song

Saturday, 19 October 2013


SIKAP SESETENGAH PEMANDU BAS

PERKATAAN BUDI BAHASA BUDAYA KITA, sudah melekat di bibir setiap lapisan masyarakat, namun demikian masih ada lagi segelintir yang tidak menjadikannya sebagai budaya dalam kehidupan harian, tidak kira tua ataupun muda. Pada hari sabtu (19.10.2013), sempena berlangsungnya Pesta TangLung di Komplek Sukan UMS. Ada beberapa orang pelajar yang menunggu bas di perhentian bas yang berhampiran dengan SPS dan DKP lama untuk balik ke Kolej Sri Angkasa Darau. Bas ke Kolej Sri Angkasa agak lama tiba, hampir-hampir 2 jam pelajar-pelajar tersebut menunggu di situ. Apabila Bas ke Kolej Sri Angkasa telah tiba dan berhenti di perhentian Bas tersebut, ada seorang pelajar siswi bertanya kepada pemandu bas tersebut “ Pak cik bas ni ke Angkasa?”, lalu pemandu bas tersebut menjawab dengan selambe “ Kan ada simbol di depan cermin tu”. Memang tidak dinafikan ada simbol di depan cermin Bas tersebut, tetapi masalahnya ada dua simbol atau pun nama tempat yang dituju oleh bas tersebut iaitu Kolej Sri Angkasa dan PTL. Jadi perkara ini akan menimbulkan kekeliruan kepada siswa dan siswi, terutamanya siswa dan siswi baharu tentang destinasi yang bakal dituju oleh bas tersebut. Lebih mengecewakan lagi ialah sikap dan bahasa pemandu itu sendiri, apabila ditanya oleh pelajar. Tapi tidak semua pemandu bas yang bersikap sedemikian. Diharap kepada kakitangan UMS dan pihak-pihak  terbabit dapat mengamalkan dengan baik ETIKA DALAM BEKERJA yang telah disarankan dalam bidang pekerjaan tersebut.

Suziana@Suzie

SENI_2013/2014

No comments:

Post a Comment