song

Friday, 10 January 2014



KARNIVAL KOKURIKULUM SESI 2013/2014
pada setiap penghujung semester akan diadakan Karnival Kokurikulum yang bertujuan untuk menilai potensi dan bakat pelajar yang mengambil kursus tersebut. Penilaian akan dilakukan oleh tenaga pengajar ataupun jurulatih dan pengawai-pengawai Universiti Malaysia Sabah. Penilaian ini juga bertujuan untuk kecemerlangan selanjutnya ke peringkat yang lebih tinggi. Karnival Kokurikulum ini adalah kemuncak pembelajaran bagi kursus kokurikulum yang bertujuan untuk mempamerkan hasil pembelajaran secara amali melalui persembahan, pameran dan pertandingan.
Karnival Kokurikulum akan melibatkan keseluruhan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum pada semester itu dari pelbagai komponen Badan Beruniform seperti SUKSIS, PALAPES dan UMS-SEJATI. Selain itu, dari komponen kemasyarakatan, kepimpinan, kebudayaan dan kesenian, sukan dan reakreasi serta teknologi. Kebanyakan komponen-komponen yang terlibat mengadakan pameran. Pameran yang diadakan adalah untuk mempamerkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh komponen tersebut, apa yang mereka pelajari dalam komponen tersebut, alat-alat yang digunakan dan sebagainya.
Sebagai contoh, badan Beruniform UMS-SEJATI ( kembara ) telah mengadakan pameran dengan mempamerkan alat-alat yang diperlukan dalam pasukan UMS-SEJATI ( kembara III ) seperti peta, kompas, khemah, kit kecemasan, tali, lakaran tapak perkhemahan, dan kuiz akan diadakan kepada pengunjung, sekiranya semua soalan kuiz dapat dijawab dengan betul, pengunjung akan mendapat sebuah hamper sebagai hadiah. Manakala, Pasukan UMS-SEJATI (kembara I) telah mengikut pertandingan Kawad kaki dan memperolehi tempat ke-5 daripada 6 kumpulan yang bertanding dalam pertanding tersebut.
Pelaksanaan Karnival Kokurikulum ini amat penting kerana dapat mencungkil bakat yang dimiliki oleh pelajar dalam sesuatu bidang. Hal ini, selaraskan dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu melahirkan Mahasiswa/i yang mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang, bukan sahaja dalam bidang akademik semata-mata.

 
Suziana@Suzie ( Bc12110166 ) 

 

 

 

No comments:

Post a Comment