song
Sunday, 20 October 2013
Aidiladha kembali lagi.
Disediakan oleh : nurul fatihah bt mustapa (bc12160221)
Universiti Malaysia Sabah, 15 0ktober 2013 – Aidiladha menjelang lagi. Pelajar Universiti Malaysia Sabah sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut aidiladha bersama keluarga tercinta. Tetapi duka cita dimaklumkan bahawa cuti untuk aidiladha pada sem ini terlalu singkat. Walaupun cuti aidiladha pada kali ini terlalu singkat, tetapi disebabkan perasaan mahu beraya bersama keluarga tercinta sangat berkobar – kobar, ada sesetengah kuliah dan pensyarah telah memberi peluang kepada pelajar untuk pulang beraya di kampung dengan cara menangguhkan kuliah tersebut. Namun, hanya segelintir sahaja yang dapat pulang ke kampung dan beraya bersama keluarga tercinta. Masalah kewangan dan kekangan masa telah menyebabkan ramai pelajar dari semenanjung tidak dapat pulang beraya di pangkuan keluarga tercinta. Walaupun beraya diperantauan, namun mereka masih menunjukkan reaksi gembira beraya bersama kawan-kawan di Universiti Malaysia Sabah ( UMS ). Pada mereka, walaupun tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga namun ini adalah pengalaman yang terindah untuk dikenang apabila mereka graduat suatu hari nanti. “walaupun sem ini merupakan kali kedua beraya diperantauan, perasaan sedih itu masih lagi timbul dalam diri saya” luahan perasaan dari salah seorang mahasiswi Sekolah Pengajian Seni ( SPS ) Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) iaitu Nurul Ain Bt Kassim yang bernombor matrik BC12160221 yang merupakan anak jati Kelantan Darul Naim. Namun, biarpun berjauhan dari pangkuan keluarga, mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia sabah ( UMS ) sentiasa memaparkan kegembiraan di Aidiladha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment