song
Thursday, 26 December 2013
HAKIKAT CINTA……
Cinta……
Cinta itu sebenarnya indah
Seindah taman bunga
yang tumbuh mekar..
Kerana cinta
yang pahit terasa manis,
Kerana cinta yang indah
berubah menjadi hina.
Tapi jangan kerana cinta kita leka,
Dan jangan
kerana cinta kita binasa,
Kerana dalam masa
kita mencari makna cinta sejati,
Lakonan kebahagiaan
yang bergelar angan-angan
Sering tergambar dalam benak fikiran,
Cinta tak mengenal siapa,
menang atau kalah
Bukan jawapannya,
Kerana cinta sejati
Adalah cinta yang lahir
dari hati yang murni,
Bukan kerana rupa parasnya,
Bukan kerana hartanya,
Dan juga bukan kerana keturunannya,
Tetapi demi
keindahan cinta yang hakiki….
SUZIANA@SUZIE (BC12110166)
Tuesday, 24 December 2013
Kota Kinabalu,11 december
2013- Bertempat di Studio Theaterette Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni,
Unviversiti Malaysia Sabah. Persembahan Kluster penulisan pada Malam Apresiasi
Naskah 2013 daripada pelajar Penulisan tahun 2 yang dibimbing oleh pensyarah
SPS iaitu Encik Lokman Bin Abdul Samad didalam Kursus Sekolah iaitu "Apersiasi
Naskah".
Malam Apresiasi Naskah
merupakan penilaian akhir sekolah iaitu melalui persembahan yang dhasilkan oleh
pelajar penulisan melalui penghasilan skrip naskhah tersendiri yang diolah
menjadi pelbagai persembahan yang merangkumi persembahan sketsa,deklamasi sajak
dan puisi,nyanyian dan sebagainya. Pelbagai persembahan pementasan yang menarik
telah dipentaskan oleh pelajar kluster penulisan tahun dua. Persembahan ini
telah dinilai oleh juri jemputan iaitu Encik Syarifuddin Zainal,Pensyarah
SPS,Encik Ampuan Awang dan Encik Jasman Bin Bandar.
Malam Apresiasi Naskah ini dapat menonjolkan bakat yang ada di dalam diri pelajar kluster penulisan, bukan hanya tertumpu melalui bidang penulisan namun mempunyai bakat didalam pelbagai bidang yang lain seperti berlakon,bersajak,nyanyian dan sebagainya. Selain itu juga melalui pembelajaran yang didapati didalam kursus Apresiasi Naskah banyak membantu didalam penghasilan skrip didalam setiap persembahan yang dipersembahkan.
Dengan Keberlangsungan
malam apresiasi naskah ini dapat membuka minda para siswa siswi tentang bidang
penulisan yang menrangkumi pelbagai bidang dan tidak hanya tertumpu pada bidang
penulisan sahaja. Disamping itu juga,pasda malam itu turut mendedahkan pelajar
penulisan untuk memartabatkan lagi pantun,puisi lagu dan syair yang kianh
hilang dalam kalangan anak muda pada masa kini.
NUR BASIAH BINTI ISMAIL
CIK NUR NBI
BC 12110121
"Jom ke DBP"
ANJURAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dengan
kerjasama KELAB KARMA.
TARIKH : 15 DISEMBER 2013
MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : TAMAN CHONG THIEN VUN, KOTA
KINABALU
KINABALU
ANJURAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dengan
kerjasama KELAB KARMA.
Kota kinabalu, 15 december 2013 – Dewan Bahasa Dan Pustaka telah menganjurkan satu program yang amat menarik iaitu program“Sembang Buku” Jom Ke DBP. Program ini telah diadakan di Taman Chong Thein Vun. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjalankan kerjasama dengan pihak Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Selain itu juga, program ini turut dihadiri oleh Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Tuan Jamaluddin Bin Mohd. Sulong dan penyelaras kelab KARMA Encik Lokman Bin Abdul Samad. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara warga Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ahli Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA).
Program ini bertambah hangat apabila tibanya acara kuiz mengenai sembang buku “Tibabar Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh dan buku “Melorek Kasih”. Dengan adanya acara sebegini, para pengunjung dan siswa siswi akan memberi tumpuan akan sembang buku yang dikupas oleh ahli panel. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat pengunjung untuk terus bersama program.
Disamping itu, para pengunjung akan diberikan hadiah yang berbentuk bahan ilmiah sekiranya dapat menjawap setiap persoalan yang diutarakan oleh pengacara majlis dan ahli panel mengenai buku yang disembangkan itu.
Dengan adanya program seperti ini, mahasiswa bukan sahaja dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat malahan dapat mengasah bakat mereka dihadapan masyarakat luar. Selain itu, dapat menimba ilmu dan pengalaman baru dalam melaksanakan sebuah program yang dilaksanakan di luar kampus. Dengan keberlangsungan program “Sembang Buku” jom ke DBP ini dapat menyedarkan setiap lapisan masyarakat akan pentingnya amalan membaca bak kata pepatah melayu membaca jambatan ilmu.
NUR BASIAH BINTI ISMAIL
CIK NUR NBI
BC 12110121
Sunday, 8 December 2013
PANTUN TUTUP AURAT
PANTUN TUTUP AURAT
Kenapa Aku Tutup Aurat
Bukannya Senang guna Baju Ketat
Disana Sendat disini Lipat
Puas Si Nakal Menatap Lekat
Kenapa Aku Tutup Aurat
Aku takut tak dapat Rahmat
Malahan Tuhan turunkan Laknat
Kalau dah begitu apa nak buat?
Kenapa Aku Tutup Aurat
Aku takut jadi tersesat
Malaikat jauh Syaitan pun dekat
Hidup pasti tak ada Nikmat
Kenapa Aku Tutup Aurat
Umur Bukan boleh di Jimat
Mana tau Esok Kiamat
Kena Siksa Badan tak larat
Kenapa Aku Tutup
Aurat
Bukankah Tuhan nak
naikkan Darjat.
Bagi kita Seluruh
Umat Agar Selamat Dunia
Akhirat
NUR BASIAH BINTI ISMAIL
Cik Nur Nbi
BC 12110121
HARGA DIRI SEORANG PENDOSA
Harga diri sang pendosa,
Harga diri sang pendosa,
Dalam selimut-selimut menikmati dosa,
Nafsu serakah dunia.
Dalam kemewahan balutan tubuh seorang wanita,
Yang menjamin kepuasaan diri semata-mata,
Yang bersenggama penuh birahi dengan fana,
Seperti duniawi dia yang punya.
Yang memperkosa kesetiaan cinta,
menelanjangi kebenaran dan berkulum,
kemunafikan manusia durjana,
Manusia bertopeng musuh utama.
Harga diri sang pendosa,
Persembahan sebuah keabadian yang hina,
meratah-meratah tubuh seorang wanita,
Yang lemah baginya.
NUR BASIAH BINTI ISMAIL
Cik Nur Nbi
BC 12110121
Harga diri sang pendosa,
Dalam selimut-selimut menikmati dosa,
Nafsu serakah dunia.
Dalam kemewahan balutan tubuh seorang wanita,
Yang menjamin kepuasaan diri semata-mata,
Yang bersenggama penuh birahi dengan fana,
Seperti duniawi dia yang punya.
Yang memperkosa kesetiaan cinta,
menelanjangi kebenaran dan berkulum,
kemunafikan manusia durjana,
Manusia bertopeng musuh utama.
Harga diri sang pendosa,
Persembahan sebuah keabadian yang hina,
meratah-meratah tubuh seorang wanita,
Yang lemah baginya.
NUR BASIAH BINTI ISMAIL
Cik Nur Nbi
BC 12110121
Wednesday, 4 December 2013
PROGRAM ANAK ANGKAT BAKTISISWA SEKSYEN 1, DI KAMPUNG LABUAN KOTA BELUD SABAH.
Pada tanggal
29.11.2013 hari Jumaat, Program anak angkat telah dijalankan oleh
pelajar-pelajar yang mengambil kokum baktisiswa seksyen 1 pada semester ini.
Seramai 42 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan 3 daripada
Universiti Malaysia Sabah telah mengikut program tersebut. Program tersebut
dijalankan di kampung Labuan Kota Belud, seramai 16 penduduk kampung yang sudi
menjadi bapa dan mak angkat kepada pelajar-pelajar yang mengikut program
tersebut.
