SEMANGAT
KEMERDEKAAN MELALUI PUISI
Pada hari Khamis, 12 September
2013, seramai 2,000 penonton terhibur di Dewan Canselor Universiti Malaysia
Sabah (UMS) dengan persembahan hebat parapemuisi, penyair dan penyanyi lagu
puisi pada program Malam Puisi Riong Berita Harian- UMS bertemakan 50 tahun
Sabah Maju dalam Malaysia.a
Gema dan laung ungkapan puisi
yang di sampaikan oleh Abdul Ghafar Ibrahim, Khalid Saleh, Sani Sudin, Datu
Ruslan Sulai, Awang KarimKadir, Ampuan Awang, Noor Aishah Maidin, Mohammad Puad
Bebit, Felix Agus dan ramai lagi merangsangkan ketekalan jati diri dan
menghangatkan semanagat kemerdekaan Negara.
Turut serta mendeklamasikan puisi
ialah Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Pengarang
Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Mior Kamarul Shahid, Timbalan Naib Canselor
( Hak Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Datuk Hj, Kasim Hj. Md Mansur, Naib
residen Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Awang Buthamam Awang Mahmun dan
No’man Hj. Ahmad, Ketua Jabatan Canselor, UMS.
Majlis turut diserikan dengan
kehadiran Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hj. Arifin Mohd
Arif yang turut menyampaikan puisi bertajuk ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah
Tumpahnya Darahku’. Terdahulu, Datuk Dr. Harun dalam ucapannya berkata, program
sebegini menjadikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sabah Maju Jaya dalam Malaysia
menjadi lebih bermakna dan dapat dikongsi bersama para siswa siswi serta
komuniti setempat yang hadir.
Menurutnya, penghayatan terhadap
setiap lontaran bait puisi yang dideklamasikan mampu menyubur dan membangkitkan
semangat patriotisme setiap individu.
Penonton turut dihiburkan dengan
nyanyian daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Mohd Juhar
Harun dan rakan-rakan serta persembahan khas gambus Brunei yang disampaikan
oleh Persatuan Masyarakat Brunei, Sabah.
FAIZUL
AZMI RIZELY
Ø zul
ezaniey
No comments:
Post a Comment