song

Sunday, 12 January 2014

ANDAI HARI INI HARI TERAKHIR AKU DI DUNIA

    Kita sering mengingati akan tarih kelahiran kita di dunia ini tetapi pula lupa akan kematian. Dunia merupakan tempat persinggahan kita untuk mencari bekalan untuk hari akhirat. Allah S.W.T lahirkan manusia penuh dengan tertib, tidak ada seorang anak mendahului kelahiran seorang ayah tetapi untuk kematian Allah S.W.T telah tetapkan supaya tidak pernah kenal akan erti sebuah tertib sebagaimana Allah S.W.T telah tetapkan untuk sebuah kelahiran. Disitu kita dapat lihat bahawa kematian datang pada bila-bila masa sahaja tanpa tanpa melihat umur kita. 

    Andaikata hari ini adalah kali terakhir aku hidup di dunia akan ku habiskan sisa hidupku untuk beramal dan beribadat dan tidak akan aku sia-sia kan masa itu walaupun sedetik. Aku lakukan sedemikian rupa kerana aku takut berjumpa dengan Allah S.W.T dalam keadaan kotor dan tidak mempunyai apa-apa. Allah S.W.T telah hantar aku di dunia ini dengan keadaan bersih dan adakah aku harus kembali kepadanya dalam keaadan kotor. Aku sering lupa bahawa banyak nikmat telah aku diberikan dalam aku sedar dan juga tanpa disedari. Ya ,memang banyak masa dan nikmat yang telah aku sia-siakan dan aku lupakan. Andaikata semua nikmat perlu dibayar nescaya aku tidak akan dapat membalasnya. Betapa besarnya nikmat yang diberikan kepada aku tetapi andaikata ini kali terakhir aku di dunia ini akan aku gunakan sebaik nikmat yang diberikan. Tidak ada lagi masa untuk aku mensia-siakan dan aku sedaya upaya untuk tidak lagi mendustai segala nikmat yang telah diberikan kepada aku. 

    Andaikata ini kali terakhir aku di dunia ini akan aku segerakan langsaikan kan segala hutangku , meminta maaf dan memaafkan semua orang. Aku ingin pergi di persinggahan yang lain dengan ketenangan dan menyenangkan semua orang. Ya, banyak perkara yang aku perlu lakukan sebelum aku pergi ke persinggahan lain namun andakata itu takdirku akan aku usahakan segerakan segala kebaikan hingga aku dijemput. Mungkin selama ini aku tidak pernah mengendahkan segala perbuatan dan balasan untuk sebuah kebaikan dan tidak pula mengenali erti penyeksaan bagi sebuah keburukan. Memang benar ,hanya orang yang mengetahui masa akan kematian kelak sahaja yang mengerti bagaimana seharusnya untuk hidup. Ini adalah takdir aku, aku perlu menghadapi dengan tabah dan sabar dan sentiasa mengharap keredhaan padanya setiap perbuatan kebaikan aku kerana tanpa redhanya perbuatan aku hanyala sia-sia.     
  
      Andaikata ini adalah ini adalah terakhir aku di dunia ini ingin aku sentiasa mendampingi dan didampingi oleh keluarga sepanjang masa terutamanya yang telah melahirkan aku iaitu seorang yang bernama ibu. Ya, memang aku akui bahawa banyak masa yang aku sia-siakan sehingga keluarga aku abaikan. Syurga seorang anak terletak dalam redhanya seorang ibu kerana banyak jasa ibu dalam membesarkan aku. Segala kesusahan dan penderitaan yang dialami dalam lelahirkan dan membesarkan aku tidak dapat dibalasinya dan tidak hairanlah bahawa syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Akan aku korbankan masa aku di luar semata-mata untuk keluarga aku andaikata ini takdir hidup aku untuk hidup di dunia ini. 

       Mungkin inilah kehidupan bagi seorang manusia andaikata mereka tahu akan ajalnya mendatang. Banyak perkara yang hendak di lakukan terutamanya aku apabila mengetahui ini adalah kali terakhir aku hidup di dunia ini. Alangkah indahnya jika aku berfikiran sepanjang hidupku dan tidak akan pembaziran nikmat dan masa dalam hidupku kerana mati itu pasti bagi semua makhluk ciptaan Allah S.W.T di dunia ini. Semoga Allah sentiasa mengingatkan kematian pada diriku kerana andaian untuk kematian mengajar aku akan erti sebuah kehidupan dan orang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat akan kematiannya.

                                      Ar-Rahman( Bc12160195)

No comments:

Post a Comment