Pelbagai
aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berjalan seperti sesi
penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat,senamrobik,majlis makan malam
bersama penduduk kampung,gotong royong masjid kampung Labuan dan yang paling
menarik adalah sukaneka yang dijalankan di pantai yang berhampiran dengan
kampung tersebut. Majoritinya penduduk yang menetap di kawasan kampung Labuan,Kota
belud adalah berbangsa bajau. Oleh itu ramai pelajar yang berasal daripada
semenanjung seperti Negeri Johor,Kelantan,Pahang,Sarawak dan sebagainya dapat
mempelajari cara kehidupan penduduk kampung disana seperti penggunaan dialek yang
berbeza,cara kehidupan masyarakat bajau Kota belud serta adat resam masyarakat
kampung tersebut.
Selain
itu mereka dapat mengenali pelbagai kuih tradisional yang dibuat oleh penduduk
disana seperti kuih penyaram,kuih jala dan sebagainya. Walaupun pelajar yang
mengikut program ini mempunyai pelbagai bangsa seperti kaum Melayu,Cina dan
India namun ikatan silatturahim sentiasa kukuh diantara mereka buktinya semasa
penyerahan anak angkat kepada salah satu keluarga yang bertuah mendapat anak-anak angkat 1
Malaysia,terdapat anak angkat mereka yang berbangsa cina,india dan melayu.
Walaupun terdapat perbezaan Antara agama,budaya dan adat namun mereka mampu
menunjukkan sifat kerjasama yang baik bak kata pepatah “ Berat sama
dipikul,ringan sama dijinjing”.
Program
anak angkat di Kampung Labuan Kota Belud Sabah yang berlansung selama 3 hari 2
malam mampu memberi kesan yang positif dikalangan pelajar yang mengikut program
ini. Hal ini terbukti semasa majlis perpisahan dengan keluarga angkat. Semasa
majlis tersebut suasana di perkarangan rumah pengerusi majlis sedikit sebanyak
berubah daripada suasana gembira menjadi suasana yang sedih yang menyebabkan
tangisan pelajar-pelajar UMS yang sedih berpisah bersama keluarga angkat mereka
dan sebaliknya. Ini mengbuktikan bahawa program tersebut berjaya dengan
mencapai tema Program tersebut “ Let’s spread our Love together”.
Melalui
program sebegini mampu melahirkan nilai-nilai murni dikalangan
pelajar,khususnya Pelajar UMS. Selain itu juga,mampu memupuk semangat kerjasama
Antara satu sama lain didalam menguruskan sesuatu program. Menghormati orang
tua dan paling penting adalah menghormati Adat,kebudayaan,agama masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia khususnya di Negeri Sabah.
NUR
BASIAH BINTI ISMAIL
CIK
NUR NBI
BC
12110121
Sunday, 1 December 2013
Masa cuti yang singkat ini, aku gunakan sepenuhnya untuk beristirehat di kampung halaman ku. Sudah hampir empat tahun aku meninggalkan kampung ku yang tercinta ini. Aku telah merantau ke negeri Selangor untuk mencari sesuap nasi di rantau orang. Pelbagai perubahan telah berlaku di kampung ini, jalan raya dahulu yang hanya ditimbus dengan tanah merah kini telah bertukar rupa kepada jalan raya yang diperbuat daripada simen. Tiang elektrik berdiri tegak di sepanjang kampung, begitu juga dengan bekalan air bersih di setiap rumah-rumah penduduk kampung. Aku turut berbangga dengan perubahan ini.
Di malam yang sunyi, aku duduk di anjung rumah, menikmati keindahan suasana malam yang tenang dengan nyanyian burung-burung dan bunyi cengkerik yang amat sukar aku dengari semasa berada di kota. Di saat aku menikmati keindahan malam itu, tiba-tiba aku teringat kepada Zuraidah, teman sekelas ku dahulu semasa duduk di sekolah menengah di Smk Abdul Rahim. Wajah Zuraidah yang comel dan kulitnya yang putih itu amat sesuai dengan perwatakannya yang sopan dan peramah.
Apabila peperiksaan SPM sudah hampir, semua guru-guru yang mengajar tingkatan lima sibuk untuk mengadakan kelas tambahan sebagai persediaan kepada calon-calon SPM. Boleh dikatakan masa yang kami ada lebih banyak dihabiskan di kelas ataupun di sekolah jika dibandingkan berada di asrama. Di saat ini jugalah kami selalu bertemu dengan rakan-rakan tingkatan lima yang lain daripada pelbagai kelas kerana kami selalu ditempatkan dikelas yang sama semasa kelas tambahan berlangsung mengikut jadual matapelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Hari demi hari aku lalui bersama rakan-rakan yang lain. Tapi hubungan ku dengan Zuraidah sangat rapat, jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Sehingga tanpa aku sedari perasaan cinta terhadapnya telah berputik di dalam hati tapi siapalah aku untuk melafazkan cinta kepadanya. Zuraidah anak Penghulu Kampung Tanjung Kapur, sedangkan aku hanya anak kepada seorang nelayan di kampung itu. Kehidupan kami sangat berbeza “ jauh panggang dari api ” itulah peribahasa yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Tapi Zuraidah seorang yang baik dan tidak suka meninggi diri, harta yang dimiliki oleh keluarganya tidak menjadi benteng untuk dia bergaul dengan sesiapa sahaja.
Peperiksaan SPM semakin hampir, debaran untuk menghadapinya juga semakin memuncak. Namun, bagiku debaran yang aku hadapi ada dua iaitu debaran untuk menghadapi SPM dan juga debaran kerana takut akan berpisah dengan Zuraidah, meskipun kami duduk di kampung yang sama tapi mungkin selepas ini hubungan kami tidak lagi seakrab yang dulu. Melainkan kami ditakdirkan dapat melanjutkan pelajaran bersama-sama tapi perkara ini amat sukar bagiku, kerana aku menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan ayahku perlu menampung kos perbelanjaan keluarga kami, termasuk kos persekolahan kami tiga adik-beradik dengan pendapatan bulanan ayah yang tidak menentu.
Kelas tambahan petang itu berjalan seperti biasa dan petang ini adalah kelas tambahan matapelajaran sains yang akan diajar oleh cikgu Aizat, seorang guru yang baik dan bersungguh-sungguh untuk mendidik pelajar-pelajarnya. Aku tidak pulang ke asrama selepas waktu persekolahan tamat. Aku hanya duduk di kelas sambil mengulangkaji subjek-subjek yang lain.
“ Hai Kamal, kamu tak balik ke asrama ? ”. seseorang menyapa dari arah belakang iaitu Zuraidah bersama dengan Tika, rakan sekelas ku.
“ Hai…oo. Zu, tidaklah, tiada apa yang perlu saya buat di asrama tu lebih baik saya di sini sambil mengulangkaji pelajaran ”. jawab kamal.
“ rajin nampak mengulangkaji, ini mesti skor A++ ni kan Kamal ? ”. usik Tika.
“ aik kau ni Tika mana ada, saya belajarpun ni bukan semuanya masuk kepala, saya hanya baca-baca je ni ”. Kamal mengelak daripada usikan itu.
“ Eya la tu tapi sekurang-kurangnya belajarkan daripada langsung tidak belajar ”. sampuk Zuraidah.
“ kamu berdua ni kenapa tak balik rumah?”. Kamal bertanya kepada Zuraidah dan Tika.
“ kami pun sama seperti kamu juga kamal tiada apa-apa yang dibuat kat rumah tu, lagipun kami takut lewat datang ke kelas tambahan petang ni. Kamu bukannya tak tahu cikgu Aizat tu tegas sikit soal bab kehadiran ni”. Jawab Zuraidah.
“ o..ya tak ye juga. Nanti tak pasal-pasal kamu kena suruh menyanyikan lagu Negaraku, baru padan muka…hahaha ”. Kamal mengusik rakan-rakannya itu.
“ hahaha…tau tak pa ”. jawab Tika, mereka ketawa bersama-sama.
Hari yang mereka nanti-nantikan akan tiba pada esok harinya. Aku mengurangkan masa untuk belajar dan mengambil masa ini untuk membuat persediaan dari segi fizikal dan menyediakan apa yang patut dibawa ke dewan peperiksaan. Malam itu aku hanya membaca sedikit nota-nota yang penting dan tidur lebih awal kerana keesokan harinya aku perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada kertas peperiksaan yang dihadapi.
Hari demi hari peperiksaan SPM berlalu, kini sudah hampir ke penghujung peperiksaan SPM. Hanya tinggal dua lagi kertas peperiksaan yang belum kami duduki pada minggu hadapan. Aku semakin berdebar kerana hari perpisahan aku dengan Zuraidah juga semakin hampir, adakah aku perlu luahkan apa yang ada terbuku di hati aku ini kepada Zuraidah, tapi aku takut Zuraidah tidak menerima aku kerana dia lebih mengutamakan pelajaran berbanding dengan lelaki ataupun dia sudah menjadi kekasih kepada orang lain. Perasaan aku kini sudah bercampur-gaul, aku takut untuk meluahkan perasaan aku kepada Zuraidah tapi aku juga takut kehilangannya.
Aku mengambil keputusan akan meluahkan perasaan ku kepada Zuraidah pada hari terakhir peperiksaan ini. Walauapa pun terjadi aku terpaksa beranikan diri dan menerima hakikat apa yang akan bakal berlaku, kata orang tua-tua “belum cuba belum tahu”. Selepas kertas peperiksaan terakhir pada hari itu, aku bersama rakan ku Farid dan Jamil berehat sambil bercerita di salah sebuah pondok rehat sekolah, sebelum kami pulang ke asrama untuk melakukan apa yang patut dilakukan seperti makan, solat, mengulangkaji pelajaran untuk subjek-subjek yang akan datang. Dari jauh kelihatan Zuraidah dan Tika berjalan menuju ke arah basikal mereka yang diletakkan di tempat khas untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Aku hanya memerhatikan rakan sekelas ku itu dari jarak yang jauh. Mereka terus mengayun basikal mereka keluar dari pintu utama sekolah. Mata ku mengekori perjalanan mereka sehinggalah kelibat mereka berdua tidak kelihatan lagi dari pandangan ku.
Pada hari terakhir peperiksaan SPM, peperiksaan akan tamat pada pukul 4.00pm. aku semakin berdebar untuk bertemu dengan Zuraidah dan takut untuk meluahkan perasaanku terhadapnya, yang telah lama aku pendamkan selama ini. Yang telah berputik tanpa aku sedari selama kami bersama-sama di sekolah ini. Peperiksaan SPM akan tamat beberapa minit lagi. Aku tidak dapat mengalihkan pandangan ku ke arah Zuraidah kerana jarak tempat duduk kami terlalu jauh, mengikut huruf permulaan nama. Zuraidah duduk meja yang paling belakang kerana namanya bermula dengan huruf “ Z ”.
Setelah peperiksaan tamat. Aku terus mencari Zuraidah dan ingin meluahkan perasaan ku terhadapnya sebelum kami berpisah dari sekolah ini. Semua pelajar mengambil kesempatan ini untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain dan meluangkan masa ini untuk bersama rakan-rakan, kerana mungkin ini adalah hari terakhir mereka bertemu dan selepas ini masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri, ada yang akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di sekolah yang sama, ke maktab perguruan, politeknik, uitm, dan sebagainya.
Aku masih tercari-cari kelibat Zuraidah di kalangan pelajar-pelajar yang masih ada di situ tapi bayang-bayangnya pun tidak kelihatan. Dari jauh kelihatan Ain iaitu salah seorang daripada kawan rapat Zuraidah sedang berkumpul dan bercerita-cerita dengan gelak-tawa bersama rakan-rakan yang lain. Aku menghampiri Ain dan ingin bertanya kepadanya di mana Zuraidah berada.
“ Assalamulaikum…”. Aku memberi salam kepada kumpulan pelajar-pelajar itu.
“ WalaikumSalam….”. mereka menjawab salam ku secara serentak dan menoleh ke arah ku.
“ Ain mari sini sekejap ”. aku memanggil Ain ke arah ku supaya apa yang aku tanyakan kepada Ain tidak didengari oleh pelajar-pelajar lain.
“ kenapa Kamal?..” Ain bertanya kepada ku.
“ kamu ada Nampak Zu tak?..”.aku bertanya kepada Ain di mana Zuraidah berada.
“ tadi saya Nampak dia dengan Tika berjalan menuju ke bilik guru. Tapi tak pasti sama ada mereka masih berada di sana atau dah balik…kenapa kamu cari dia Kamal? ”. jawab Ain.
“ tiada apa-apa, saje nak jumpa dia..ok tak apalah Ain..terima kasih ”. balas aku kepada Ain.
“ ok sama-sama ”. jawab Ain lagi.
Aku terus berlalu meninggalkan kumpulan pelajar itu dan terus mencari Zuraidah ke bilik guru tapi apabila aku sampai ke bilik guru tiada seorangpun yang ada di bilik itu. Aku semakin cemas, takut kalau-kalau Zuraidah sudah pulang ke rumahnya dan tidak dapat berjumpa dengannya pada hari ini. Aku bergerak pantas menuju ke arah tempat letak basikal yang telah dikhaskan untuk pelajar-pelajar sekolah ini untuk memastikan sama ada Zuraidah masih berada di kawasan sekolah ataupun sudah pulang ke rumahnya. Satu persatu basikal yang ada di situ aku amati, aku cukup mengenali basikal milik Zuraidah kerana basikal itu selalu aku pinjam dari tuannya untuk melepaskan keboringan dengan kehidupan yang terkurung di asrama ini.
Aku hampa apabila mendapati basikal Zuraidah dan Tika sudah tidak ada di situ, mereka sudah pulang ke rumah masih-masih. Aku rasa menyesal kerana kelalaian aku sendiri. Kalaulah dari pagi tadi aku memberitahu Zuraidah yang aku ingin berjumpa dengannya selepas peperiksaan terakhir ini tamat, mungkin semua ini tidak akan berlaku dan Zuraidah akan menunggu aku, kerana Zuraidah yang aku kenali ini memang seorang yang menepati janji dan amanah orangnya.
Aku hanya berdiri kaku di situ dan memerhatikan basikal-basikal yang masih tersadai. Aku tersentak dari lamunan ku oleh sebuah kereta yang lalu di belakang ku, kereta milik salah seorang pengawas peperiksaan yang telah mengawasi kami sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Aku berjalan perlahan-lahan meninggalkan tempat letak basikal itu dengan rasa kecewa yang teramat tapi aku redhai mungkin tiada jodoh kami untuk bertemu pada hari dan mungkin juga Allah telah mengatur jodoh pertemuan kami untuk masa-masa yang akan datang. Aku sungguh menyesal dengan kelemahan ku iaitu takut berhadapan dengan Zuraidah untuk meluahkan perasaan ku terhadapnya dan menjadikan taraf keluarga itu sebagai penghalang untuk kami menjalinkan hubungan yang lebih daripada seorang kawan, sedangkan Zuraidah tidak mengetahui semua ini.
Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan. Aku bekerja di Melimewa untuk membantu keluarga dan mengurangkan beban ayah menampung kos perbelanjaan kami sekeluarga. Hasil upah yang aku perolehi sebanyak RM600 sebulan sedikit-sebanyak dapat membantu ayah. Hampir empat bulan aku bekerja di situ, akhirnya keputusan SPM diumumkan. Semua rakan-rakan sibuk datang ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM masing-masing tapi pada hari itu aku bekerja seperti biasa, aku mengambil keputusan SPM ku pada hari keduanya, kerana aku telahpun mengetahui keputusan SPM yang aku perolehi melalui perkhimatan sms yang disediakan oleh kementerian. Aku memperolehi keputusan yang boleh dibanggakan.
Sebelum tawaran kemasukan ke tingkatan enam dikeluarkan, aku telahpun mendapat tawaran menjadi anggota Polis Diraja Malaysia. Aku menerima tawaran itu, begitu juga dengan kedua orang tua ku yang menjanjikan pekerjaan yang tetap dan pendapatannya juga dapat membantu kehidupan ku dan keluarga. Sebelum aku bertolak ke Pusat Latihan Polis di negeri Perak pada awal bulan hadapan, ingin sekali aku bertemu dengan Zuraidah buat kali terakhir. Tapi malangnya, saat itu Zuraidah berada di Kota Kinabalu tinggal di rumah kakaknya.
Aku terpaksa pergi meninggalkan kampung ini tanpa memberitahu Zuraidah, hanya Tika, Farid, Jamil dan beberapa orang rakan yang lain mengetahuinya, aku hanya sempat meninggalkan sepucuk surat untuknya melalui Tika. Tapi ini tidak bermakna perasaan ku terhadap Zuraidah pudar begitu sahaja. Aku akan datang kembali ke kampung ini untuk membuktikan cintaku kepadanya. Aku tidak menyalahkan Zuraidah kerana dia tidak mengetahui apa yang aku rasakan terhadapnya. Apabila aku sudah berada di lapangan terbang AirAsia Kota Kinabalu bersama-sama ayah, aku terasa berat hati untuk meninggalkan Negeri Sabah di bawah Bayu ini tapi aku tabahkan hati untuk melangkah jauh dari sini demi masa depan yang lebih cerah. Apabila pesawat yang aku naiki akan bertolak tidak lama lagi, aku menyalam dan mencium tangan ayah yang tebal itu, kerana kerap kali melakukan kerja-kerja yang berat dan aku terus meninggalkannya. Satu persatu nasihat yang diberikan oleh ibu dan ayah sebelum meninggalkan rumah masih segar di telingaku. Sudah lumrah kehidupan seorang ibu dan seorang ayah memberi nasihat kepada anak-anaknya, lebih-lebih lagi anaknya itu akan pergi jauh meninggalkan rumah mereka.
Setelah tamat mengikuti Latihan Polis Diraja Malaysia di Negeri Perak. Aku terus ditempatkan bertugas di Negeri Selangor. Bertugas sebagai seorang Anggota Polis Diraja Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai cabaran yang harus aku tempuhi tapi dengan semangat yang kuat dan sokongan rakan sejawatan yang telah lama berkhidmat menjadi anggota polis membuatkan aku tabah melalui semua itu. Ingatan terhadap Zuraidah juga masih segar, tiada seorangpun wanita yang aku temui dapat menandinginya.
Apabila aku mendapati cuti selama sebulan, aku terus pulang ke kampung kerana rindu terhadap keluarga sudah menebal. Dengan harapan aku akan dapat bertemu dengan Zuraidah kembali, tapi ibu memberitahu aku bahawa Zuraidah anak ketua kampung ini telah melanjutkan pelajaran ke UMS di Kota Kinabalu. Walaupun aku kecewa tidak dapat berjumpa dengannya tapi aku berbangga dengan kejayaannya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Aku tersentak dari lamunan ku apabila ibu memanggil aku untuk menikmati makan malam menu kampung yang telah disediakan oleh ibu. “ Zu..adakah kau masih ingat padaku ”. aku bermonolog seorang diri. Aku tidak boleh menipu perasaan aku sendiri terhadapnya. Tapi sedar aku siapa untuk Zuraidah, dia sudah menjadi Mahasiswi UMS sekarang sedangkan aku hanya seorang anggota polis bawahan di negeri orang. Kini aku pasrah dan hanya menharapkan takdir Allah yang menemukan kami berdua.
SUZIANA@SUZIE ( BC12110166 )
PENGGUNAAN
BAHASA ROJAK,
Dewan Sastera ialah sebuah majalah yang mengembangkan dan memperjuangkan Kesusasteraan Melayu. Namun begitu, beberapa perkembangan berlaku sejak kebelakangan ini memperlihatkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam percakapan harian, penulisan kreatif mahupun dalam kritikan Sastera Melayu sedikit sebanyak telah memberikan laluan kepada penggunaan Bahasa Inggeris. Ada tajuk novel-novel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan digandingkan dengan beberapa perkataan Bahasa Melayu dan terdapat pula novel Melayu yang judulnya seratus-peratus dalam Bahasa Inggeris.
Kita menjenguk ke arah judul novel Melayu untuk tatapan golongan remaja yang menggemarinya, misalnya Original karya H.M.Tuah Iskandar, dan Jealous la pulak…I LOVE YOU, Liana Afiera Malik, serta Careless Whisper tulisan Nur Hanani Hj. Azami memberikan suatu gambaran bahawa seolah-olah Bahasa Melayu kurang berupaya untuk memyampaikan maksud tertentu jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris. Adakah Bahasa Melayu akan menjejaskan daya tarikan pasaran jika tidak dirojakkan atau tidak dinyahkan daripada judulnya? Atau adakan gejala penggunaan Bahasa Melayu ini merupakan satu tarikan dalam pengiklanan?
Kecenderungan dalam mempercampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam percakapan dan dalam judul karya sastera ialah kecenderungan baharu. Keutuhan Bahasa Melayu dalam alam sekolah rendah dan sekolah menengah telah mula dikeluarkan dari arus perdana. Penggunaan bahasa Melayu di Universiti lebih banyak dicampuradukkan jika dibandingkan dengan kehidupan semasa berada di sekolah rendah dan sekolah Menengah dahulu. Sastera Melayu sebenarnya penting untuk meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap Bahasa Melayu dan seterusnya memupuk semangat cinta akan Bahasa Melayu, meskipun kedudukannya bukan lagi sebagai bahasa pengantar terpenting di sekolah. Sekiranya sikap acuh tak acuh turut diberikan terhadap soal penggunaan bahasa, keutuhan bahasa Melayu dalam pandangan masyarakat akan menjunam dan tenggelam.
Dewan Sastera ialah sebuah majalah yang mengembangkan dan memperjuangkan Kesusasteraan Melayu. Namun begitu, beberapa perkembangan berlaku sejak kebelakangan ini memperlihatkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam percakapan harian, penulisan kreatif mahupun dalam kritikan Sastera Melayu sedikit sebanyak telah memberikan laluan kepada penggunaan Bahasa Inggeris. Ada tajuk novel-novel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan digandingkan dengan beberapa perkataan Bahasa Melayu dan terdapat pula novel Melayu yang judulnya seratus-peratus dalam Bahasa Inggeris.
Kita menjenguk ke arah judul novel Melayu untuk tatapan golongan remaja yang menggemarinya, misalnya Original karya H.M.Tuah Iskandar, dan Jealous la pulak…I LOVE YOU, Liana Afiera Malik, serta Careless Whisper tulisan Nur Hanani Hj. Azami memberikan suatu gambaran bahawa seolah-olah Bahasa Melayu kurang berupaya untuk memyampaikan maksud tertentu jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris. Adakah Bahasa Melayu akan menjejaskan daya tarikan pasaran jika tidak dirojakkan atau tidak dinyahkan daripada judulnya? Atau adakan gejala penggunaan Bahasa Melayu ini merupakan satu tarikan dalam pengiklanan?
Kecenderungan dalam mempercampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam percakapan dan dalam judul karya sastera ialah kecenderungan baharu. Keutuhan Bahasa Melayu dalam alam sekolah rendah dan sekolah menengah telah mula dikeluarkan dari arus perdana. Penggunaan bahasa Melayu di Universiti lebih banyak dicampuradukkan jika dibandingkan dengan kehidupan semasa berada di sekolah rendah dan sekolah Menengah dahulu. Sastera Melayu sebenarnya penting untuk meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap Bahasa Melayu dan seterusnya memupuk semangat cinta akan Bahasa Melayu, meskipun kedudukannya bukan lagi sebagai bahasa pengantar terpenting di sekolah. Sekiranya sikap acuh tak acuh turut diberikan terhadap soal penggunaan bahasa, keutuhan bahasa Melayu dalam pandangan masyarakat akan menjunam dan tenggelam.
SUZIANA@SUZIE ( BC12110166 )
CERPEN: CEKALNYA HATI IBUKU
“Azmi,tolong bangunkan mak jam 12.00 tengah malam?
“
Sambil ibu berjalan kepenatan pergi ke bilik tidur dan terus baring. Aku
terfikir dengan keadaan ibu yang mula lena di tempat tidur. Padahal masa
sekarang adalah tepat jam 11.00 malam dan tidak ada kurang dan tidak juga
lebihnya. Aku mula berfikir sejenak dapatkah ibu merehat dirinya dengan
secukupnya. Kepenatan yang melanda diri ibu tidak dapat aku bayangkan dan jika
kepenatan itu digantikan dtempat aku nescaya diriku tidak dapat menanggung
derita itu. Setelah itu terlelaplah mataku disebabkan terlalu memikirkan
keadaan yang dialami oleh ibuku. Keadaan begitu sunyi dan yang kedengaran
adalah bunyi pada kipasku yang semakin uzur. Setelah diriku keseronokan melayan
mimpi-mimpi indah,tiba- tiba kedengaran bunyi deringan pada jam loncengku yang
ditetapkan berbunyi pada jam 12 tengah malam. Lalu terjaga aku dari lena dan
terus menuju ke bilik ibu untuk mengejutkannya.
“Mama oh mak,jam 12.tengah malam sudah! Mak cepat
bangun nanti lambat lagi mahu buat kuih ! ” dengan suara aku yang tinggi memanggil
ibu yang sedar tidur lena.
Kedengaran suaraku yang menyelubungi seluruh rumah.
Dengan perasaan mengantuk yang begitu kuat yang segala-galanya membuatkan aku
memaksa menjerit berulangkali dengan perasaan emosi yang begitu marah. Setelah
berulangkaliku menjerit memanggil ibu maka kedengaranlah suara ibu yang begitu
perlahan sekali. Keadaan diakibatkan
kesungguhan ibu menyediakan bahan
membuat kuih dari petang hinggalah ke malam.
“Ya,mama bangun sudah. Kau pergilah tidur ,jangan
kau risau mama tidak akan tidur juga. Mama rehat dulu sebentar,letih ni ibu rasakan
sekarang” dengan nada yang begitu sayu.
