ayah. Hampir empat bulan aku bekerja di situ, akhirnya keputusan SPM diumumkan. Semua rakan-rakan sibuk datang ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM masing-masing tapi pada hari itu aku bekerja seperti biasa, aku mengambil keputusan SPM ku pada hari keduanya, kerana aku telahpun mengetahui keputusan SPM yang aku perolehi melalui perkhimatan sms yang disediakan oleh kementerian. Aku memperolehi keputusan yang boleh dibanggakan.
Sebelum tawaran kemasukan ke tingkatan enam dikeluarkan, aku telahpun mendapat tawaran menjadi anggota Polis Diraja Malaysia. Aku menerima tawaran itu, begitu juga dengan kedua orang tua ku yang menjanjikan pekerjaan yang tetap dan pendapatannya juga dapat membantu kehidupan ku dan keluarga. Sebelum aku bertolak ke Pusat Latihan Polis di negeri Perak pada awal bulan hadapan, ingin sekali aku bertemu dengan Zuraidah buat kali terakhir. Tapi malangnya, saat itu Zuraidah berada di Kota Kinabalu tinggal di rumah kakaknya.
Aku terpaksa pergi meninggalkan kampung ini tanpa memberitahu Zuraidah, hanya Tika, Farid, Jamil dan beberapa orang rakan yang lain mengetahuinya, aku hanya sempat meninggalkan sepucuk surat untuknya melalui Tika. Tapi ini tidak bermakna perasaan ku terhadap Zuraidah pudar begitu sahaja. Aku akan datang kembali ke kampung ini untuk membuktikan cintaku kepadanya. Aku tidak menyalahkan Zuraidah kerana dia tidak mengetahui apa yang aku rasakan terhadapnya. Apabila aku sudah berada di lapangan terbang AirAsia Kota Kinabalu bersama-sama ayah, aku terasa berat hati untuk meninggalkan Negeri Sabah di bawah Bayu ini tapi aku tabahkan hati untuk melangkah jauh dari sini demi masa depan yang lebih cerah. Apabila pesawat yang aku naiki akan bertolak tidak lama lagi, aku menyalam dan mencium tangan ayah yang tebal itu, kerana kerap kali melakukan kerja-kerja yang berat dan aku terus meninggalkannya. Satu persatu nasihat yang diberikan oleh ibu dan ayah sebelum meninggalkan rumah masih segar di telingaku. Sudah lumrah kehidupan seorang ibu dan seorang ayah memberi nasihat kepada anak-anaknya, lebih-lebih lagi anaknya itu akan pergi jauh meninggalkan rumah mereka.
Setelah tamat mengikuti Latihan Polis Diraja Malaysia di Negeri Perak. Aku terus ditempatkan bertugas di Negeri Selangor. Bertugas sebagai seorang Anggota Polis Diraja Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai cabaran yang harus aku tempuhi tapi dengan semangat yang kuat dan sokongan rakan sejawatan yang telah lama berkhidmat menjadi anggota polis membuatkan aku tabah melalui semua itu. Ingatan terhadap Zuraidah juga masih segar, tiada seorangpun wanita yang aku temui dapat menandinginya.
Apabila aku mendapati cuti selama sebulan, aku terus pulang ke kampung kerana rindu terhadap keluarga sudah menebal. Dengan harapan aku akan dapat bertemu dengan Zuraidah kembali, tapi ibu memberitahu aku bahawa Zuraidah anak ketua kampung ini telah melanjutkan pelajaran ke UMS di Kota Kinabalu. Walaupun aku kecewa tidak dapat berjumpa dengannya tapi aku berbangga dengan kejayaannya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Aku tersentak dari lamunan ku apabila ibu memanggil aku untuk menikmati makan malam menu kampung yang telah disediakan oleh ibu. “ Zu..adakah kau masih ingat padaku ”. aku bermonolog seorang diri. Aku tidak boleh menipu perasaan aku sendiri terhadapnya. Tapi sedar aku siapa untuk Zuraidah, dia sudah menjadi Mahasiswi UMS sekarang sedangkan aku hanya seorang anggota polis bawahan di negeri orang. Kini aku pasrah dan hanya menharapkan takdir Allah yang menemukan kami berdua.
SUZIANA@SUZIE ( BC12110166 )
gantungg.. xda smbungan ka? hehe..
ReplyDelete