song

Wednesday, 4 December 2013

PROGRAM ANAK ANGKAT BAKTISISWA SEKSYEN 1, DI KAMPUNG LABUAN KOTA BELUD SABAH.


Pada tanggal 29.11.2013 hari Jumaat, Program anak angkat telah dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kokum baktisiswa seksyen 1 pada semester ini. Seramai 42 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan 3 daripada Universiti Malaysia Sabah telah mengikut program tersebut. Program tersebut dijalankan di kampung Labuan Kota Belud, seramai 16 penduduk kampung yang sudi menjadi bapa dan mak angkat kepada pelajar-pelajar yang mengikut program tersebut.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berjalan seperti sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat,senamrobik,majlis makan malam bersama penduduk kampung,gotong royong masjid kampung Labuan dan yang paling menarik adalah sukaneka yang dijalankan di pantai yang berhampiran dengan kampung tersebut. Majoritinya penduduk yang menetap di kawasan kampung Labuan,Kota belud adalah berbangsa bajau. Oleh itu ramai pelajar yang berasal daripada semenanjung seperti Negeri Johor,Kelantan,Pahang,Sarawak dan sebagainya dapat mempelajari cara kehidupan penduduk kampung disana seperti penggunaan dialek yang berbeza,cara kehidupan masyarakat bajau Kota belud serta adat resam masyarakat kampung tersebut.
Selain itu mereka dapat mengenali pelbagai kuih tradisional yang dibuat oleh penduduk disana seperti kuih penyaram,kuih jala dan sebagainya. Walaupun pelajar yang mengikut program ini mempunyai pelbagai bangsa seperti kaum Melayu,Cina dan India namun ikatan silatturahim sentiasa kukuh diantara mereka buktinya semasa penyerahan anak angkat kepada salah satu keluarga  yang bertuah mendapat anak-anak angkat 1 Malaysia,terdapat anak angkat mereka yang berbangsa cina,india dan melayu. Walaupun terdapat perbezaan Antara agama,budaya dan adat namun mereka mampu menunjukkan sifat kerjasama yang baik bak kata pepatah “ Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”.
Program anak angkat di Kampung Labuan Kota Belud Sabah yang berlansung selama 3 hari 2 malam mampu memberi kesan yang positif dikalangan pelajar yang mengikut program ini. Hal ini terbukti semasa majlis perpisahan dengan keluarga angkat. Semasa majlis tersebut suasana di perkarangan rumah pengerusi majlis sedikit sebanyak berubah daripada suasana gembira menjadi suasana yang sedih yang menyebabkan tangisan pelajar-pelajar UMS yang sedih berpisah bersama keluarga angkat mereka dan sebaliknya. Ini mengbuktikan bahawa program tersebut berjaya dengan mencapai tema Program tersebut “ Let’s spread our Love together”.
Melalui program sebegini mampu melahirkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar,khususnya Pelajar UMS. Selain itu juga,mampu memupuk semangat kerjasama Antara satu sama lain didalam menguruskan sesuatu program. Menghormati orang tua dan paling penting adalah menghormati Adat,kebudayaan,agama masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia khususnya di Negeri Sabah.

NUR BASIAH BINTI ISMAIL
CIK NUR NBI

BC 12110121

No comments:

Post a Comment