Pelaksanaan Kempen
etika pemakaian siswa/siswi Universiti Malaysia Sabah telah berjalan dengan
lancar di bawah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar UMS. Kempen etika pemakaian
siswa/siswi UMS telah dijalankan bertempat di foyer perpustakaan UMS selama
beberapa hari. Kempen ini bertujuan untuk mendisiplinkan para siswa/siswi UMS
dari aspek pemakaian, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
Selain itu, bertujuan untuk membiasakan siswa/siswi dengan etika pemakaian
pekerja yang telah ditetapkan oleh Majikan sama ada dalam Agensi Kerajaan
mahupun Swasta apabila mereka bekerja kelak.
Etika pemakaian
siswa/siswi sesebuah Universiti amat penting, kerana ia akan melambangkan imej sesebuah
universiti. Sekira siswa/siswi sesebuah Universiti berpakaian tidak sopan atau
tidak senonoh semasa berada di dalam kampus, ia melambangkan imej yang buruk di
mata para pengunjung atau masyarakat setempat terhadap universiti, dan jika
sebaliknya universiti yang mempunyai siswa/siswi yang mempunyai etika pemakaian
yang baik akan menjadi universiti contoh kepada IPTA dan IPTS lain yang
terdapat di Malaysia.
Apabila ramai di antara
siswa/siswi tidak mengikut peraturan etika pemakaian seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak UMS, seperti memakai seluar jeans, berselipar, memakai
baju tanpa kolar dan perkara-perkara yang di larang, Kempen etika pemakaian
perlu dilaksanakan bagi mendisiplinkan siswa/siswi. Berikut adalah etika pemakaian
siswa/siswi UMS ke Kuliah/ Perpustakaan/ JSPIU/ Majlis Rasmi :
Hari Isnin – Pakaian Formal.
Hari Selasa – Pakaian Semi @ Casual.
Hari Rabu – Pakaian Formal @ Pakaian
Koprat.
Hari Khamis – Pakaian Formal @ Baju
Batik.
Hari Jumaat – Pakaian Baju Kebangsaan
Lengkap ( sopan ) @ Semi-Formal.
PERKARA YANG DILARANG :
a). Berselipar.
b). Berskirt di atas lutut dan berseluar
pendek.
c). Berbaju (T) tanpa kolar.
d). Berbaju tanpa lengan.
e). Menggunakan seluar Jeans.
SENTIASA
menggunakan KAD MATRIK seperti dalam Banner Etika Pemakaian Siswa/Siswi.
UNTUK
aktiviti Makmal, Sukan dan Kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan
pakaian yang dikuatkuasakan.
SAMAN
akan dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik kepada sesiapa yang tidak
mematuhi etika ini. Satu denda untuk setiap satu kesalahan.
No comments:
Post a Comment