Sabah ialah salah satu daripada 13 buah negeri yang ada di
Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar selepas negeri Sarawak yang
terletak di kepulauan Borneo. Sabah dikenali sebagai negeri di Bawah Bayu.
Sabah juga dikenali sebagai negeri yang kaya dengan pelbagai kebudayaan, etnik
dan tempat perlancongan yang menarik. Selain itu, tidak lupa juga pada makanan
tradisi yang pelbagai, yang ada di negeri Bawah Bayu ini. Sabah kaya dengan
pelbagai jenis makanan tradisional yang diperkenalkan dari pelbagai etnik di Sabah.
Antara makanan yang popular di Sabah ialah seperti ambuyat, Sagol dan kerak
guri dan banyak lagi. Makanan tradisonal ini diperkenalkan oleh pelbagai suku
kaum yang ada di Sabah. Setiap suku kaum yang ada di Sabah ini mempunyai
makanan tradisional yang tersendiri dan masing-masing mempunyai rasa, teksture,
warna, dan kaedah yang unik dan menarik. Makanan tradisional yang ada di Sabah
ini turut mendapat sambutan di dalam Malaysia dan luar Negara.
KAUM BISAYA |
Sebut sahaja mengenai masyarakat suku kaum cocos, etnik ini
turut tidak ketinggalan dengan makanan tradisional yang amat popular dalam
kalangan mereka. Masyarakat cocos terkenal dengan makanan yang amat popular
iaitu kerak guri. Kerak Guri ialah sejenis makanan berupa snek dan boleh juga
dijadikan makanan berat seharian. Kerak guri ialah nasi yang di buat di atas
kuali besar dan diratakan. Makanan ini mengambil masa selama setengah jam untuk
ia betul-betul menjadi kerak nasi yang rangup. Sememangnya snek ini amat sedap
dan rangup jika di makan dengan serunding daging ataupun kelapa. Juadah ini
amat sesuai jika dinikmati pada sebelah petang dan malam sambil bersantai
bersama keluarga. Perlu di ketahui juga iaitu lauk Ikan Berengkes adalah salah
satu lauk yang paling popular dalam kalangan masyarakat cocos. Ikan berengkes
adalah sejenis sambal ikan haruan yang di masak menggunakan kunyit dan asam.
Lauk ikan ini sesuai di makan dengan nasi dan menjadi hidangan lauk untuk makan
malam dan sebagainya. Uniknya, lauk ikan beregkes ini juga boleh di makan
bersama snek tadi iaitu Kerak Guri. Kedua-dua makanan tradisi masyarakat Cocos
ini amat unik dan sedap kerana hasil daripada air tangan orang-orang cocos situ
sendiri. Sebagai sumber pengetahuan masyrakat yang meminati makanan
tradisional, Kerak Guri dan Ikan Berengkes ini adalah diantara makanan yang
pernah di import di peringkat luar negeri. Keenakan kedua-dua makanan tradisi
ini telah menarik minat pengaruh luar untuk mencuba dan seterusnya memperniagaan
di peringkat yang lebih tinggi.
Selain daripada suku kaum Bisaya dan Cocos, Bajau juga mempunyai
makanan tradisi yang sangat terkenal di Sabah. Makanan tradisi Bajau ini
dikenali sebagai sagol. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional
yang menggunakan isi ikan, biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal digunakan
dalam proses pembuatan sagol ini. Isi-isi ikan yang dicincang-cincang dan
dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur
dahulu sehingga mudah membersihkan lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau
duri pada ikan buntal. Mencelur iaitu masak separuh ini juga dilakukan untuk
memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering tanpa kuah dan sagol basah iaitu
berkuah. Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya proses pembuatannya
tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol
itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak
hati ikan buntal. Selain itu, masih ada lagi makanan tradisi Bajau iaitu, Putu.
Putu adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan
telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama
Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan tradisional Bajau yang
lain. Selalunya dimakan dengan makanan laut. Ianya kenyal dan sedikit melekit.
Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung. Antaranya lagi, iaitu Tompek juga
sejenis makanan tradisi Suku Kaum Bajau yang digemari masyarakat Sabah. Secara
umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan
ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh
dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang
dimakan mentah. Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan
dipanggang. Lazimnya, makanan mentah terdiri daripada makanan laut seperti
'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato',
kima, tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam
cangkerang tehe-tehe dan sebagainya. Makanan-makanan tradisi Bajau terdapat
keunikan yang tersendiri dan rasanya yang enak seperti makanan tradisi suku
kaum lain juga.
KAUM KADAZAN-DUSUN |
Seperti suku kaum lain juga, Masyarakat Kadazan Dusun juga mempunyai pelbagai makanan tradisi. Makanan Kaum Kadazan Dusun merupakan identiti masyarakat tersebut. Masyarakat Kadazan Dusun memiliki pelbagai jenis hidangan yang unik. Hidangan Kaum Kadazan Dusun diperbuat daripada sumber alam semulajadi. Kaum Kadazan Dusun yang tinggal di kampung masih lagi mengamalkan masakan cara tradisional. Selain itu, makanan ini juga di hidangkan dalam Pesta Keamatan yang dirayakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, majlis perkahwinan, dam majlis-majlis lain. Antara jenis-jenis makanan Suku Kaum Kadazan Dusun ialah Noomson iaitu merupakan makanan tradisional yang istimewa dan paling popular bagi Kaum Kadazan Dusun. Noomson makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun iaitu Noomsom ataupun lebih dikenali sebagai jeruk. Terdapat beberapa jenis Noomsom yang ada dalam makanan tradisional Kaum Kadazan Dusun, antaranya ialah, Noomsom Sada, Noomsom tuhau, dan Noomsom Bambangan.” Noomsom Sada” iaitu ikan yang menggunakan jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk dengan menggunakan isi buah Pangi yang telah ditumbuk, nasi dan garam. Selepas itu semua bahan tersebut akan dicampurkan dan akan dimasukkan ke dalam bekas kaca atau tajau kecil. Ianya akan dibiarkan selama sepuluh atau dua belas hari dalam proses penjerukkan sebelum boleh dimakan. Noomson Tuhau pula Isi tuhau yang telah dihiris, garam,cili merah dan jeruk dengan cuka. Bahan-bahan tersebut akan dicampurkan dalam satu tempat dan dimasukkan di dalam bekas botol dan akan dibiarkan selama beberapa minit sebelum dihidangkan untuk dimakan. Akhir sekali, Noomson Bambangan iaitu isi buah Bambangan yang telah siap dihiris. Isi buah bambangan yang telah siap diparut akan diletakkan sedikit garam. Apabila semua bahan-bahan tersebut telah dicampur dan ianya akan dimasukkan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan. Rasanya cukup enak dan amat terkenal di Sabah.
KAUM RUNGUS |
Namun masyarakat kaum Rungus juga tidak tidak kurang hebatnya dalam konteks makanan tradisi walaupun kadar pendudukannya tidak meluas seperti etnik kaum yang lain di Sabah. Rungus ataupun lebih dikenali sebagai Dusun Laut hanya tertumpu di daerah Kudat. Terdapat makanan tradisi suku kaum Rungus yang popular dikalangan kelompok kaum Rungus iaitu buah –buahan yang dijerukkan dengan diletakkan isi ikan mentah seperti buah bambangan, mangga, betik dan sebagainya. Namun buah yang hendak dijeruk haruslah separuh masak dan semakin lama ianya dijeruk semakin tinggi nikmat kelazatannya. Buah yang belum masak ini boleh dijeruk terus kecuali buah nangka kerana buahnya keras diamakan dan cara untuk menjerukkan adalah berbeza daripada buah yang lain iaitu menggunakan air panas dalam proses penjerukan. Makanan ini selalu digunakan untuk membuka selera dalam masyarakat kaum Rungus dan menikmatinya secara beramai-ramai. Manakala makanan tradisi yang dijadikan lauk untuk hidangan oleh masyarakat kaum Rungus yang sememangnya popular dikalangan masyarakat daerah Kudat. Terdapat dua makanan yang sememangnya jelas kelihatan terkenal dikalangan kaum Rungus iaitu Hinava Ikan Yu atau jeruk isi ikan yu dan Tinunuvan Soguntung atau lebih dikenali sebagai terung bakar. Hinava kaum Rungus berbeza dari suku kaum etnik yang lain kerana menggunakan isi ikan Yu dalam resipinya. Mereka mempercayai bahawa isi ikan Yu lebih lazat dijeruk berbanding ikan Tenggiri ,udang dan ikan yang lain dengan menggunakan air limau dalam proses penjerukkan. Hinava ikan Yu suku kaum Rungus selalunya dicampur dengan sayur yang dikenali Peria dan cili padi yang sememangnya menambah lagi kelazatan Hinava tersebut. Manakala Tinunuvan Soguntung atau dikenali sebagai terung bakar merupakan hidangan yang ala kadar tetapi kelazatan menyebabkan orang yang melihat pasti menggeliur. Hal ini disebabkan terung akan dicampur oleh limau,lada cili ,bawang dan ikan bilis dan diletakkan dalam terung bakar yang pasti akan menaikkan selera bagi sesiapa yang melihatnya. Terdapat juga makanan tradisi suku kaum Rungus yang mengkhususkan makanan utuk sarapan iaitu Tinonpis Roti atau dikenali sebagai roti ubi kayu dan Bintanok Dalai atau dikenali kuih jagung. Dapat dilihat bahawa bagaimana keunikan dalam kepelbagaian makanan tradisi suku kaum Rungus yang menarik selera masyarakat di Sabah dan pelancong luar. Semestinya kaum Rungus mempunyai makanan tradisi yang memperlihatkan identiti suku kaumnya seperi etnik yang lain.
Secara keseluruhannya setiap suku kaum etnik di Sabah mempunyai makanan tradisi yang tersendiri bagi memperlihatkan indentiti diantara suku kaum dengan kaum yang lain. Dalam konteks makanan tradisi suku kaum di Sabah dapat memperlihatkan perbezaan semua kaum di Sabah yang menjelaskan identiti mereka. Semua suku kaum tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk makananan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun kini negeri Sabah sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah kemajuan dengan menerapkan bangsa kita dengan makan ala kemodenan, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak kelahiran negeri Sabah perlu menyahut cabaran bahawa makanan tradisional di Sabah mampu melepasi pasaran dunia sehingga ke antarabangsa seperti makanan-makanan yang lain malahan boleh menjadi sumber ekonomi dalam Negara Malaysia.
Disediakan oleh : Nurul Fatihah Mustapa (BC12160221)
NurBasiah Ismail (BC12110121)
Suziana Halul
(12110166)
Abdul Rahman Bin Jalimin (BC12160195)
Faizul Azmi Bin Rizely ( BC12160201)
Boleh jelaskan tentang tarian tradisional bangsa Cocos? Tq.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete