song

Sunday, 1 December 2013

PENGGUNAAN BAHASA ROJAK,
   Dewan Sastera ialah sebuah majalah yang mengembangkan dan memperjuangkan Kesusasteraan Melayu. Namun begitu, beberapa perkembangan berlaku sejak kebelakangan ini memperlihatkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam percakapan harian, penulisan kreatif mahupun dalam kritikan Sastera Melayu sedikit sebanyak telah memberikan laluan kepada penggunaan Bahasa Inggeris. Ada tajuk novel-novel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan digandingkan dengan beberapa perkataan Bahasa Melayu dan terdapat pula novel Melayu yang judulnya seratus-peratus dalam Bahasa Inggeris.
   Kita menjenguk ke arah judul novel Melayu untuk tatapan golongan remaja yang menggemarinya, misalnya Original karya H.M.Tuah Iskandar, dan Jealous la pulakI LOVE YOU, Liana Afiera Malik, serta Careless Whisper tulisan Nur Hanani Hj. Azami memberikan suatu gambaran bahawa seolah-olah Bahasa Melayu kurang berupaya untuk memyampaikan maksud tertentu jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris. Adakah Bahasa Melayu akan menjejaskan daya tarikan pasaran jika tidak dirojakkan atau tidak dinyahkan daripada judulnya? Atau adakan gejala penggunaan Bahasa Melayu ini merupakan satu tarikan dalam pengiklanan?
   Kecenderungan dalam mempercampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam percakapan dan dalam judul karya sastera ialah kecenderungan baharu. Keutuhan Bahasa Melayu dalam alam sekolah rendah dan sekolah menengah telah mula dikeluarkan dari arus perdana. Penggunaan bahasa Melayu  di Universiti lebih banyak dicampuradukkan jika dibandingkan dengan kehidupan semasa berada di sekolah rendah dan sekolah Menengah dahulu. Sastera Melayu sebenarnya penting untuk meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap Bahasa Melayu dan seterusnya memupuk semangat cinta akan Bahasa Melayu, meskipun kedudukannya bukan lagi sebagai bahasa pengantar terpenting di sekolah. Sekiranya sikap acuh tak acuh turut diberikan terhadap soal penggunaan bahasa, keutuhan bahasa Melayu dalam pandangan masyarakat akan menjunam dan tenggelam.

SUZIANA@SUZIE ( BC12110166 )

No comments:

Post a Comment