TARIKH : 15 DISEMBER 2013
MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : TAMAN CHONG THIEN VUN, KOTA
KINABALU
KINABALU
ANJURAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dengan
kerjasama KELAB KARMA.
Kota kinabalu, 15 december 2013 – Dewan Bahasa Dan Pustaka telah menganjurkan satu program yang amat menarik iaitu program“Sembang Buku” Jom Ke DBP. Program ini telah diadakan di Taman Chong Thein Vun. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjalankan kerjasama dengan pihak Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Selain itu juga, program ini turut dihadiri oleh Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Tuan Jamaluddin Bin Mohd. Sulong dan penyelaras kelab KARMA Encik Lokman Bin Abdul Samad. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara warga Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ahli Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA).
Program ini bertambah hangat apabila tibanya acara kuiz mengenai sembang buku “Tibabar Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh dan buku “Melorek Kasih”. Dengan adanya acara sebegini, para pengunjung dan siswa siswi akan memberi tumpuan akan sembang buku yang dikupas oleh ahli panel. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat pengunjung untuk terus bersama program.
Disamping itu, para pengunjung akan diberikan hadiah yang berbentuk bahan ilmiah sekiranya dapat menjawap setiap persoalan yang diutarakan oleh pengacara majlis dan ahli panel mengenai buku yang disembangkan itu.
Dengan adanya program seperti ini, mahasiswa bukan sahaja dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat malahan dapat mengasah bakat mereka dihadapan masyarakat luar. Selain itu, dapat menimba ilmu dan pengalaman baru dalam melaksanakan sebuah program yang dilaksanakan di luar kampus. Dengan keberlangsungan program “Sembang Buku” jom ke DBP ini dapat menyedarkan setiap lapisan masyarakat akan pentingnya amalan membaca bak kata pepatah melayu membaca jambatan ilmu.
NUR BASIAH BINTI ISMAIL
CIK NUR NBI
BC 12110121
No comments:
Post a Comment