Walaupun kata mak itu seakan-akan memberi
isyaratku untuk meminta tolong namun aku tidak mempedulikan kata itu kerana tidur segala-galanya
yang aku rasa sekarang. Dengan perasaan tidak bersalah aku pun terus kembali
semula baru tanpa rasa segan silu .Setelah
kedengaran suara tapak kaki ibu menuju ke ruang dapur untuk memasak
berbagai jenis kuih yang telah siap disediakan sebelum tidur. Terasa kepenatan
yang dialami oleh ibu yang sanggup menggadaikan masa tidurnya demi anak-anak
yang disayanginya. Tetapi mengapa badanku tidak terdaya hendak menolong ibuku
yang sedang memasak kuih tanpa tenga yang cukup. Akibat terlalu memikirkan
keadaan tersebut,tiba – tiba kedengaran suara ibu yang sayu meminta tolong
untuk membantu memasak kuih tersebut.
“Azmi boleh tolongkan mama untuk kali ini
sahaja,mama penat ni” suara ibu yang merayu meminta tolong.
“Mak azmi mengantuk sangat ni, surulah orang lain
takkam saya jak ,cukuplah saya tolong bangunkan” dengan suara yang tinggi dibalasiku dengan
perasaan tidak puas hati.
“Owh tidak apalah kalau Azmi penat” dibalasi ibu
dengan suara rendah dan perlahan.
Selepas itu ibuku memanggil adik-adikku namun sahutan itu diendahkan dan tidak ada
satu pun yang menyahut panggilan tersebut disebabkan suara yang perlahan. Oleh
kerana tidak ada yang menyahut panggilan tersebut ibu pun mendiamkan diri dan
tidak mengeluh atas perbuatan kami.
Pada keesokan hari,ketika aku bangun dengan
keadaan yang begitu lapar lantas aku menuju ke dapur untuk melihat dan
mengharapkan ada makanan disediakan. Alangkah terkejut terdapat beberapa jenis
kuih ditinggalkan untuk kami semua adik-beradik dan tertera nota disebalik kuih
tersebut itu.
“MAMA MINTA
MAAF ,INI SAHAJA YANG MAMPU MAMA SEDIAKAN” tulisan yang tertera di nota
yang ditulis oleh ibuku.
Aku terdiam dan terkaku sejenak melihat nota
tersebut dan hanya tuhan sahaja yang tahu akan perasaan saya ketika itu. Aku
terasa sangat menyesal kerana tidak dapat membantu ibu yang sedang kepenatan
pada ketika itu. Walaupun ibu tidak dibantu tetapi ibu masih lagi memberi kami
makanan dan meminta maaf kepada kami walaupun sebenarnya kami yang bersalah
dalam hal ini. Sudalah ibu yang menyediakan kuih ,memasak kuih dan menjual kuih
tetapi ibu tidak pernah mengeluh akan karenah kami terhadapnya.
Selepas beberapa lama kemudian kedengaran suara
perempuan memanggil nama saya. Aku pun lantas keluar pergi diluar untuk melihat
siapakah yang memanggil namaku. Rupa-rupanya suara tersebut adalah ibuku yang
meminta tolong mmengangkat tempat bekas kuih-kuih.
“Azmi tolong emak angkat ni bekas kuih,mama penat
ni” lantas ibu terus menuju ke ruang tamu dan terus baring dan tidak berapa
lama terus terlelap mata ibu. Terlihat benar wajah yang penuh kepenatan yang
terpancar dwajah ibu.
Aku pun dengan rasa bersalah ,terus mengangkat
bekas tersebut lalu mencuci semua bekas kuih tersebut dan membantu ibuku
menyediakan makanan untuk adik-adikku untuk pergi ke sekolah. Selepas itu aku
pergi memotong ubi kayu,ubi manis dan kelapa unntuk mengurangkan beban ibu yang
sedang kepenatan bekerja sepanjang hari. Terasa begitu penat sekali walaupun
hanya sebahagian kerja sahaja yang aku buat dan tba-tiba mataku mengeluarkan
titisan air mata tanpa tidak disengajakan. Aku mula terpikir bagaimanakah
keadaan ibu selama ini yang tidak pernah mengeluh dan aku hanya tahu baring
menunggu sesuap nasi darpada ibu. Cekal hati ibu yang sanggup bekerja untuk
menanggung hidup kami tanpa bantuan seorang ayah..
Dari sejak itu aku mula berazam untuk berubah dan
mulai membantu ibu mengurangkan beban kerjanya. Aku tahu selama ini telah
banyak dosaku terhadapnya namun ibuku masih lagi menyediakan sesuap nasi untuk
kami. Sejak bapaku meninggal dunia, ibuku yang bertungkus-lumus menyara
kehidupan kami.
Masa kian berlalu ,kini kami semua adik-beradik
mulai membantu ibu dan bergilir-gilir dalam melakukan kerja mengikut luangan
kekosongan masa masing-masing. Kepenatan di wajah ibu dilihat berkurangan dan
berbeza berbanding sebelum kami membantunya dalam kerja. Akibat perubahan
tersebut kini aku boleh membuat kuih dan mampu membuatnya secara sendirian.
Mungkin inilah hikmahnya dan aku yakin setiap yang baik pasti ada balasannya.
Kesibukan telah membuatkan aku tidak tersedar akan
perkara yang penting dan ianya merupakan penentuan masa depanku. Secara tidak
sedar, hari ini merupakan pengumuman kemasukan universiti bagi pelajar lepasan
STPM 2012/2013 . Sebelum aku memasukkan angka giliran dan nombor kad pengenalan
untuk mengetahui keputusannya lantas ibu berpesan sesuatu kepadaku.
“Andaikata Azmi tidak tidak dapat ataupun dapat
melanjutkan pelajaran ke universiti ,Azmi perlu sentiasa bersyukur” sambil ibu
menatap wajahku dengan penuh ketenangan.
“Mak doakan yang terbaik untuk Azmi, walauapapun
terjadi Azmi akan redha, Azmi jangan risau ,mak sentiasa doakan terbaik
untuk Azmi, redha setiap apa yang terjadi dan jangan pernah lupa pada
Allah”nasihat ibu kepadaku.
“Baiklah ibu” kata Azmi
Terasa debaran jantung yang begitu kuat berdegup
kencang ketika memasukkan angka giliran dan nombor kad pengenalan tersebut
dalam laman tersebut. Alangkah gembiranya apabila dipaparkan bahawa aku layak
melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam Pengajian Seni
Kreatif. Ketika aku dalam keadaan sedang bergembira , terlihat wajah ibu
menitiskan air mata dalam keadaan wajah yang gembira. Setelah ibu pun menuju ke
bilik pergi mengambil sesuatu dan menuju ke tempat aku lalu memberinya kepada
sesuatu dengan menyatakan sesuatu.
“Azmi ini sahaja yang mampu mak berikan pada Azmi.
Ini adalah hasil pendapatan yang mak kumpulkan untuk kau Azmi. Dalam itu ada 4
ribu dan ibu harap ianya dapat membantu melanjutkan pelajaran azmi di
universiti”
“ Mak, Azmi sangat berterimah kasih dan semoga
Allah membalas jasa ibu” dengan keadaan menitis mata.
By : Abdul Rahman
By : Abdul Rahman
Wednesday, 27 November 2013
KASIH SEORANG IBU... ^_^
KASIH SEORANG
IBU
“Allah Hu Akhbar... Allah Hu Akhbar”. Kedengaran sayup
suara laungan azan pak bilal memecah keheningan subuh di kampung selasih. Suara
azan yang menyeru umat islam menunaikan sembahyang tanda taatnya seorang hamba
kepada sang penciptanya yang maha agung lagi maha berkuasa. Sedang yang lain
berpusu ke masjid menunaikan solat subuh, masih terbujur kaku seorang hamba
allah yang tengah dibuai mimpi indah. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk. “Amir
bangun nak pergi solat subuh ke masjid” pinta sang ibu kepada anaknya. Namun
suara itu tidak diendahkannya, tetap ia berdegil untuk bangun malah menutupi
badanya dengan selimut lantas tidur kembali.
Begitulah kehidupan seorang remaja belasan tahun yang
sangat liat mengerjakan suruhan allah. Amir merupakan anak tunggal kepada mak
Minah seorang peniaga di kampung selasih. Mak minah telah banyak kali
menasihati anaknya agar menunaikan solat akan tetapi kata-kata itu langsung
tidak dipedulikan olehnya. Amir merupakan seorang pelajar yang pintar namun
agak nakal dan kelakuanya yang agak kurang sopan ketika di sekolah. Kelakuanya
ini amat kurang disegani oleh teman-temannya yang lain.
