song

Friday 10 January 2014

ULASAN FILEM PENDEK – INNOCENT ( SSiL ),
INNOCENT adalah salah satu filem pendek yang telah dipertandingkan dalam Festival Skrin Digital Pelajar UMS-2013. Innocent adalah hasil karya pelajar SSiL UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Filem pendek ini mengisahkan tentang persahabatan.
Persahabatan mereka hampir putus angkara salah seorang daripada mereka. Kerana sifat hasad dengki Badrul telah dikhianati oleh sahabatnya sendiri. Badrul dan rakan-rakannya telah menyertai pertandingan menulis esei Bahasa Arab. Pemenang akan menunaikan umrah ke Mekah dan Badrul telah dipilih sebagai salah seorang daripada pemenang.
Telefon Badrul telah tercicir semasa Badrul berada di Menara UMSKAL. Badrul telah memberi kepercayaan kepada rakannya yang telah menjumpai telefon tersebut, untuk menghantar telefon itu ke dalam biliknya. Tapi apabila rakannya itu mendapati facebook Badrul terbuka, dia telah membuat status palsu yang menyatakan bahawa esei Bahasa Arab yang dihantar oleh Badrul itu adalah ditiru. Beliau iri hati kerana tidak dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut.
Sejak kejadian itu, Badrul telah dibatalkan sebagai salah seorang daripada pemenang pertandingan esei Bahasa Arab dan dia telah dipulaukan oleh rakan-rakannya. Tapi akhirnya, sahabat Badrul itu menyedari kesalahannya dan minta maaf secara terbuka kepada Badrul.
Cerita Filem pendek Innocent ini banyak memberikan pengajaran kepada kita tentang betapa pentingnya persahabatan. Kejujuran, amanah, kasih dan sayang perlu ada. Kita mestilah menjauhi hasad dengki, kerana sifat hasad boleh merosakkan sebuah persahabatan.

Suziana@Suzie (Bc12110166 )

No comments:

Post a Comment