song

Sunday, 20 October 2013

Pembentukan Nilai Murni Dalam Bidang Sastera. (A. Rahman)

              Peranan sastera terutamanya kesusasteraan dalam Tamadun Melayu dapat membina insaniah atau nilai kemanusiaan dalam kehidupan manusia seterusnya dalam pembentukan Tamadun Melayu.dalam kesusasteraan dapat dilihat bagaimana sistem pemerintahan pada waktu sebelum penjajahan. Dalam cerita sastera melayu diterangkan bahawa bagaimana sistem pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang suka mementingkan diri . Contohnya Sultan Mahmud Shah melakukan hubungan sulit dengan isteri Tun Bajid. Akibat daripada itu, penjajah mudah menyelinap masuk dalam  negeri Melaka sehingga membawa kepada kemusnahan dan berlakunya penjajahan pada masa itu. Justeru itu, untuk mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera. Oleh itu, Kesusasteran Melayu dalam konteks tamadun memainkan peranan sebagai salah  satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep tamadun.
         Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan atau penyimpanan khazanah ilmu dan persuratan bahasa dalam Tamadun Melayu dan ianya wajar bagi mempertingkatkan nilai ketamadunan masyarakat Melayu. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar ke arah proses pembentukan tamadun Melayu . 
       Menurut  Shahnon Ahmad (1997: 25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran. A. Samad Said (1997: 35) pula menyatakan bahawa peranan sastera sebagai rakaman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka. 
         Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan sesama makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan sama-sama terhukum oleh getir-getar kehidupan. Oleh itu latar dan pengaruh sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia. Menurut Usman Awang (1997: 41) menjelaskan bahawa peranan sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara luas. Tiada sesiapapun yang boleh mendakwa bahawa dia mempunyai monopoli terhadap budaya Malaysia. Budaya bersama kita hanya akan lahir daripada penghidupan bersama semua masyarakat bukan dan bukan hanya untuk kepentingan diri. Contohnya angkuh daripada sebilangan kecil golongan kaya dan istimewa. 
      (Keperluan Penulis Adalah Membaca,Dan Keperluan Pembaca Adalah Berfikir) A.Rahman

No comments:

Post a Comment