Program UMS-SPRINT ataupun dikenali sebagai UMS-SISWAPRIHATIN merupakan program hubungan komuniti berteraskan keperluan pembangunan kemahiran insaniah dengan tumpuan kepada nilai-nilai kerjasama berkumpulan, kepimpinan, serta meningkatkan daya interaksi dan komunikasi dengan masyarakat setempat. Program ini di letakkan dalam kursus-kursus kokurikulum. Program ini akan membawa pelajar ke beberapa tempat di negeri Sabah, khususnya kawasan pedalaman dan desa.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah motivasi pendidikan, interaksi budaya, program kemasyarakatan dan pembangunan insaniah serta program-program yang melambangkan keprihatinan dan sumbangan Mahasiswa kepada masyarakat. Program UMS-SPRINT dianjurkan pada setiap semester yang melibatkan Mahasiswa/i yang mengambil subjek kokurikulum di Kampus Induk Kota Kinabalu dan Kampus Antarabangsa Labuan. Di akhir program ini, pelajar yang terlibat diminta untuk menyediakan laporan projek dan seterusnya mengadakan pembentangan. Kualiti laporan dan pembentangan yang dinilai adalah sebahagian daripada penilaian akhir.
Pelajar yang mengambil kokurikulum dalam Unit UMS-SEJATI ( KEMBARA I dan III ) telah mengadakan UMS-SPRINT di Kampung Ban Kuala Mandahan Papar pada 15 hingga 17 November 2013. Pasukan UMS-SEJATI ( KEMBARA I dan III ) memilih Program kemasyarakatan dan Pembangunan Insaniah sebagai aktiviti utama dalam Program UMS-SPRINT kali ini. Selain itu, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sebagai pengisian dalam program ini, antaranya ialah Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), kembara malam, kembara hutan dan banyak lagi.
Program UMS-SPRINT dapat mendedahkan pelajar-pelajar dari Pasukan UMS-SEJATI (KEMBARA I dan III) kepada kehidupan masyarakat luar, lebih-lebih lagi kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman. Program UMS-SPRINT ini juga dapat mengajar para pelajar menerima kekurangan semasa berada di kawasan program seperti tempat tinggal yang tidak selesa, makanan yang kurang menyelerakan dan sebagainya. Namun demikian, kebanyakan aktiviti yang telah dirancang dalam program ini berjalan dengan lancar. Program yang telah dijalankan selama 3 hari dan 2 malam telah memberikan pengalaman yang baru kepada Pasukan UMS-SEJATI ( KEMBARA I dan III ) yang terlibat.
No comments:
Post a Comment