Pada suatu hari, sedang semua pelajar lain menghadiri
kelas penilaian fardhu ain hanya amir sahaja yang tidak kelihatan. Hal ini
telah menimbulkan kemarahan ustaz Zaki yang merupakan guru agama di sekolahnya.
Selesai sahaja kelas itu, ustaz Zaki terus bergegas pergi menemui Amir di
kelasnya. Melihat wajah bengis ustaz Zaki, seperti cacing kepanasan begitulah
wajah Amir pada waktu itu dek rasa takut terhadap ustaz Zaki. Lantas Amir di
bawa masuk ke bilik ustaz Zaki. “kamu tahukah apa yang kamu buat ini salah?”
tanya ustaz Zaki kepada Amir. “Tahu ustaz, memang apa yang saya buat ini salah”
jawab amir ketakutan. “kenapa kamu tidak masuk kelas saya tadi” tanya ustaz
Zaki lagi. “saya bukan tidak mahu datang ustaz tapi saya tidak tahu apa-apa pun
tentang solat itu sebab saya tidak datang tadi” jawab amir kepada ustaz Zaki.
Ustaz Zaki agak terkejut dengan jawapan Amir itu. Mustahil budak yang sudah
berumur 17 tahun masih tidak tahu tentang solat. Pada hari itu Amir dilepaskan
oleh ustaz Zaki dengan amaran sekiranya dia mengulanginya lagi, ustaz Zaki akan
melaporkanya kepada pengetua.
Amaran yang diberikan oleh ustaz Zaki betul-betul membuat
Zaki takut. “kalau kamu mengulangi
kesalahan kamu lagi, kamu bakal berdepan dengan pengetua”. Itulah kata-kata
amaran yang membuatkan Amir tidak senang duduk. Dia memikirkan banyak cara
bagaimana nak menyelesaikan masalah yang dihadapinya ini. Setelah puas berfikir
Amir pun telah membuat keputusan untuk mempelajari penilaian asas fardhu ain
dengan bersungguh-sungguh. Namun demikian, niat amir mempelajarinya hanyalah
untuk lepas dari ustaz Zaki sahaja. Dia lebih takut kepada manusia berbanding
sang pencipta yang telah mencipta kewujudannya di muka bumi ini. Dengan
kecerdikannya dalam masa yang singkat sahaja amir telah berjaya untuk menghafal
dan menguasai semua penilaian itu. Keadaan ini membuatkan Amir tidak takut lagi
untuk masuk ke kelas ustaz Zaki. Perubahan dalam diri Amir membuatkan ustaz
Zaki terkejut disamping timbul rasa bangga terhadap anak muridnya itu. Ustaz
Zaki gembira dengan perubahan dalam diri
Amir itu. Sedangkan dia tidak mengetahui bahawa anak muridnya itu berubah
kerana takut kepadanya bukan kerana takut kepada allah.
Sejak hari itu bermulalah lakonan Amir yang berlagak baik
dan warak di depan semua guru dan rakan-rakannya. Sedangkan pada hakikatnya dia
hanya berlakon memainkan watak baik di depan semua orang tetapi apabila berada
di rumahnya keluarlah dirinya yang sebenar. Amir yang liat tentang agama dan
kurang sopan terhadap ibunya. Amir begitu bangga dan senang dengan segala
kepandaian yang dimilikinya. Sehinggakan dia lupa bahawa itu semua hanyalah
pinjaman dari allah S.W.T. Dia menggunakan kepandainya untuk menipu orang dan
mempersenda agamanya sendiri. Dia sendiri mengetahui bahawa orang-orang yang
meninggalkan solat itu pasti tempatnya di neraka namun semua itu tidak mampu
merubah dirinya. Dia tetap juga liat untuk menunaikan perintah allah.
Kedengaran sayup azan berkumandang di masjid menandakan
masuknya waktu asar di kampung selasih. Namun panggilan ilahi itu langsung
tidak dipedulikannya. Amir masih sibuk melayan rancangan televisyen kegemarannya.
Kebetulan mak minah baru pulang dari berniaga di pasar. Melihat kelakuan
anaknya itu mak minah lantas memarahi Amir. “kamu tak dengar kah azan di masjid
tu Amir? Kenapa kamu tak pergi solat?” marah mak minah pada Amir. “awal lagi ni
mak lagipun Amir tengah tonton tv ni”. Jawab Amir pada mak minah. Mak minah
tidak tahu nak berbuat apa lagi dengan anaknya itu, sudah puas dinasihatinya
namun tidak berubah juga. Mak minah berlalu pergi masuk ke kamarnya dengan rasa
sebak dan hampa dengan kelakuan anaknya itu.
Mak minah mencapai kain sembahyangnya untuk menunaikan
solat asar pada petang itu. Kelihatan air matanya bercucuran jatuh membasahi
pipinya. Mak minah tidak dapat menahan sebak dek kerana sikap anaknya itu. Selesai
solat mak minah seraya berdoa memohon petunjuk dan kekuatan baginya untuk
menjaga anaknya Amir. Mak minah bangkit dari tempat sujudnya lalu keluar pergi
ke dapur. Dilihatnya anaknya Amir masih lagi sibuk dengan urusan dunianya.
Tidak lama kemudian Amir keluar dengan basikalnya menuju ke hulu sungai untuk
mandi sungai. Sedang dia mengayuh basikalnya kedengaran suara pak Ayub
menyapanya dari belakang. “kamu nak ke mana Amir?”. “oh pak Ayub. Saya nak ke
hulu sungai pak Ayub nak mandi sungai” jawab Amir pada pak Ayub. “malam ni kamu
datang masjid ya Amir, ada majlis membaca Al-Quran dan ceramah agama” pinta pak
Ayub pada Amir. “insyaa allah pak Ayub” jawab Amir selamba. Lalu Amir berlalu
meneruskan perjalananya menuju ke hulu sungai. Air sungai yang jernih dan
nyaman itu membuatkan Amir leka sehinggakan dia tidak menyedari bahawa hari
sudah senja.
Melihat langit sudah mula menghitam lantas Amir pun
mengayuh basikalnya untuk balik ke rumah. Dalam perjalanannya pulang dia
melintasi kawasan masjid. Dia melihat begitu ramai orang-orang tua dan
anak-anak muda yang memenuhi ruangan masjid. Baru dia teringat pesan pak Ayub
itu tadi bahawa malam ni ada majlis bacaan Al-Quran dan ceramah agama akan
diadakan. Sungguh kecintaannya terhadap dunia membawanya jauh dari cinta allah.
Dia langsung tidak merasa rugi terlepas peluang pergi menghadiri majlis agama itu.
Setibanya di rumah dilihatnya mak minah sedang menunaikan solat isyak. Dia
hanya memerhati ibunya solat sedang dia menunggu ibunya untuk sama-sama makan
malam.
Selesai sahaja mak minah menunaikan solat isyak dia terus
menuju ke dapur. Dia melihat anaknya sedang duduk di dapur menantinya untuk
sama-sama makan malam bersamanya. “bila Amir sampai?” sapa mak minah pada Amir.
“dah lama mak tadi lagi” jawab Amir. Mak minah memasak makanan kegemaran Amir
malam itu iaitu ikan siakap masak cili api. Berselera Amir makan sambil
gelagatnya diperhatikan mak minah. Sejahat-jahat mahupun seburuk-buruk perangai
anak itu, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Melihat anaknya Amir yang
sedang menjamah makanan yang dimasaknya itu air mata mak minah berderai
membasahi pipinya.
Menyedari kejadian itu Amir berasa terkejut dengan
keadaan ibunya yang sedang menangis itu. “kenapa ibu menangis?” tanya Amir pada
mak minah. “Amir, ibu dah tua nak. Bila-bila masa ibu bakal pergi meninggalkan
kau. Ibu teringin sangat nak melihat engkau berubah, solat dan menjadi anak
kebanggaan ibu” jawab mak minah penuh hiba. Melihat keadaan mak minah itu hati
Amir tersentuh. Dia menahan kesedihannya lantas bangun meninggalkan mak minah
yang tengah menangis sendirian di dapur. Malam itu Amir tidak dapat melelapkan
matanya. Kata-kata ibunya terngiang-ngiang di fikirannya. Dia tidak dapat
melupakan kata-kata ibunya yang telah membuatkan hatinya tersentuh. Dalam
kecelaruan itu Amir terlelap dibuai mimpi. Keesokan paginya Amir bangun bersiap
untuk pergi ke sekolah seperti biasa. Amir menuju ke dapur sambil
memanggil-manggil nama ibunya. Namun tiada sahutan diterimanya kerana awal-awal
pagi lagi mak minah sudah pergi ke pasar untuk berniaga.
