SELASA,29 OKTOBER 2013-Majlis pemilihan untuk
percalonan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan secara besar-besaran.
Pemilihan baru ini dijalankan bertujuan untuk membubar dan menggantikan calon
MPP yang sudah sekian lama memegang dan menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar.
Majlis pemilihan percalonan MPP ini dibuat pada hari Isnin, iaitu 28 OKTOBER
bertempat di dewan kuliah baharu berhampiran dengan kolej kediaman Kampung E
Ums. Majlis Pemilihan MPP ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak UMS untuk
memilih calon MPP yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap masalah pelajar.
Calon-calon yang datang untuk bertanding dikendaki mengisi boring percalonan
sebelum masuk untuk mendaftar diri dan layak untuk bertanding. Borang untuk
percalonan adalah dibeli dengan harga RM 25.00 satu helaian borang. Calon-calon
yang datang untuk beranding akan dinilai terlebih dahulu sama ada individu itu
layak atau tidak untuk menyertai pertandingan pemilihan calon Majlis Perwakilan
Pelajar. Sebelum Majlis Pemilihan Percalonan MPP ini dijalankan, poster-poster,
banner-banner wajah calon-calon MPP yang bakal bertanding akan digantung di
setiap kawasan dalam UMS. Bagi peserta yang layak, mereka akan menjalankan
kempen dengan cara mereka yang tersendiri. Tujuan mereka menjalankan kempen ini
adalah untuk menarik perhatian pelajar lain agar mengundi mereka dalam
percalonan Majlis Perwakilan Pelajar. Antara calon-calon yang terlibat terdiri
daripada pelajar dari Sekolah Pengajian Seni, Sekolah Sains Sosial,. Sekolah
Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
dan Sekolah Pengajian Ekonomi. Pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar
haruslah dipilih berdasarkan sikap bertanggungjawab yang ada dalam diri
calon-calon tersebut. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan hasil yang
berkualiti.
disediakan oleh : NURUL FATIHAH MUSTAPA
No comments:
Post a Comment