song

Saturday, 19 October 2013

Cinta Siswa/Siswi kepada Siapa?????

CINTA SISWA/SISWI KEPADA SIAPA??
CINTA : Bila disebut pasal CINTA ramai orang akan berfikir bahawa cinta adalah satu fitrah melalui ikatan yang terjalin antara lelaki dengan perempuan. Cinta akan wujud bila bersama antara satu sama lain dan cinta akan menjadi kukuh bila wujud perasaan yang datang tanpa diundang,ramai orang yang berfikir bahawa cinta tidak akan wujud tanpa ada pertemuan,dari mata turun ke hati menjadi cinta sanubari. Tetapi cinta bukan hanya terjalin dengan golongan lelaki cinta yang wujud didalam diri adalah anugerah cinta di dunia yang indah dari Illahi untuk menimbulkan kasih sayang terhadap diri sendiri,ibubapa,terhadap keluarga,kawan-kawan dan orang yang berada disekelilingi kita. Cinta yang wujud didalam diri tidak boleh menandingi cinta Illahi kerana cinta yang sebenar-benarnya adalah cinta yang hakiki.
Cinta terhadap Pencipta seluruh semesta alam,mencintai Allah S.W.T adalah asas untuk memperolehi keredhaannya,kesempurnaan iman,apabila seseorang itu tidak mencintai Allah S.W.T,dia dianggap tidak beriman kepada yang Esa sekiranya dia memberi cintanya yang berbelah bagi dan tidak telus. Hal ini kerana setiap hamba yang mengaku dirinya beriman wajib terlebih dahulu mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hatinya. Akidah yang mantap lahir apabila seseorang itu mengenali cinta sepenuhnya terhadap Allah S.W.T serta mendapat kemanisan iman yang sempurna didalam diri setelah seseorang hamba benar-benar mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati lebih dari segala-galanya.
Cinta terhadap Ibubapa merupakan satu anugerah indah kerana tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia dengan izin Allah S.W.T,kasih sayang terhadap kedua ibubapa membawa kesyurga terutamanya kasih seorang ibu yang tercinta kasih sayangnya mampu membawa kita menghidu bau syurga kerana syurga dibawah telapak kakinya,bertapa tinggi darjat kasih seseorang ibu yang telah dianugerahkan oleh Illahi. Cinta terhadap keluarga  dalah merupakan sebuah kasih yang muncul dari perasaan belas kasihan dan kasih sayang merupakan cinta yang diizinkan oleh syarak,tetapi cinta terhadap kedua ibubapa dan keluarga tidak  boleh melampaui batas sehingga membelakangkan cinta terhadap Allah S.W.T. Hal ini boleh mengakibatkan diri kita dapat melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Agama kerana apabila kita menuruti perasaan,kepentingan dan kehendak orang yang kita cintai ataupun benda-benda yang kita cintai,diri kita mampu berpaling terhadap cinta kepada Illahi.
Cinta terhadap kehidupan yang sempurna juga merupakan Anugerah yang diberikan kepada kita,cinta terhadap harta benda bagi mengelakkan kita daripada hidup yang dihimpit kemiskinan yang melampau sehinggakan boleh ditindas oleh orang lain,cinta terhadap makanan dan minuman kerana takut ditimpa kelaparan dan kehausan yang boleh menyebabkan kematian atau mencintai kesihatan yang baik dari segi emosi,rohani,jasmani,intelek kerana takut mendapat penyakit yang mampu menyusahkan orang ramai,mencintai perkara-perkara tersebut tidak boleh melampaui batas sehingga menyebabkan kita lupa terhadap Allah S.W.T dan tanggungjawab Ibadah terhadapNya seperti menunaikan zakat,bersedekah membantu golongan yang fakir miskin dan sebagainya. Mencintai perkara-perkara tersebut sehingga melampaui batas akan memdapat kemungkaran dari Allah S.W.T kerana boleh membawa kepada perbuatan syirik.
Cinta terhadap kebaikan,terhadap orang yang baik seperti mencintai sahabat yang baik dan pengorbanan sahabat,pertolongan daripada orang baik yang membantu ketika kita bila berada didalam kesusahan dan sebagainya. Mencintai kecantikan juga merupakan sebuah cinta yang sempurna didalam kehidupan tetapi tidak boleh melampaui batas dan tidak boleh berpaling terhadap cinta Illahi. Sebuah cinta yang sempurna adalah sebuah cinta yang datangnya dari hati bukannya dari keinginan hawa nafsu yang tinggi. Cinta yang baik datangnya dari hati yang ikhlas memberi kasih sayang dengan telus serta mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T bagi menjamin kesempurnaan kehidupan pada masa akan datang.
Cik Nur Nbi ^_^
( NUR BASIAH BINTI ISMAIL)
BC 12110121





No comments:

Post a Comment