song

Sunday, 12 January 2014

Penulisan Dalam Konteks Pemikiran


Kesusasteraan Melayu sejak akhir abad ke-16 dan abad ke-17 pernah disebut oleh para sasterawan sebagai kesusteraan yang mempunyai daya tarik sehingga dikenali masyarakat umum pada masa itu. Semenjak itu timbul para sasterawan yang menyokong tugas-tugas sosio-politik pemerinta masing-masing bagi memahami dan menyatukan pemikiran dan sosio-budaya yang bernama Melayu itu. Negeri Melayu dan kepulauan Melayu yang dikenali sebagai gugusan pulau-pulau Melayu atau “The Malay Archipelago”. Selepas berlakunya penjajahan Eropah seperti Inggeris, Belanda, Sepanyol dan Portugis di tanah Melayu bagi mencari rempah dan cengkih disertakan dengan semangat yang tamak bagi menghancurkan penjajahannya bagi mendapatkan hasil kekayaan di kepulauan. Melayu. Negeri Melaka menghadapi masa yang sulit sejak tahun 1509 apabila penjajah portugis melakukan serangan pertama dan berakhir dengan kejatuhan pertahanan empayar Melaka pada masa itu.   Sewaktu dalam peperangan pahlawan atau pendekar Melayu sudah dapat merujuk “Hikayat Amir Hamzah” dan “Muhammad Ali Hnafiah” bagi mengobarkan semangat juang dan jihad menentang Portugis. Sebelum peperangan bermula, dinyatakan bahawa Sultan Mansyur Syah dalam buku "Sejarah Melayu" sudah mengenal “Hikayat al_Dur al-Manzum” karangan oleh Abu Ishaq dengan menanyakan masalah kepada Sultan Pasai. Antara sultan Pasai dan Sultan Melaka ketika itu sudah saling mengirim salam melalui surat dan bertanyakan masalah yang bersangkut paut dengan hal ehwal agama dan tata kenegaraan. Walaupun akhirnya tanah Melayu kalah dalam peperangan namun semangat atau frasa menjadi igauan seniman dan rakyat kepulauan tanah Melayu itu tidak hakis begitu sahaja , ia menjadi kekuatan bagi membebaskan bumi tanah air dari cengkaman penjajah. Misalnya sekurang-kurangnya dapat disebut beberapa tokoh pujangga Melayu-islam selepas Hamzah Fansuri dengan syair-syairnya yang cuba menerapkan hal ehwal kemanusiaan ,permasalahan agama, dan konflik istana dalam karya meraka seperti “Gurindam 12”. Oleh itu Sastera di Nusantara suda berada di puncak kerana telah mengutarakan pemikiran sufisme yang tinggi nilainya dalam pembentukan tamadun.

 Ar. Rahman(bc121260195)

No comments:

Post a Comment