Dia melihat sarapan pagi sudah sedia terhidang di atas
meja yang dimasak oleh mak minah sebelum dia pergi ke pasar. Di sisi meja mak
minah menyediakan sejumlah wang sebagai bekalan untuk Amir ke sekolah. Setelah
kematian suaminya mak minahlah yang menyara kehidupan mereka dua beranak. Mak
minah membanting tulang demi memastikan anaknya mendapat pendidikan yang
secukupnya. Amir ke sekolah dengan mengayuh basikal. Kedengaran loceng berbunyi
menandakan bermulanya proses pembelajaran
di sekolahnya. Amir masuk ke kelas meneruskan pengajiannya seperti
hari-hari biasa. Pada hari itu cikgu Salina meminta pelajar-pelajarnya agar
membayar yuran seminar persediaan untuk SPM sebanyak RM50. Amir pulang ke rumah
seperti biasa pada hari itu. Dia tidak terus ke rumah, dia berhasrat untuk
pergi berjumpa ibunya di pasar. Dilihatnya dari jauh redup wajah ibunya yang
tengah gigih membanting tulang menjual hasil jualanya. Dihampirinya
perlahan-perlahan ibunya yang tengah sibuk mengatur hasil jualannya. “ibu Amir
nak 50 ringgit nak bayar yuran seminar” seru Amir pada mak minah. Mak minah
terkejut mendengar suara anaknya itu. Mak minah membalasnya dengan senyuman lalu
menghulurkan 50 ringgit kepada Amir. “nah 50 ringgit nak. Pergilah balik rumah
dulu mak dah sediakan makanan tengah hari untuk Amir tu”. Amir mengapai 50
ringgit yang dihulurkan oleh mak minah lalu bergegas pulang ke rumah tanpa
berterima kasih pada ibunya. Sebak hati mak minah dengan kelakuan anaknya itu.
Namun dikuatkan hatinya kerana sayangnya terhadap anaknya itu.
Sampai saja di rumah Amir bergegas ke dapur untuk makan
kerana lapar yang amat sangat dirasainya. Selesai saja makan Amir masuk ke
dalam biliknya lantas berbaring di atas katilnya. Kerana letih yang amat sangat
Amir terlelap di sisi katilnya. Jam sudah menunjukkan 8 malam namun mak minah
belum sampai-sampai lagi ke rumahnya. Amir masih terlelap. Beberapa minit
kemudian mak minah sampai ke rumah. Dilihatnya rumah kelihatan sunyi. Dia
memang menjangka bahawa anaknya sudah tidur. Dia pun pergi ke bilik anaknya
Amir. Dilihatnya Amir sudah tidur. Mak minah menghampiri anaknya lalu
dilihatnya dalam-dalam wajah anaknya yang sangat disayanginya ini. Lamunannya
menjangkau masa silamnya ketika Amir masih kecil lagi. Wajah girang Amir yang
suatu ketika dulu dibelai dan dimanja-manja kini sudah beransur dewasa seiring
masa. Perubahan dalam hidup anaknya ini disebabkan rasa sunyi yang menyelubungi
hidupnya kerana kehilangan ayahnya sejak berumur 5 tahun lagi. Ini menyebabkan
Amir kurang mendapat kasih seorang ayah dan perhatian dari seorang ayah seperti
kanak-kanak yang lain. Mak minah mengucup dahi anaknya itu sebelum meninggalkan
bilik Amir. Terasa sudah agak lama dia tidak mengucup dahi anaknya.
Mak minah masuk ke biliknya mengenang kisah hidupnya
ketika arwah suaminya masih hidup lagi. Kenangan indah bersama suaminya
amat-amat payah untuk dilupakan. Mak minah berbaring di sisi katilnya menahan
rasa penat dan kesakitan kerana penat sehari membanting tulang mencari rezeki.
Matanya terlelap dalam keheningan malam itu. Azan berkumandang menandakan
masuknya waktu subuh di kampung selasih. Mak minah bangkit dari tidurnya untuk
menunaikan solat subuh. Dilihatnya anaknya masih belum bangun lagi. Selesai
solat mak minah memasak sarapan pagi untuk anaknya Amir sebelum pergi ke pasar
berniaga. “Ibu”. Kedengaran suara Amir memanggil mak minah memecah kesunyian
pagi itu. Dilihatnya Amir sedang menghampirinya. “awal Amir bangun pagi ni,
Amir mimpi indah ke?” gurau mak minah pada anaknya. Amir tersenyum dengan
gurauan ibunya itu. Ternyata doa mak minah telah dikabulkan, Amir yang dulunya
dingin terhadapnya telah berubah sama sekali. Amir meminta maaf atas semua
kesalahan serta sikap kurang ajarnya selama ini. Mendengar semua itu mak minah
mengalirkan air mata kesyukuran. Buat pertama kalinya pada pagi itu mak minah
melihat Amir solat subuh. Hati mak minah terasa girang sekali. Pagi itu menjadi
saksi perubahan diri Amir di atas doa seorang ibu yang sangat menyayangi
anaknya.
Sebulan kemudian bermulanya peperiksaan SPM. “jawab
baik-baik ya nak, mak doakan Amir mendapat keputusan yang cemerlang” mak minah
memberi semangat pada anaknya. “baiklah mak, Amir janji Amir akan hadiahkan mak
keputusan yang cemerlang dari Amir” balas Amir pada ibunya. Mendengar kata-kata
yang penuh semangat dari anaknya itu membuatkan mak minah berasa sangat
gembira. Hati Amir terasa sangat tenang ketika menjawab soalan-soalan SPM
berkat doa dari ibunya. SPM telah berlalu, Amir kini membantu ibunya berniaga
di pasar sementara menunggu keputusan SPM diumumkan. Mak minah sungguh gembira
kerana Amir dapat membantunya berniaga di pasar. Sedang Amir sibuk melayan
pelanggannya, tiba-tiba mak minah pengsan di pasar itu. Takutnya hati Amir
bukan kepalang. Dengan bantuan dari rakan-rakan peniaga mak minah akhirnya mak
minah dapat di bawa ke hospital. Amir sangat-sangat berterima kasih pada mereka
semua kerana telah membantunya membawa ibunya ke hospital. Mak minah disahkan
menghidap kanser oleh doktor. Amir amat terkejut dengan kenyataan doktor itu.
“mak kamu sedang menderita kanser pada tahap ketiga. Jika tidak dilakukan
pembedahan secepat mungkin mak kamu tidak akan dapat hidup lama lagi” kata
doktor kepada Amir. “berapa kos pembedahan itu doktor?” tanya Amir penuh
kerisauan. “lebih kurang RM 15 ribu” jawab doktor itu lagi. Keluh lidah Amir
mendengar kata-kata doktor itu. Hanya air mata yang membasahi pipinya mendengar
kenyataan pahit itu. Amir tidak sanggup lagi kehilangan ibunya seperti mana dia
kehilangan ayahnya dulu.
Amir pergi berjumpa ibunya di wad kecemasan. Berat hati
Amir mengkhabarkan berita itu. namun Amir terpaksa memberitahu ibunya.
Mendengar penjelasan Amir, mak minah minta di bawa pulang ke rumah. Mak minah
berkeras kerana dia tidak mampu untuk membayar kos pembedahan itu. Sejak hari
itu Amir hanya seorang diri mencari rezeki untuk keluarga mereka kerana mak
minah sudah tidak larat lagi untuk berjalan. Amir menjaga makan minum mak minah
dan mengurus keperluan sehari-hari mak minah. Amir terpaksa bekerja dengan
lebih keras kerana untuk menampung kos perubatan mak minah. Ketika Amir keluar
kerja, ada jiran mereka yang sudi menghulurkan bantuan untuk menjaga mak minah.
Kadang-kadang Amir terpaksa balik sampai lewat malam kerana terpaksa bekerja
lebih masa menjual di pasar. Walaupun kepenatan tetapi keperluan mak minah
menjadi keutamaan baginya.
Tiba hari yang dinanti-nanti. Akhirnya keputusan SPM
telahpun diumumkan. Pagi-pagi lagi Amir mengayuh basikalnya menuju ke sekolah
untuk mengambil keputusan SPM nya. Debaran semakin memuncak di dada Amir ketika
dia melangkah masuk ke sekolah itu. Alangkah gembiranya hati Amir apabila
melihat slip SPM nya semuanya mendapat gred A. Kesyukurannya terhadap allah tidak
terbatas. Guru-guru dan rakan-rakannya yang lain mengucapkan tahniah kepadanya.
Dia diangkat sebagai pelajar cemerlang sekolah itu. Amir tidak sabar untuk
balik ke rumah untuk memperlihatkan
kejayaanya itu kepada ibunya. Dia mengayuh basikal penuh semangat menuju ke
rumahnya. Setibanya di halaman rumahnya dia melihat ramai orang mengunjungi
rumahnya. Hatinya mula merasa sesuatu yang tidak baik berlaku. Fikirannya
tertumpu kepada ibunya. Amir tidak dapat menahan langkahnya lagi, dia berlari
menuju rumahnya sambil memanggil-manggil nama ibunya. Namun yang dia dapat
lihat hanyalah mayat ibunya yang terbujur kaku di ruangan rumahnya. Hati Amir
bagai hancur menerima kenyataan ibunya telah pergi selama-lamanya
meninggalkanya keseorangan. Amir tidak dapat menahan dirinya lagi, dia meraung
sekuat hati sambil menitiskan air mata kesedihannya atas pemergian seorang
insan yang bernama ibu yang tiada tolok bandingnya di dunia ini. Jiran-jiran
tetangganya telah menenangkan Amir agar tidak meratapi pemergian ibunya. Salah
seorang dari mereka telah menyerahkan satu kotak yang berisi surat dan buku
akaun bank kepada Amir.
Amir mencapai kotak itu lalu membaca surat yang ada di
dalam kotak itu. “Anakku Amir, engkaulah
permata bersinar ibu dan ayah. Lahir mu memberi sejuta erti untuk kami berdua. Lahir
mu membawa cahaya dalam hidup kami. Walaupun engkau tidak sempat mengenali
wajah ayahmu, tidak sempat merasa kasih sayang ayahmu, namun percayalah yang
ayahmu sangat-sangat menyayangi mu nak. Kepergian ayahmu membuatkan ibu terpaksa
membesarkan mu seorang diri. Harapan yang kami bina untuk membesarkan mu
bersama-sama telah terkubur. Anakku, tiada seorang ibu pun di dunia ni yang
tidak menyayangi anaknya. Ibu memarahi mu bukan kerana benci malah itulah rasa
sayang ibu pada mu anakku. Ibu nak engkau menjadi seorang insan yang berguna.
Anakku, terima kasih kerana sempat beri ibu peluang melihat perubahan dalam
dirimu. Ibu tahu ibu takkan hidup lama lagi di dunia ini. Tiada penyesalan ibu
mengandungkan mu dan melahirkan mu ke dunia. Kerana engkau sudah menjadi anak
yang baik. Ibu memaafkan segala kesalahan mu anakku. Di sini ibu sertakan buku
akaun bank di atas nama mu. Gunalah duit ini untuk pembelajaran mu anakku. Jaga
dirimu baik-baik anakku, jaga solat dan taatlah pada perintah allah. Maafkan
ibu kerana tidak dapat menemani mu lagi. Ibu sangat-sangat menyayangimu. Salam
sayang dari ibu”. Linangan air mata Amir semakin menderas membaca surat
dari ibunya itu. Sungguh kasih seorang ibu itu tidak terhitung untuk
anak-anaknya. Walaupun kesedihan menghantui Amir akibat kejadian itu, namun
hidupnya perlu diteruskan. Kerana sesungguhnya, setiap yang hidup itu pasti
akan merasa kematian.
PENGARANG: NURBASIAH BINTI ISMAIL
NAMA PENA: CIK NUR NBI
NO. MATRIK: BC12110121
Tuesday, 26 November 2013
ARTIKEL – Pandangan cinta Mahasiswa?
Kita sering mendengar dan melihat segelintir mahasiswa mempersoalkan cinta mengikut pengalaman mereka sendiri. Namun demikian,setiap persoalan yang mereka mempersoalkan adalah berbeza. Hal ini kerana bukan semua pandangan orang sama kerana bukan semua orang apabila melihat luar tingkap mereka melihat tempat yang sama. Disini saya ingin mengupaskan serba sedikit mengenai persoalan cinta mengikut pandangan mahasiswa yang selalu berlaku.
Adakalanya Mahasiswa menganggap cinta ini suatu yang menyeksakan bagi diri mereka sendiri. Golongan ini adalah golongan yang setia tetapi sentiasa mendapatkan teman istimewa yang tidak pernah menghargai cintanya. Pandangan ini terjadi apabila seseorang yang sentiasa mengharapkan kesetiaan dan seringkali diabaikan cintanya secara berulang kali.
Sehubungan itu juga, ada yang mengangap cinta itu sebuah kenikmatan dan keindahan dalam hidupnya. Golongan ini boleh dikatakan golongan yang mendapat cinta yang pertama dan boleh dibaratkan sebuah pohon yang baru berbunga. Hal ini kerana semua perkara yang datang dari cinta pertamanya dianggap sebuah kemanisan yang tidak terkira manisnya. Pandangan ini dikatakan pandangan pertama dalam soal percintaan dan merupakan titik permulaan dalam mengenali makna sebuah percintaan.
Selain itu ada yang cinta itu layak kepada yang satu dan menganggap cinta itulah sebuah kebenaran dalam percintaan. Golongan ini adalah golongan para alim ulama, golongan orang yang beribadah dan merupakan orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah dalam kehidupannya. Pandangan ini merupakan pandangan yang perlu diikuti oleh kita semua kerana dialah berhak yang kita cintai dalam kehidupan kita.
Secara kesimpulannya, pandangan orang mengenai persoalan cinta itu begitu banyak dan apa yang dikemukan adalah serba sedikit mengenai persoalan mengenai cinta. Apa yang dikatakan cinta yang teratur adalah kita mencintai Allah dan pesuruh Allah selepas itu ibubapa kita dan baru seterusnya yang layak kita cintai. Hal ini telah di ajar kita pada hadis Rasullullah. Tidak ada cinta yang menyakitkan dan menyeksakan melainkan cinta 100% pada makhluk. Kita dijadikan sebuah makhluk yang berakal berbeza dengan makhluk yang ada di muka bumi dan oleh itu renungkanlah serta fikirlah mana yang layak dahulu kita cintai sepenuhnya.
Abd Rahman (BC12160195)
Kita sering mendengar dan melihat segelintir mahasiswa mempersoalkan cinta mengikut pengalaman mereka sendiri. Namun demikian,setiap persoalan yang mereka mempersoalkan adalah berbeza. Hal ini kerana bukan semua pandangan orang sama kerana bukan semua orang apabila melihat luar tingkap mereka melihat tempat yang sama. Disini saya ingin mengupaskan serba sedikit mengenai persoalan cinta mengikut pandangan mahasiswa yang selalu berlaku.
Adakalanya Mahasiswa menganggap cinta ini suatu yang menyeksakan bagi diri mereka sendiri. Golongan ini adalah golongan yang setia tetapi sentiasa mendapatkan teman istimewa yang tidak pernah menghargai cintanya. Pandangan ini terjadi apabila seseorang yang sentiasa mengharapkan kesetiaan dan seringkali diabaikan cintanya secara berulang kali.
Sehubungan itu juga, ada yang mengangap cinta itu sebuah kenikmatan dan keindahan dalam hidupnya. Golongan ini boleh dikatakan golongan yang mendapat cinta yang pertama dan boleh dibaratkan sebuah pohon yang baru berbunga. Hal ini kerana semua perkara yang datang dari cinta pertamanya dianggap sebuah kemanisan yang tidak terkira manisnya. Pandangan ini dikatakan pandangan pertama dalam soal percintaan dan merupakan titik permulaan dalam mengenali makna sebuah percintaan.
Selain itu ada yang cinta itu layak kepada yang satu dan menganggap cinta itulah sebuah kebenaran dalam percintaan. Golongan ini adalah golongan para alim ulama, golongan orang yang beribadah dan merupakan orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah dalam kehidupannya. Pandangan ini merupakan pandangan yang perlu diikuti oleh kita semua kerana dialah berhak yang kita cintai dalam kehidupan kita.
Secara kesimpulannya, pandangan orang mengenai persoalan cinta itu begitu banyak dan apa yang dikemukan adalah serba sedikit mengenai persoalan mengenai cinta. Apa yang dikatakan cinta yang teratur adalah kita mencintai Allah dan pesuruh Allah selepas itu ibubapa kita dan baru seterusnya yang layak kita cintai. Hal ini telah di ajar kita pada hadis Rasullullah. Tidak ada cinta yang menyakitkan dan menyeksakan melainkan cinta 100% pada makhluk. Kita dijadikan sebuah makhluk yang berakal berbeza dengan makhluk yang ada di muka bumi dan oleh itu renungkanlah serta fikirlah mana yang layak dahulu kita cintai sepenuhnya.
Abd Rahman (BC12160195)
Subscribe to:
Posts (Atom)