song

Friday 10 January 2014



PELANCARAN KE-20 TAHUN UMS ( 1994-2014),
Majlis pelancaran Ke-20 Tahun Universiti Malaysia Sabah yang diadakan pada 01 Januari 2014 di Dataran Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah  bermula dari jam 7.00 pagi, telah Dirasmikan oleh Naib Canselor Prof  Datuk Dr Mohd. Harun Bin Abdullah. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kassim Bin Hj. Md  Mansur dan lebih daripada 1,000 warga UMS menghadiri Majlis pelancaran itu, yang terdiri  daripada Pengawai Utama UMS, Dekan Sekolah, Ketua-ketua Jabatan serta pelajar-pelajar UMS.
Sempena Majlis Pelancaran Ke-20 Tahun Universiti Malaysia Sabah ( 1994 – 2014 ), telah menjadikan Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam pertama yang mempunyai sebuah Menara Jam di dalam Kampus. Menara jam dengan ketinggian 9 meter akan dibina di tengah-tengah bulatan UMS yang bakal menjadi mercu tanda dan kebanggaan warga UMS.
Ketika merasmikan Majlis Pelancaran Ke-20 Tahun Universiti Malaysia Sabah, Naib Canselor  Prof Datuk Dr. Mohd. Harun Bin Abdullah berkata, menara jam UMS adalah simbolik betapa pentingnya masa untuk intelektual dan belajar serta pentingnya dalam menyemai disiplin masa bukan sahaja untuk pelajar UMS tetapi juga untuk kakitangan UMS. Dengan memerhatikan masa, warga UMS akan mengamalkan budaya menepati masa dam menggunakan masa dengan bijak, katanya.
Selain itu, beliau berkata, sejak 20 tahun lepas, UMS telah menyumbang kepada masyarakat terutamanya masyarakat Negeri Sabah dari segi peluang pekerjaan. Satu kajian secara menyeluruh tentang sejarah, sosial, budaya, ekonomi, bahasa, keselamatan. Pakar-pakar UMS telah memberi khidmat nasihat kepada Jabatan-jabatan Kerajaan dan Perkhidmatan Pelajar di seluruh pelusuk Negeri Sabah, sama ada di kawasan Bandar mahupun di kawasan Luar Bandar,. Usaha ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.


 Suziana@Suzie ( Bc12110166 )

No comments:

Post a Comment